
Mommies pernah dengar tentang feeding cue? Feeding cue ni tanda-tanda ditunjukkan oleh bayi bila mereka rasa lapar dan ingin disusukan. Bayi akan jadi lebih mudah untuk latch dengan mommies bila mommies dapat kenal pasti tanda-tanda feeding cue dari awal.
Mommies boleh kenal pasti tanda-tandanya seperti :
1) Bayi menggerak-gerakan mata.
2) Bayi membuka mulut, menjelirkan lidah serta memusingkan kepalanya untuk mencari payudara mommies (rooting reflex).
3) Bayi mengeluarkan bunyi “soft whimper sound”.
4) Menghisap jari, tangan, selimut atau kain, atau sebarang objek yang menyentuh bibirnya.
Susukan bayi mommies dengan segera bila tanda-tanda ini ditunjukkan. Jangan tunggu sehingga bayi menunujukkan tanda-tanda akhir(late cue) ingin menyusu.Kebiasaannya baby akan susah untuk latch dengan mommies bila mereka dalam keadaan sangat lapar dan menangis.
Sumber: FEED by Ummi Najla
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terus Kuat Ainul! Sampai Masa Kamu Berdiri Teruslah Beri Kegembiraan Pada Semua Orang

Menjangkau usia 1 tahun 3 bulan Ainul Mardhiah terus bertahan dengan ujian yang begitu besar dalam hidupnya. Perubahan dan perkembangan ditunjukkan Ainul cukup mengembirakan kedua ibu bapanya.
Menerusi luahan walid Ainul di instagramnya, Ahmad Safiuddin dia ada berkongsi perasaan saat dapat tahu permata hatinya diuji dengan ujian begitu besar.
View this post on InstagramA post shared by Ahmad Safiuddin Ahmad Razak (@ahmadsafiudinn) on
Dua bulan Ainul dalam inkubator. Ini adalah kali pertama kendong Ainul setelah dua bulan dia melihat dunia. Gembira jangan cakap lah. Memang Allah sahaja tahu. .
Waktu ni, tumornya yang kedua belum keluar dan kami tidak tahu. Happy sangat waktu ni sebab dah tak sabar nak bawa Ainul balik ke rumah setelah dua bulan kami berulang-alik Melaka-KL.
Ainul lahir di Melaka, tapi disebabkan dia lahir dalam keadaan dirinya sedikit diuji (baca: bersama ketumbuhan), setelah 9 hari Ainul dalam NICU Melaka, segera dipindahkan ke KL untuk pembedahan.
Ainul operate kali pertama ketika usianya 10 hari dengan beratnya ketika itu 1.3kg. Kecil je anak walid waktu tu. Tapi tak sangka semangatnya tinggi!
Dari hari ke 10, sehingga hari ke 68 dia di HKL selepas itu dihantar semula ke hospital asalnya di Melaka. Ainul sambung lagi duduk di Hospital Melaka untuk sebulan. Total lebih kurang 3 bulan Ainul di hospital dan selama 3 bulan itu juga kami berulang-alik. Dua bulan pertama, Melaka-HKL. Sebulan terakhir di Hospital Melaka.
Ainul balik rumah ketika usianya 3 bulan. Happy. Happy yakmat! Tapi sebelum dia balik, sekali lagi kami dapat tahu ketumbuhan itu keluar semula.
Happy tu hilang. Lost betul waktu tu. Ya, jatuh terduduk. Hilang punca. Dalam benak fikiran, ” Kenapa kami, Tuhan? ” .
5 bulan Ainul di rumah dengan ketumbuhan tersebut. Dua bulan kami berulang-alik ke HKL untuk rawatan kimoterapi.
Memang waktu itu kehidupan tidak teratur. Terkejar ke sana dan ke sini. Dengan keadaan Ainul yang semakin hari semakin merunsingkan hati kami.
Waktu itu kami tiada siapa kecuali Tuhan. REDHA!
Waktu itu kami mula muhasabah diri. Tanam dalam fikiran dan hati, ada orang lebih teruk diuji. Jalan je ke depan, anggap ini satu proses Tuhan nak mematangkan kami.
Hari ini dengan berkat doa semua, Ainul nampaknya dah semakin sihat dan sentiasa ceria. Walaupun perkembangan sedikit lambat berbanding bayi lain, tapi semangatnya tetap kuat!
Sumber: ig Ahmad Safiuddin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Bantu Anak Redakan Sembelit Selain Makan Sayur & Buah. Buat Konsisten Jadi!

Susah hati lihat anak kecil menahan sakit untuk membuang air besar. Sampai merah muka dan ada yang fobia hingga menangis sebab takut sakit. Bagi ibu yang dalam situasi ini, ada cara untuk merawat sembelit anak tanpa bergantung pada ubat semata-mata.
Menerusi perkongsian Puan Ainini Zainal, usus adalah OTAK KEDUA kita. Based on research, ada lebih kurang 100juta neuron di sepanjang dinding usus kita. Nervous system ini berfungsi untuk mengawal pencernaan zat makanan dan seterusnya memberikan nutrisi untuk brain development kita.
Tetapi, brain development anak boleh terganggu jika usus tidak sihat, contohnya, ADA SEMBELIT.
Ramai dah kenal tapi ramai juga belum kenal Chia Seeds. Walaupun rupa setelah direndam kelihatan seperti Biji Selasih, tapi khasiatnya melebihi Biji Selasih itu sendiri.
Tahukah anda, selain berfungsi sebagai sumber kalsium, ‘omega-3 fatty acids’, antioksidan, serat, zat besi serta pelbagai zat lain, ia juga berfungsi sebagai bahan ‘detox’ dan membantu sembelit?
1. Badan kita ni sebenarnya memang menyahtoksin setiap hari melalui banyak aktiviti yang dilakukan oleh tubuh badan. Contoh mudah, berpeluh. Itu proses ‘detox’ yang tak perlu kita ambil apa-apa pun.
2. Ingat tak saya cerita tentang jika sembelit, Chia Seeds dapat bantu penghadaman yang lebih baik? Selain itu, ia juga berfungsi menyingkirkan toksin dalam badan melalui usus.
3. Ia penting untuk membuang toksin dalam badan. Bila diambil, ia akan mengembang dan menyerap toksin dalam badan serta membersihkan saluran penghadaman.
4. Sembelit makin berkurangan, proses ‘detox’ melalui bantuan biji yang berkhasiat ini juga bermula.
5. Kulit, kuku dan rambut juga sedikit demi sedikit jadi lebih sihat. Kesan daripada semua proses tadi dan nutrisi Chia Seeds itu sendiri. Brain function juga bertambah.
6. Sukatan sehari untuk dewasa, 1½ sudu besar, 2x sehari. Kurangkan sukatan untuk kanak-kanak.
7. Kanak-kanak dan bayi boleh ambil Chia Seeds yang kaya khasiat ini. Sangat digalakkan. Boleh campur dalam makanan, diletakkan dalam minuman, dijadikan ‘homemade ice cream’, puding dan banyak lagi.
**Bayi, boleh berikan setelah anak bersedia terima makanan berbiji seperti ini. Understand your baby. Keadaan setiap individu berbeza, begitu juga bayi.
8. Cara mudah ambil, campur dalam air kosong, minum setiap hari.
Kredit: Ainini Zainal
Ketahui fungsi carseat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Pasang Permaidani Di Rumah & Sentiasa Sapu Pelembab Kalau Anak Ada Eczema

Anak ada ekzema, ibu ayah boleh bantu dengan membuat 16 perkara ini supaya kurang gatal dan rasa tidak selesa!
Ekzema ialah masalah kulit yang biasa dihidapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah.
Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema , Eczema herpeticum, Nummular eczema, Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang paling banyak dihidapi bayi dan kanak-kanak.
PENCETUS EKZEMA
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Sesetengah gen akan menyebabkan kulit individu bertambah sensitif. Sistem keimunan yang terlalu aktif juga menjadi pendorong di samping ciri tidak normal pada kulit yang menyebabkan kelembapan terbebas dan membiarkan kuman masuk.
Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:
-Pendedahan kepada bulu binatang
-Penggunaan bahan kimia pada kulit
-Pemakaian fabrik sintetik
–Panas dan berpeluh
–Cuaca kering dan sejuk
-Kulit terlalu kering
5 SIMPTOM EKZEMA
1.Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
2.Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
3.Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
4.Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
5.Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.
Sebaik-baiknya, bawalah anak mendapatkan rawatan dan diagnosis daripada doktor pakar kulit terlebih dahulu.
BAGAIMANA MENGAWALNYA? PASTIKAN BUAT 16 PERKARA INI!
Ekzema bukan sahaja menyebabkan kegatalan pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali. Yang boleh dilakukan ialah mengawalnya agar ia tidak tercetus dan menjadi semakin teruk.
Walau pun tidak mampu menyembuhkan 100%, namun sebagai langkah rawatan, ubat-ubatan, produk penjagaan diri dan peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.
1)Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
2)Elakkan permaidani
3)Elakkan memelihara binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah buat sementara waktu sehingga ekzema anak hilang.
4)Sapuan pelembap. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
5)Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
6)Tuaman menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
7)Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
8)Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian. Kalau ekzema tengah flare di bahagian mukanya, boleh pakaikan bayi dengan sarung tangan.
9)Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan. Bukan garu!
10)Amalkan penyusuan susu ibu. Tapi ibu perlu elakkan dari memakan makanan yang pencetus alergi.
11) Bila anak mula makanan pejal, elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang boleh menimbulkan alergi dan kegatalan. Pendedahan kepada bahan ini yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
12)Segera mencuci mulut anak setiap kalu selepas makan kerana ia juga boleh menjadi punca ekzema menjadi teruk.
13)Jangan berlengah menukar lampin untuk mengelakkan kerengsaan akibat ekzema semakin teruk.
14)Selepas mandi, elakkan mengelap dengan cara menggosok, sebaliknya hanya melalukan dan menekan lembut sahaja kulit anak untuk mengelakkan kelembapan semula jadi kulitnya hilang.
15)Pakaikan bayi dengan pakaian yang tidak menyebabkannya panas dan berpeluh. Pakaian yang berpotongan longgar, nipis dan menyerap peluh seperti kain kapas amat disarankan.
16) Sapukan bayi dengan krim pelembap setiap kali selepas mandi terutama sekali pada bahagian yang terbabit ekzema.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI