Walaupun kelahiran bayi perempuan ini dalam keadaan ibu sendiri tidak bersedia, namun takdir Allah si comel ini terus sihat dan dipanjangkan umur. Siapa sangka dicampak dari ketinggian tingkat empat rumah flat sejurus selepas lahir dan mengalami pendarahan di belakang kepala kuasa Allah mengatasi segalanya.
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi perempuan yang dicampak oleh ibunya sendiri dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, kira-kira jam 7 pagi, 13 Mei lalu sudah dipindahkan ke wad biasa.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, sebelum ini bayi berusia enam hari itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang kerana mengalami beberapa kecederaan.
Bagaimanapun katanya, bayi seberat 3.25 kilogram itu kini beransur pulih dan stabil.
ARTIKEL BERKAITAN [Tergamaknya Ibu! Campak Dari Tingkat 4, Hebatnya Allah Masih Lindungi Bayi Ini]
“Ketika saya melawat bayi tersebut doktor telah memindahkannya dari wad ICU ke wad biasa susulan keadaannya beransur pulih dan stabil.
“Dia dipindahkan ke wad neonatal HPP dan masih dalam pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi tadi.
Dalam kejadian 13 Mei lalu, seorang remaja didakwa telah mencampak bayi perempuan yang baru dilahirkan dari tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, kira-kira jam 7 pagi.
Remaja berusia 18 tahun itu bertindak sedemikian berikutan panik selepas dikatakan melahirkan bayi di dalam tandas rumahnya tanpa pengetahuan ahli keluarga.
Bayi malang tersebut kemudian ditemui oleh salah seorang penduduk di perumahan berkenaan yang terdengar bunyi kuat seperti barang jatuh ke atas atap rumahnya.
Akibat daripada itu, bayi perempuan tersebut dikesan mengalami kecederaan di bahagian otak, tempurung kepalanya retak dan kecederaan pada hati disebabkan jatuh dari tempat tinggi.
Ibu bayi tersebut yang juga suspek utama bersama teman lelakinya berusia 18 tahun kini direman untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Kredit Gambar: Roda Pena
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI