Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi makin besar, barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab tu, bila bayi kecil kena jangkitan selsema dan batuk, mereka merengek teruk. Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dah tersumbat.
Mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat ni boleh buat mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
3 cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
1) Guna Normal Saline Nasal Drop
Ads
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap lubang hidung bayi.
2) Guna nasal spray seperti Sterimar
Ads
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
3) Pakai baby nasal aspirator
Ads
Ada dalam pelbagai bentuk. Simpan 1 di rumah. Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke).
Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih.
Peningkatan suhu badan anak-anak boleh menyebabkan ibu bapa berasa gusar.
Situasi tersebut sering dikaitkan dengan gejala demam panas apabila peningkatan suhu boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan strok haba.
Jangan ambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di taman. Muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah. Ini mungkin tanda anak anda mengalami heat strok yang sangat bahaya kepada nyawa.
Menurut Mary Eve Clinic, setakat mingu ini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah merekodkan sebanyak 14 kes strok haba akibat peningkatan suhu kepada 35-37°C terutamanya di kawasan utara semenanjung.
Tambahnya, kebanyakkan kes melibatkan kanak-kanak, jadi sebagai ibu bapa, kita harus bersedia dengan sebarang kemungkinan supaya anak dan ahli keluarga kita kekal hidrat.
Mary Eve Clinic juga berkongsi beberapa tip yang boleh dilakukan sekiranya terdapat ahli keluarga yang menghadapi strok haba, antaranya:
1. Pastikan bilik atau rumah dalam keadaan nyaman/ tak panas/ pengaliran udara baik. 2. Mandi dengan air sejuk. 3. Tuam badan dengan letakkan pek ais di leher, di bawah lengan, dan di kawasan pangkal paha, di mana saluran darah besar terletak berhampiran dengan permukaan kulit. Ini akan membantu untuk menyejukkan mangsa strok haba dengan lebih cepat.
“Standby Pek Ais di rumah tau! Selain berguna sewaktu musim panas, pek ais juga sangat berguna untuk mengurangkan bengkak, radang, gatal-gatal atau kesakitan.” Kata Mary Eve Clinic melalui perkongsian di Facebooknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, baby Merdeka! Empat tahun menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya pelakon Mona Allen yang juga isteri kepada Pekin Ibrahim selamat melahirkan bayi sulung mereka awal pagi 31 Ogos.
Mona Allen melahirkan bayi lelakinya di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada pukul 2.39 pagi.
Berkongsi berita gembira itu, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, memberitahu dia dan bayinya dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah. Terima kasih atas doa anda. Mummy dan baby selamat. Baby merdeka lahir pada 2.39 pagi,” katanya.
Mona dan Pekin turut menerima ucapan tahniah daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat mereka sempena kelahiran anak sulung yang dinantikan selama ini.
Kebetulan pula lahir sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.
Mona sebelum ini berkongsi berita kehamilannya ketika usia kandungan enam bulan selepas empat tahun melalui proses mendapatklan anak atau Trying To Conceive (TTC).
Jika diikutkan due date untuk bersalinnya pada September dan tak sangka baby nak keluar pada hari bersejarah Malaysia.
Dalam pada itu, Mona dan Pekin juga turut melakukan ikhtiar rawatan perubatan Islam dan dengan izin Allah berjaya hamil. Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.
Ibu bapa yang mempunyai anak ekzema pasti tercari-cari punca yang menyebabkan berlakunya ekzema pada si manja mereka. Selain faktor keturunan dan juga persekitaran, kebanyakan pencetus ekzema adalah berpunca daripada pemakanan.
Kajian menunjukkan bahawa anak kecil akan kurang cenderung mendapat ekzema jika ibu mereka ada mengambil probiotik semasa hamil. Malahan, bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif dalam tempoh enam bulan pertama kelahiran juga adalah kurang cenderung mengalami ekzema.
Kebanyakan doktor akan menyarankan ibu bapa untuk mengelakkan sebarang faktor pencetus ekzema bagi kanak-kanak. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anak. Ketahui kesan pengambilan gula berlebihan bagi kanak-kanak ekzema.
Bagaimana gula boleh memberi kesan kepada kulit bayi ekzema
Gula diketahui bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada kesihatan tubuh manusia, bahkan juga pengambilan gula berlebihan turut mempunyai kaitan dengan mereka yang menghidap ekzema, termasuk juga bayi dan kanak-kanak.
Makanan tinggi gula boleh menjadi pencetus terjadinya ekzema. Gula menyebabkan tahap insulin anak anda melonjak, yang mana mengakibatkan keradangan. Antara makanan yang mengandungi kandungan gula tinggi termasuklah kek, sesetengah jenis minuman kopi, soda, sesetengah jenis smoothie dan makanan segera seperti burger.
Gula berlebihan dalam badan juga boleh memberi kesan kepada kulit, disebabkan ia menjadi penyebab kepada kandungan tinggi keradangan dalam tubuh. Keradangan yang berlaku ini boleh menghasilkan ekzema pada kulit bayi. Apabila tubuh gagal untuk memetabolismekan glukosa seperti yang sepatutnya ia berlaku, ini akan menyebabkan terjadinya glikasi. Glikasi boleh menjurus kepada kulit memecah dan lemah, serta menyebabkan kerosakan kulit seperti kekeringan dan juga kulit menipis. Semakin banyak gula yang anak anda makan, semakin cepat glikasi memasuki kulit anak anda. Disebabkan itulah, ibu bapa yang mempunyai anak ekzema perlu mengehadkan karbohidrat ringkas dan gula sebanyak mungkin pada pemakanan si manja.
Makanan lain yang perlu dielakkan bagi bayi ekzema
Selain gula, bayi anda juga mungkin boleh mendapat ekzema melalui makanan pencetus lain seperti:
Produk tenusu- Ini salah satu jenis makanan yang menjadi pencetus alergi bayi. Antara produk tenusu yang perlu elak diberikan kepada bayi ialah susu, keju, dan yogurt. Bagi sesetengah bayi, protein dalam susu lembu tidak mudah dihadam dan usus penghadaman bayi menganggapnya sebagai bahan alergik.
Soya- Biasanya, jika bayi mengalami reaksi alergik terhadap produk tenusu, ia juga boleh alergik kepada protein yang ada dalam soya. Ibu yang menyusukan bayi juga perlu mengelak daripada mengambil makanan yang mengandungi soya.
Kacang- Doktor akan menasihati ibu untuk mengelakkan pemberian kacang dalam diet bayi terutama semasa awal pengenalan kepada makanan pejal. Apatah lagi jika anda mempunyai sejarah keluarga yang alergik terhadap kacang.
Jika anda khuatir bayi anda akan mengalami ekzema, semasa awal kelahiran lagi, ibu yang menyusukan bayi perlu berjaga-jaga dengan pengambilan makanannya. Anda perlu mengelak daripada makan makanan yang mengandungi pencetus ekzema seperti susu lembu, kacang dan kerang. Berjumpalah dengan doktor jika bayi anda ada menunjukkan tanda-tanda ekzema. Sebaik-baiknya, pencegahan awal adalah lebih baik untuk si manja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.