Pelakon Emma Maembong yang kini sarat hamil sembilan bulan dimaklumkan oleh doktor untuk bersedia bersalin dalam masa terdekat ini.
Walaupun ‘due’ sebenar pelakon handalan ini pada 6 Mei depan, namun doktor menjangkakan Emma bakal melahirkan anak keduanya pertengahan April ini. Sama seperti kelahiran anak pertamanya, Shariq Arshan Gabriel dua tahun lalu yang turut dilahirkan lebih awal.
Akui Emma lagi, doktor menasihati dirinya supaya bersedia bagi melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak kedua ini akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.
“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada tarikh 15 hingga 19 April ini,” kongsi Emma.
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Malah menurut ibu cantik manis ini lagi, dia kini sudah mula merasa mengah ditambah bulan puasa.
“Kalau ikutkan sekarang saya sudah mula rasa mengah.
“Kali terakhir buat pemeriksaan doktor mendapati bayi sudah berada di posisi betul dan saya perlu bersedia,” kata Emma berkongsi.
Pun begitu walaupun keletihan, Emma bersyukur bila mana dia dapat berpuasa penuh tahun ini berbanding kehamilan terdahulunya.
“Jika dibandingkan, alahan mengandung anak kedua ini lebih teruk tapi saya bersyukur bila dapat puasa penuh.
“Kalau mengandung anak pertama dahulu tak boleh puasa langsung, tetapi alahan biasa sahaja. Untuk kali ini situasinya terbalik pula.
“Kadang-kadang kalau makan saya akan muntah semula dan perkara ini berlaku sampai sekarang,” ujarnya.
Semoga dipermudahkan buat Emma untuk melahirkan bayi keduanya tidak lama lagi.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma