Penatnya bila bayi mula melompat-lompat. Tahukah anda ia adalah berfaedah untuk perkembangan bayi. Mama dan papa jangan mengeluh lagi!

Bayi Dah Mula Melompat-Lompat? Memang Lenguh Nak Pegang, Tapi Bagus Untuk Perkembangan!

Bayi baru lahir hingga 12 bulan berkembang dengan pantas. Mama dan papa mesti perasan bayi akan melalui pelbagai pencapaian dalam tempoh ini. Kebolehannya dari segi psikologi, fizikal, kognitif, pertuturan sangat pesat!


Pada usia sekitar 6 hingga 9 bulan, selalunya bayi akan mula melompat apabila dipegang secara berdiri. Ini adalah sebahagian proses yang untuk menguatkan otot kaki dan paha sebagai persediaannya untuk merangkak dan berjalan. Ia juga menguatkan bahagian belakang bayi.

Mama dan papa mungkin akan keletihan untuk memegang bayi pada fasa ini. Bila diletakkan dalam kedudukan berdiri pasti ia akan terus melompat-lompat! Malah jika didukung, kakinya mula menunjal perut atau dada anda. Jika anda tahu faedahnya melompat ini kepada bayi, tentu anda tidak akan mengeluh lagi!

5 INFO BILA BAYI MULA MELOMPAT

Apabila bayi mula melompat, dia sebenarnya sedang melatih dirinya untuk berjalan dalam satu jangka masa yang panjang. Aktiviti melompat ini ialah peringkat awal bayi kepada fasa perkembangan seterusnya iaitu berjalan.

Ads
  1. Penting untuk meguatkan kaki

Aktiviti ini bertindak sebagai latihan untuk menguatkan kaki bayi.

2. Belajar mengimbangi badan

Ia melatih otot dan tulang kakinya, belajar mengimbang badan dan berdiri. Lama kelamaan, bayi akan belajar untuk berdiri lebih tegap dan lama seterusnya mampu berpegang pada perabot.

3. Pegang bayi & permukaan keras

Ads

Pada sekitar usia enam bulan, bayi akan mula melompat apabila berada dalam keadaan berdiri. Jadi, pastikan mama dan papa bantunya dengan memegang pada bahagian ketiaknya dan biarkan dia dia berpijak pada permukaan yang keras dan rata untuk aktiviti ini.


4. Beri galakan & pujian

Pada sekitar usia sembilan bulan, kebanyakan bayi sudah boleh berdiri sendiri. Jika dia menunjukkan perkembangan ini, mama dan papa boleh boleh turut serta dalam aktiviti si kecil sebagai galakan.

Berikan pujian kalau dia boleh berdiri sendiri walau pun terjatuh. Galakkan dia terus mencuba. Anda juga boleh cuba untuk memegang mainan dari atas dan biarkan bayi cuba mencapai mainan tersebut dalam keadaan berdiri.

Ads

Persekitaran yang menyokong

Sediakan tikar permainan yang lembut supaya bayi tidak sakit apabila terjatuh semasa cuba untuk berdiri.

Bayi ialah peniru yang baik. Dia suka memerhati dan meniru apa yang dilihat di sekelilingnya. Jadi apabila bayi dalam fasa melompat ini, dedahkan mereka kepada persekitaran yang memperlihatkan kanak-kanak dan bayi lain yang sudah berdiri dan berjalan. Ini sebagai galakan untuknya meniru perbuatan kanak-kanak lain iaitu berdiri dengan sendiri.

Bayi Dah Mula Melompat-Lompat? Memang Lenguh Nak Pegang, Tapi Bagus Untuk Perkembangan!

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI