
Selepas kandungan mencecah usia 15 minggu, dia akan mula menggerakkan badan dan anggota tubuh badan yang lain. Kebanyakan ibu tidak dapat merasakan pergerakan bayi pada peringkat ini.
Sekitar minggu ke-16 hingga ke-25, anda mungkin boleh mula merasakan sedikit pergerakan di dalam perut. Apabila ada tendangan bayi dalam rahim ini memberikan keyakinan bahawa anak anda aktif dan sihat.
Jumlah pergerakan bayi dalam kandungan tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga berbeza sepanjang kehamilan.
Pergerakan bayi biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakan yang stabil. Tendangan ini sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.
Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, anda perlu memantau pergerakan bayi agar dapat memastikan dia selamat dan masih mampu meneruskan kehamilan sehingga tiba masa untuk dikeluarkan.
Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan bayi menendang dalam kandungan.
1. Baring
Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira dua jam.
Anda sepatutnya dapat merasakan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.
2. Makan atau minum
Minum segelas jus oren untuk mengejutkan bayi. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Keduanya akan merangsang metabolisme bayi dan menggalakkan pergerakan dan menjafikan dia kerap menendang.
3. Guna irama muzik
Dengan cara ini, anda boleh menggalakkan kekerapan bayi menendang. Lagu pilihan jangan terlalu rancak atau dipasang dengan kuat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Pesan Ibu Hamil Plasenta Praevia Buat 7 Tip Ini. Pendarahan Boleh Berlaku Bila-Bila Masa!

Isi Kandungan
TogglePlasenta praevia adalah satu keadaan dimana uri berada dalam kedudukkan yang rendah didalam rahim . Ia terdiri daripada beberapa tahap-tahap tertentu. Dr Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi, menjelaskan lebih lanjut mengenai komplikasi ini.
Plasenta atau uri adalah organ sementara yang berfungsi menyalurkan keperluan bayi daripada ibu dan menyalur keluar bahan kumuhan daripada bayi yang dikeluarkan menerusi ibu melalui tali pusat. Antara bahan yang disalurkan kepada bayi dan ibu melalui uri ialah;
- Nutrien
- Oksigen dari ibu kepada bayi
- Karbon dioksida dari bayi kepada ibu
Menurut Dr Siti Esah, terdapat beberapa keadaan yang membabitkan plasenta. Antaranya ialah plasenta praevia. Plasenta praevia ialah keadaan di mana kedudukan uri berada rendah di dalam rahim sama ada ia menutupi pembukaan pangkal rahim sepenuhnya (complete placenta praevia), sebahagian pangkal rahim (partial placenta praevia) atau marginal dimana uri berada ditepi pangkal rahim. Plasenta praevia meletakkan kehamilan dalam kategori kehamilan berisiko.
1 dalam 200 kehamilan
“Plasenta praevia berlaku satu dalam 200 ( 0.5% ) kehamilan cukup bulan . 6% dari kandungan pada trimester kedua mengalami uri yg rendah. Namun 90% kes plasenta praevia akan kembali kekedudukan yang normal pada trimester terakhir, kata Dr Siti Esah.
Kedudukan uri pada awal kehamilan tidak perlu dibimbangkan tetapi perlu dipantau. Ini kerana 90 % uri rendah akan naik seiring dengan tumbesaran rahim semasa pertambahan usia kandungan.
9 punca plasenta praevia
Plasenta praevia lebih berisiko terjadi jika terdapat faktor berikut iaitu;
a)Masalah pada rahim di mana ibu pernah melalui pembedahan pada bahagian rahim seperti;
- Pembedahan membuang fibroid.
- Prosedur dilation and curettage (D&C) atau sejarah keguguran
- Pembedahan caesarean
- Apa-apa pembedahan yang menyebabkan dinding rahim berparut.
b) Masalah pada uri di mana terdapat masalah;
- Uri bersaiz terlalu besar (kehamilan kembar )
- Ibu yang merokok
- Ibu yang telah mempunyai anak ramai
- Ibu yang pernah mengalami plasenta preavia sebelum ini.
- Ibu yang berumur 35 tahun ke atas.
Diagnosis
Menurut Dr Siti Esah kes plasenta praevia boleh dikesan oleh doktor melalui ujian imbasan atau scan.
“Selain daripada dikesan melalui ujian imbasan, tanda klasik berlakunya plasenta praevia ialah apabila berlakunya pendarahan tanpa rasa sakit dalam kuantiti banyak atau sedikit.
“Kedudukan bayi yang tidak normal juga menjadi petanda berlakunya keabnormalan pada kedudukan uri. Bayi yang songsang, senget atau melintang boleh menjadi petanda plasenta praevia berlaku.Hanya 21.7% ibu placenta praevia yang tidak mengalami pendarahan.
7 tip ibu plasenta praevia
Ibu hamil yang disahkan mengalami plasenta praevia perlu mematuhi pesanan dan saranan daripada doktor. Dr Siti Esah menyarankan agar ibu yang mengalami plasenta praevia melakukan perkara berikut;
- Mengurangkan aktiviti lasak.
- Mengelakkan hubungan intim suami isteri.
- Tidak sekali-kali mengurut rahim untuk menaikkan uri!
- Terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan walaupun sedikit. Ia mungkin warning bleed.
- Jika kandungan berusia 34 minggu ke atas, anda mungkin disarankan untuk berehat atau bedrest dan terus ke hospital sekiranya berlaku pendarahan.
- Terus ke hospital apabila mula merasakan kontraksi walau pun tidak kuat.
- Ibu perlu memastikan tahap haemoglobin (Hb) pada paras yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 11.5 g/dl. Kebanyakan ibu hamil yang mengalami plasenta praevia akan dibekalkan pil zat besi untuk memastikan paras Hb stabil & terkawal.
Komplikasi akibat plasenta praevia
Sekiranya anda disahkan mengalami plasenta praevia, mustahak bagi anda untuk mengetahui risiko dan komplikasi yang boleh berlaku. Dr Siti Esah berkata tiga keadaan ini boleh berlaku iaitu;
- Pendarahan yang mungkin berlaku sebelum, semasa atau selepas kelahiran. Ini mungkin memerlukkan transfusi darah.
- Bayi dalam kandungan berisiko mengalami terencat pertumbuhan.
- Kelahiran bayi pramatang.
Perkaitan plasenta praevia dengan plasenta accreta
Selain plasenta praevia, terdapat juga keadaan dinamakan plasenta acreta di mana uri melekat /menembusi myometrium. Keadaan ini boleh mengakibatkan uri sukar dikeluarkan dan boleh mengakibatkan pendarahan yang banyak yang memerlukkan rahim di keluarkan ( histerektomi)
“Kira-kira 0.2 % ibu hamil mengalami plasenta accreta. Ibu yang mengalami plasenta praevia yang pernah melalui pembedahan sebelum ini berisiko tinggi untuk mengalami plasenta acreta. Para doktor selalunya akan menerangkan pesakit tentang risiko ini , ini supaya mereka sentiasa berwaspada dan bersedia jika ianya berlaku ,” kata Dr Siti Esah.
Pengurusan kehamilan plasenta praevia
Bagi ibu yang mengalami plasenta praevia, amat mustahak untuk mengetahui info-info ini ketika mendapatkan rawatan sekiranya berlaku pendarahan.
Jenis rawatan plasenta praevia bergantung pada,
- usia janin
- keadaan janin
- berapa banyak pendarahan
- pendarahan berlakui secara berterusan atau telah berhenti
- kedudukan janin dalam kandungan ibu.
Pendarahan bila-bila masa antara minggu ke-34 hingga 36
Menurut doktor, pendarahan boleh berlaku bila bila masa terutama pada minggu ke-34 hingga ke-36 dan kebanyakan ibu yang mengalami plasenta praevia akan dijadualkan untuk dibedah apabila usia kandungan mencecah 37 hingga 38 minggu.
“Sekiranya berlaku pendarahan fokus utama adalah kestabilan ibu dan keadaan janin.Jika bayi pramatang,rawatan secara konservatif dijalankan jika pendarahan berhenti dan kedua dua bayi dan ibu stabil.Walaubagaimanapun jika pendarahan berterusan dan banyak, pembedahan akan dijalankan untuk mengeluarkan bayi walau pada usia terlalu pramatang sekalipun.
Oleh itu, ibu-ibu perlu peka dan prihatin dengan keadaan diri sendiri apabila disahkan plasenta praevia. Pendarahan sedikit atau banyak, bersama kontraksi atau tidak perlu dirujuk ke hospital secepat mungkin untuk meyelamatkan nyawa bayi dan ibu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kaki Selalu Kejang & Sakit-Sakit Waktu Hamil, Petanda Mama Tak Cukup Kalsium

Kejang kaki waktu hamil sangat menyakitkan lebih-lebih lagi sewaktu tidur malam. Kenapa kejang kaki kerap berlaku kepada ibu hamil?
Menurut Dr Nurhazinat, pakar perbidanan dan sakit puan, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa hamil. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki sepanjang kehamilan.
Kenali punca
Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.
- Keletihan otot betis.
- Tekanan pada urat saraf bahagian kaki.
- Peredaran darah yang tidak lancar.
- Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad.
Serangan malam
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka, tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
- Apabila berlaku kekejangan betis, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda.
- Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya bersendirian, anda boleh membongkokkan badan, capai jari-jari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus.
- Sekiranya bersama pasangan, anda boleh meminta suami untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah anda. Apabila melakukan perkara ini, anda akan berasa sakit terlebih dahulu, sebelum ia beransur-ansur hilang.
- Anda juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit.
Cara elak kejang betis
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
- Meregangkan otot betis
Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur, boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha ke hadapan. Kemudian, tukar kaki dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 – 10 minit.
- Kekal aktif
Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Anda perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
- Vitamin dan mineral tambahan
Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium, membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
- Air yang mencukupi
Minum air mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka dengan warna air kencing! Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tindakan Pantas Ibu Hamil Terjun Dalam Laut Selamatkan Nyawa Suami!

Seorang lelaki mengalami kecederaan parah apabila digigit oleh seekor jerung ketika melakukan aktiviti ‘snorkeling’ di Florida bersama keluarganya. Namun dia sempat diselamatkan apabila isterinya yang sedang hamil melompat ke dalam air dan menariknya naik ke atas.
Andrew Eddy, 30, sedang melakukan aktiviti ‘snorkeling’ dengan kapal persendirian di Sombrero Key Light pada hari Ahad ketika dia digigit di bahagian bahu oleh seekor jerung sejurus selepas dia memasuki permukaan air, kata Pejabat Sheriff Monroe County dalam satu kenyataan.
Wakil Christopher Aguanno menulis dalam laporan kejadian yang diterima oleh PEOPLE.COM bahawa isteri Eddy, Margot Dukes Eddy, melihat sirip belakang jerung, dan kemudian melihat airnya dipenuhi dengan darah.
“Dukes, tanpa ragu-ragu, terjun ke dalam air dan menarik Eddy ke bahagian keselamatan kapal,” tulis Aguanno.
Pasangan itu menaiki kapal bersama ibu bapa Dukes Eddy, kakaknya dan teman lelaki kakaknya, yang kebanyakannya sudah berada di dalam air ketika serangan itu berlaku, kata laporan tersebut.
Eddy, yang tinggal di Atlanta, dibawa dari perairan ke Pantai Sombrero sekitar jam 10:30 pagi, dan diterbangkan ke Ryder Trauma Center di Miami. Tambah pihak polis
Kecederaannya digambarkan sebagai “parah”.
Sombrero Key, Florida
Pejabat sheriff mengatakan bahawa saksi melaporkan melihat seekor jerung di kawasan itu, dan yang menyerang Eddy adalah sepanjang 8 hingga 10 kaki. Tidak ada orang lain yang cedera dalam serangan itu.
Sumber: PEOPLE.COM
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI