Selepas kandungan mencecah usia 15 minggu, dia akan mula menggerakkan badan dan anggota tubuh badan yang lain. Kebanyakan ibu tidak dapat merasakan pergerakan bayi pada peringkat ini.

Sekitar minggu ke-16 hingga ke-25, anda mungkin boleh mula merasakan sedikit pergerakan di dalam perut. Apabila ada tendangan bayi dalam rahim ini memberikan keyakinan bahawa anak anda aktif dan sihat.

Jumlah pergerakan bayi dalam kandungan tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga berbeza sepanjang kehamilan.

Pergerakan bayi biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakan yang stabil. Tendangan ini sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.

IKLAN

Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, anda perlu memantau pergerakan bayi agar dapat memastikan dia selamat dan masih mampu meneruskan kehamilan sehingga tiba masa untuk dikeluarkan.

Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan bayi menendang dalam kandungan.

1. Baring
Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira dua jam.

IKLAN

Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia BergerakAnda sepatutnya dapat merasakan bayi bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.

2. Makan atau minum
Minum segelas jus oren untuk mengejutkan bayi. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Keduanya akan merangsang metabolisme bayi dan menggalakkan pergerakan dan menjafikan dia kerap menendang.

IKLAN

Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia Bergerak3. Guna irama muzik
Dengan cara ini, anda boleh menggalakkan kekerapan bayi menendang. Lagu pilihan jangan terlalu rancak atau dipasang dengan kuat.

Bayi Dalam Kandungan Mula Kurang Aktif? 3 Cara Ini Bantu Dia Bergerak

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI