Saat bayi baru dilahirkan, ibu bapa orang yang paling gembira dan bersyukur. Perasaan tak sabar bawa pulang anak ke rumah memang berita yang ditunggu untuk berkongsi kegembiraan dengan ahli keluarga.
Apabila bayi dibawa pulang, pastinya saudara mara dan rakan-rakan yang tahu akan datang untuk melawat bayi. Masa ini, masing-masing akan pegang dan cium bayi kerana teruja.
Perasaan geram nak cium dan gomol itu memang tak boleh dielakkan oleh sesiapa tetapi jika tak dielakkan dari awal, kesannya pada bayi kita tak tahu. Boleh jadi masalah lebih teruk kerana bayi masih mempunyai sistem imun yang lemah dan cepat jatuh sakit.
Sebagai tetamu, perlu ada had ketika melawat bayi. Janganlah tunggu ibu bapa bayi yang cakap. Kadang nak cakap lebih takut terasa hati. Sepatutnya kita sebagai tetamu yang perlu tahu batas dan elakkan mencium dan memegang bayi.
Hormatilah ibu bapa bayi. Sebaiknya berikan dulu ibu dan bayi rehat. Nak datang melawat mungkin boleh, tapi tunggulah sehingga habis pantang untuk kedua-dua cepat pulih dan sihat. Maklumlah kadang waktu pantang ni ibu pun tak dapat rehat cukup kerana berulang alik ke klinik atau hospital untuk check kuning atau follow up lain.
Perkongsian dari Dr Redza Zainol ini mungkin boleh jadi peringatan bersama.
Nafas laju, demam, batuk
Saya hembus nafas perlahan-lahan selepas saya terima panggilan dari Jabatan Kecemasan. Bayi usia 2 bulan ni nafasnya laju, demam tinggi dan batuk.
Ads
Selepas diteliti, bayi ni memenuhi kriteria sebagai pesakit SARI (Severe Acute Respiratory Infection). Nama lainnya ialah jangkitan pernafasan akut teruk.
Menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit SARI perlu dimasukkan ke wad isolasi dan disaring untuk Covid-19.
Selepas selesai memakai pakaian lengkap PPE, saya masuk ke wad isolasi untuk mengambil sampel Covid-19 dari hidung dan tekak bayi ni. Dibantu oleh jururawat yang cekap, kerja saya jadi mudah.
Dipeluk cium saudara mara yang melawat
Menurut ibunya, bayi mula demam dan batuk selepas dipeluk cium oleh saudara mara yang datang ke rumah. Beliau cuba untuk menegah tapi ada saja alasan yang diberi.
Saya jadi kagum sebab ibu ni sangat sabar orangnya. Bukan calang-calang sebab tinggal di wad isolasi ni sangat tak selesa.
Bayangkan kipas tak boleh dibuka, jadi bayi asyik menangis sebab kepanasan. Ibu pula jadi kepenatan cuba menenangkan bayi.
Ads
Sampel Covid-19 pada bayi perlu diambil dan paling sedih, ayah bayi tak boleh datang melawat sampailah keputusan Covid-19 siap.
Elaklah pegang dan cium bayi
Selepas keputusan sampel Covid-19 disahkan negatif, barulah boleh pindah ke wad biasa.
Nasihat saya, jangan suka-suka pegang dan cium bayi orang tanpa izin ibu dan ayah bayi tu. Penjarakan sosial tu termasuk antara orang dewasa dan bayi kecil juga.
Biarlah penjaga utama bayi saja yang pegang dan cium bayi tu. Kalau bayi masuk ke wad isolasi dan kita sanggup menjaga bayi tu sepenuh masa, maknanya kitalah penjaga utama bayi tu.
Sistem imun bayi belum matang
Ads
Bayi ni sistem imunnya belum matang, jadi mudah dijangkiti kuman. Banyak kuman yang ada pada orang dewasa, gejalanya tak teruk tapi pada bayi sampai boleh mengancam nyawa.
Bila pergi ke rumah orang, ingat tau apa yang saya kongsikan ni. Kadang-kadang kita tak sengaja sebab seronok sangat nampak baby kan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja beberapa jam melahirkan bayi ketujuhnya, isteri kepada angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Dr Halina memuat naik gambar terbarunya selepas bersalin.
Apa yang menarik perhatian, Dr Halina yang murah dengan senyuman ini masih ceria dan melemparkan senyuman manis biarpun baru beberapa jam di dewan bedah melahirkan anak ketujuhnya.
Melihatkan sikap positif dan mood ceria Dr Halina yang sempat berseloroh membuat OOTD selepas bersalin membuatkan ramai yang kagum biarpun sudah punya anak ramai.
“OOTD 15hrs post LSCS. Hospital gown, kain batik and handbag courtesy of PCA pethidine. Urinary catheter dah cabut and I need to mobilize myself,” tulisnya berseloroh.
Dengan berkain batik, baju hospital dan beberapa alatan hospitl di sini, wajah dengan senyuman manis Dr Halina tetap terserlah.
Berkongsi kisah kelahiran bayi ketujuhnya, Dr Halina turut meluahkan ucapan penghargaan buat suami serta doa-doa yang baik dari pengikutnya di Instagramnya.
Malah kata ibu kepada tujuh cahaya mata ini bersyukur kerana kelahiran bayinya dipermudahkan. Ditambah pula dengan bayi, Sheikh Muhammad yang sudah pandai melekap dengan baik ketika menyusu.
“Baby boy kami dah pandai melekap waktu menyusu, alhamdulillah. Here we go again, lagi satu pusingan penyusuan susu ibu.
“Terima kasih atas segala ucapan dan doa yang baik-baik dari semua! Terima kasih S kerana sudi ada untuk saya. Terima kasih Allah,alhamdulillah atas peluang ini,” tulisnya.
Terdahulu, Dr Halina selamat melahirkan bayi ketujuhnya semalam dengan berat 2.98kg di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara.
Selamat melahirkan bayi kembar sepasangnya pada 20 Disember lalu, kini penyanyi Ainan Tasneem Redzuan tampil mendedahkah wajah kedua anaknya itu selepas mereka kini berusia sebulan.
Malah terdahulu, selepas beberapa minggu dilahirkan, Ainan juga mengumumkan nama mereka yang cukup sedap dan indah. Kedua-dua bayi kembar sepasang ini diberikan nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang juga disertakan dengan makna yang cukup indah.
Menerusi instagramnya, Ainan tampil berkongsi sebuah video pendek yang keduanya sedang nyenyak tidur.
“Assalamualaikum semua!
“Alhamdulillah kami dah sebulan lahir kat dunia ni. Ummi kata ramai yang DM minta ummi share pengalaman bersalinkan kami haritu.
” Tunggu ya, nanti ummi akan share kat semua,” tulisnya di kapsyen.
Malah melalui dua entri berlainan, Ainan juga turut berkongsi beberapa keping gambar kembarnya yang comel. Tidak kurang juga sebuah video pendek menunjukkan anaknya yang sedang tersenyum.
“Walaupun sorang kepala lonjong sorang kepala bulat, janji dengan ummi korang akan jadi best friend till Jannah okay?
“Suka duka diharungi bersama. Ecehh,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Ainan di instagram memuji akan kecomelan Faqeh dan Faeqa yang sentiasa menjadi peneman setiap ibunya.
“Ya Allah seronoknya anak kembar. Membesar dengan sihat baby.”
Assalamualaikum Faqeh & Faeqa 😍 Congratulations Ainan! We hope mummy and twins are healthy and happy.”
“Comelnya twins.. putih melepak.”
Semoga Faqeh Nael dan Faeqa Naela terus membesar menjadi anak yang soleh solehah malah berbakti kepada ummi dan abuyanya.
Terdahulu, Ainan mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Ariffudin pada 7 Januari 2017 dan kini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ainan Salsabiela, 2 tahun, Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang kini berusia satu bulan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainantasneem92
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...