Nama untuk anak sesuatu yang unik dan mengambil masa untuk difikirkan untuk memberikan nama yang sesuai. Bagi pasangan dari palembang ini pula, mereka menamakan anak mereka sempena sambutan pembukaan sukan asia semalam.
PALEMBANG – INDONESIA . Seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada hari sama majlis pembukaan Sukan Asia 2018 kelmarin, dinamakan Adibah Asean Games.
“Puteri saya lahir kelmarin pada 3.33 petang (waktu tempatan) di klinik bersalin di Palembang, sama dengan majlis pembukaan Sukan Asia 2018,” kata bapa Adibah, Yordania.
Menurut Yordania, 38, selepas kelahiran anak keempatnya itu dia dan isteri, Veranova merancang menamakan anak mereka itu sempena Sukan Asia.
“Secara spontan kami menamakan anak kami itu Adibah Tri Asian Games namun kami menukar kepada nama yang lebih sesuai iaitu Adibah Asian Games,” jelasnya.
“Isteri saya melahirkan bayi kami secara normal dan sihat. Kami bangga kerana anak kami ini lahir pada tarikh yang cantik,” katanya. – Agensi