Bayi Dua Tahun Melecur Teruk Lepas Bermain Soket Elektrik Dengan Paku, Mama Papa Jangan Leka Kena Selalu Perhati Anak Bermain

Share

Ada anak kecil mata memang kena selalu peka risau mereka bermain dengan barang-barang yang merbahaya dan boleh memudaratkan mereka. Tak kiralah kat mana, si kecil yang tengah nak meneroka memang seronok je capai semua benda.

Seperti yang berlaku di Liaoning, China, seorang bayi perempuan berusia dua tahun melecur teruk selepas bermain dengan soket elektrik di rumahnya.

Dalam kejadian tersebut, anak kecil ini dibiarkan bermain gajet sendirian di dalam bilik sementara ibunya sibuk menguruskan kerja rumah.

Sempat menjenguk sekejap si kecil yang sedang bermain, ibunya terkejut sebaik saja melihat anaknya itu bermain dengan paku. Bimbang melihat keadaan itu, ibunya merampas paku dan meletakkan ia di tempat tinggi sebelum kembali menyambung kerja rumah.

Tak lama kemudian, si ibu terhidu bau terbakar dari rumah lalu segera berlari mendapatkan anaknya kerana menyangka ada berlaku kebakaran. Namun apa yang berlaku lebih teruk dari yang disangka.

Sebaik pintu dibuka, ibu tersebut melihat anaknya memegang paku dan mencucuk ke dalam lubang soket elektrik sehingga menyebabkan si kecil itu terkena renjatan elektrik.

Ekoran daripada kejadiant tersebut, anak kecil itu melecur teruk di bahagian kedua-dua belah tangan dan mulutnya membengkak. Ibunya yang melihat keadaan anaknya terus segera membawa anak kecil itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut doktor, mangsa mengalami luka melecur tahap empat dan tidak dapat dipastikan sama ada otaknya juga turut terjejas.

Hati-hati ye papa mama bila kat rumah tu. Jangan biarkan anak yang masih kecil bermain seorang diri bimbang perkara tak diingini berlaku. Anak tengah nak membesar memang semua benda dia buat main, maklum sahajalah masih kecil dan takt ahu apa-apa.

Sumber: The Reporter, World Of Buzz

Published by
Shahrina Azlin Binti Abdullah