Bayi dan ibu sama-sama mengantuk dan mudah terlelap ketika menyusu, ini adalah puncanya.
Ramai ibu berasa bersalah kerana menyusu bayi mereka untuk keselesaan atau semasa mereka tidur. Menyusukan bayi untuk tidur dan untuk keselesaan bukan perkara yang buruk untuk dilakukan sebenarnya, ia adalah perkara biasa, sihat dan sesuai perkembangan bayi. Kebanyakan bayi menyusu untuk tidur dan bangun 1 hingga 3 kali pada waktu malam untuk tahun pertama atau lebih.
Sesetengah bayi tidak perlukan penyusuan untuk tidur tidur sebaliknya diajar menggunakan peralatan seperti buaian, tepukan dodoi atau teknik tidur sendiri yang membiarkan bayi tertidur sendiri selepas mengantuk. Namun jika diberi pilihan, bayi tentunya lebih suka menyusu untuk tidur di dalam dakapan ibunya.
MENGANDUNGI HORMON MENYEBABKAN MENGANTUK
Ads
Penyusuan susu ibu sememangnya memberikan keselesaan dan membantu bayi untuk tidur. Ia menenangkan dan juga dapat membantu si anakmengatasi tekanan dengan lebih baik apabila tidak menyusu. Susu mengandungi hormon cholecystokinin (CCK) yang dirembeskan semasa penyusuan yang mengakibatkan rasa mengantuk pada kedua ibu dan bayi.
MEMBANTU MEMBENTUK JAM BIOLOGI
Ads
Di samping itu, susu ibu juga mengandungi hormon yang menyebabkan mengantuk, asid amino dan nukleotida yang kepekatannya lebih tinggi pada waktu malam. Ini sebenarnya juga membantu bayi-bayi membentuk jam biologi 24 jam (circadian rhythms) mereka sendiri. Jadi jika anda tidak mahu bayi meragam malam, susukan mereka dengan susu ibu.
DAPATKAN POSISI YANG SELESA
Jika bayi selesa dengan cara menyusu untuk tidur, anda perlu mendapatkan cara yang sesuai untuk menyusukannya dengan baik. Pastikan posisi menyusu sambil berbaring selesa dan sesuai serta yang tidak menyebabkan sakit belakang. Anda perlu memastikan agar tidak tertidur sehingga tertindih bayi!
Ads
BAYI BOLEH DITENANGKAN DENGAN PENYUSUSAN
Penyusuan susu ibu tidak sekadar untuk mengenyangkan. Ia juga salah satu cara untuk menenangkan bayi. Ini adalah antara sebab kenapa bayi menyusu untuk keselesaan, ketika dia jelas tidak lapar. Adakah ini tidak normal? Penyusuan untuk menenangkan adalah normal. Sekiranya bayi tidak selesa menyusu, dia perlu menghisap di tangannya atau puting palsu. Payudara adalah diibaratkan puting pertama yang diperkenalkan kepada bayi. Jadi mama jangan takut untuk menggunakannya kepada bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila dah ada bayi ni, ibu bapa pasti nak tahu apa kemahuan anak yang sebenarnya. Ada tu yang akan bertanya pendapat orang berpengalaman tak kiralah mak sendiri atau kawan-kawan yang dah ada anak. Jadi macam-macam fakta dan petua akan dikongsikan.
Jika betul tiada masalah, tapi ada juga yang dah ditokok tambah dan salah sehingga kita pun percaya.
Berdasarkan perkongsian dari Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah ada beberapa fakta yang tidak tepat untuk bayi newborn (0-3 bulan) yang menjadi kepercayaan ibu bapa hingga hari ini.
Fakta di bawah adalah paling tidak tepat buat bayi newborn (0-3 bulan):
TIDAK GEMAR DIBEDUNG
Tiada bayi yang lahir ‘benci’kan bedung. Fetus manusia berada dalam ‘fetal position’ (kepala tunduk, tulang belakang melengkung & kaki rapat didada) selama 9 bulan dan dikemaskan dengan himpitan dinding rahim untuk mengekalkan posisinya dimana ia membuat mereka merasa bagai dipeluk selalu. Pengganti sensasi pelukan alam rahim ini adalah dakapan ibu. Dan pada bila-bila masa ibu tidak dapat mendakap (mandi, memasak, sakit atau tidur), bedung adalah gantian terbaik. Lebih-lebih lagi kerana refleks MORO (yang mengakibatkan bayi mudah tersentak/terkejut seterusnya menangis atau terjaga) kekal sehingga sekitar usia bayi 4 bulan.
PERLU SUASANA SENYAP UNTUK TIDUR
Salah! Fetus manusia telah hidup dalam sebuah alam yang amat bising dimana bunyi rahim mencecah 90dbl iaitu sama atau lebih kuat dari penyedut hampagas. Suasana senyap sunyi membinggungkan mereka. Sekarang anda tahu mengapa bayi tidur lebih nyenyak di siang hari terutama jika berhampiran sumber bunyi aktiviti harian rumah dan lebih kerap terjaga pada waktu malam?. Ini SALAH SATU sebabnya.
MUDAH RIMAS DAN MENANGIS KERANANYA
Alam rahim tidak kalah meriahnya jika dibandingkan dengan dunia luar,cuma dari sudut yang berbeza. Fetus mendengar, menghidu dan merasakan perkara-perkara berbentuk emosi dan fizikal yang hampir sama dengan bayi (yang telah berada di dunia luar). Maka,fetus juga terkejut, ketawa, menangis dan merasa cemas seperti manusia di dunia luar. Maka apa yang mengekalkan fetus dalam ketenangan sepanjang masa? Ianya sensasi rahim! Ketika memang benar bayi kecil mudah menangis dan resah kerana rimas (overstimulated), mereka sebenarnya 2 KALI lebih mudah resah & menangis bila sebaliknya, iaitu bila merasa terasing (understimulated) atau bila mengesan kehilangan sensasi rahim contohnya hilang rasa bagai dipeluk dan di hayun selalu seperti ketika dikandung dahulu.
PERUT BAYI SUPER SENSITIVE DENGAN DIET IBU
Jangan makan itu, jangan makan ini..makanan itu tajam, makanan itu angin dan senarainya berterusan..membuat ibu terlalu takut untuk menyentuh apa-apa makanan kerana risau akan membuat bayi meragam. Asasnya, amat jarang untuk bayi membentuk profil elergi dari diet ibu kecuali pada 2 bahan: susu lembu & soya.
Manakala bagi profil sensitif, caffeine dan makanan merangsang seperti sesetengah ubat atau herba adalah yang paling berisiko. Selebihnya..silakan makan dan bereksperimenlah dengan penerimaan bayi anda kerana tubuh badan setiap individu (bayi dan ibu) adalah berbeza.
Cuba elakkan makanan yang menjadi suspek untuk beberapa hari dan lihat jika bayi kurang meragam. Namun, tak perlulah sehingga ibu terlalu obses memikirkan hal ini. Statistik membuktikan hanya peratusan kecil bayi yang menunjukkan perubahan signifikan hasil tindakan ibu mengubah diet. Selebihnya, bayi kekal kuat meragam/ menangis walau ibu hanya amalkan memakan nasi kosong dan ikan bilis tumbuk!. Pada akhirnya, memperkenalkan profil rasa yang berbeza kepada bayi melalui susu badan akan memudahkan bayi untuk suka menerima dan mencuba banyak jenis makanan di masa hadapan.
MUDAH KEMBUNG DAN MENANGIS KERANANYA.
Kembung sering dijadikan punca bila bayi kerap menangis/resah atau bila sukar ditenteramkan. Ketahuilah,bayi BUKAN belon yang memang dicipta untuk memerangkap udara dan senang-senang menjadi kembung kerananya. Kemasukan sejumlah gas ke dalam sistem badan terjadi dari aktiviti seperti makan,minum ,bercakap dan menangis. Gas juga terhasil dari proses pencernaan makanan di dalam perut. Yang menentukan seseorang itu tidak selesa akibat gas bergantung kepada berapa banyak badannya menghasilkan gas dan berapa sensitif seseorang itu terhadap jumlah gas yang berada usus besarnya. Melainkan bayi anda mengalami hal-hal seperti lactose intolerance, ketidakhadaman makanan, perut sensitif atau reflux, maka bukan amat mudah untuk bayi terkena kembung. Sedikit ‘clue’ atau bayang buat anda,bayi anda memang BUKAN kembung jika dia masih boleh berhenti menangis/bertenang/tidur/bermain atau merespon kepada anda walau UNTUK SEKETIKA(bermakna ada sela antara tangisan) kerana sakit akibat kembung tiada rehatnya selama gas kekal terperangkap.
Genap seminggu kelahiran anak keempat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha, pasangan ini telah mengadakan majlis cukur jambul dan mengumumkan nama untuk anak lelaki mereka.
Menerusi Instagram Zaquan Adha dia berkongsi nama penuh untuk bayi lelakinya yang diberi nama Muhammad Aisy Al Khaliq.
Sebagai ibu bapa, tentu sekali kita ingin anak-anak tidur awal dan dapat tidur yang secukupnya. Untuk anak mendapatkan tidur yang cukup dan tidak terlalu lewat malam, kita harus menerapkan rutin harian yang baik untuk anak-anak terutama sejak mereka kecil.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type Trending diwebsite majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Doktor Sheikh Muszaphar berkongsi tentang rutin harian beliau dan isteri yang dilakukan sejak anak pertamanya lagi. Menurut beliau, ibu bapa perlu berdisiplin dalam menerapkan rutin harian anak-anak. Ikuti perkongsian beliau dalam memupuk rutin harian untuk anak-anak setiap malam.
Bersedia untuk tidur
Kami cuba mengekalkan rutin untuk anak kembar seperti yang kami lakukan pada anak perempuan kami. Anak kembar kami sangat suka dengan rutin ini. Saya tak dapat menyangkal kepentingan rutin!
Rutin si kembar seperti makan malam bermula pada jam 6.30 petang yang biasanya terdiri daripada beras, lobak dan kentang dan seterusnya mandi sebelum Maghrib.
Mereka biasanya bermain selama sejam sama ada dengan kakak-kakaknya atau dengan mainan mereka. Susu pada pukul 9 malam dan biasanya mereka mula berasa mengantuk sekitar 9.30 malam dan seterusnya mereka akan tidur.
Adam & Noah akan bangun awal dan biasanya bangun pada pukul 5.35 pagi. Bila mereka bangun mereka akan mengejutkan yang lain. Mereka juga merupakan jam saya untuk bangun dan solat subuh. Kami cuba mengekalkan rutin sekerap mungkin. Masalah akan timbul bila kami ada tetamu atau membawa mereka keluar yang tentu akan mengganggu rutinnya.
Ramai yang mengadu kepada saya mengapa anaknya tidur lewat malam atau tidur kebanyakannya pada waktu siang. Saya menyalahkan ibu bapa yang tidak membuat rutin untuk anak mereka tidur awal.
Berkata-kata itu lebih mudah daripada melaksankan terutama untuk kami sebagai ibu bapa yang mempunyai jadual kerja yang berbeza. Tetapi cubalah tak kira apa pun halangan untuk menjadikan rutin tersebut tidak berubah kerana pastinya ia akan menjadikan hidup lebih mudah bagi kita untuk membesarkan mereka. Selamat Malam semua
PS: Kadang-kadang saya bermain dengan si kembar untuk membuatkan mereka rasa penat
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.