Sungguhpun virus yang satu ini dianggap jahat’ kerana menjangkiti lebih 1 juta orang di seluruh dunia namun pasangan suami isteri dari Raipur, India ini tekad menamakan anak kembar mereka yang baru dilahirkan ketika perintah berkurung dengan nama ‘Corona’ dan ‘Covid’.
Tindakan pasangan ini nyata mencetuskan tanda tanya pelbagai pihak. Namun bagi mereka, nama ‘Corona’ dan ‘Covid’ dipilih sebagai simbolik kemenangan mereka dalam menghadapi kesukaran.
Menurut Times of India dan seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, Preeti Verma, 27, melahirkan anak kembarnya itu pada 26 Mac lalu di DR BR Ambedkar Memorial Hospital ketika India mengharungi perintah berkurung susulan pandemik COVID-19.
Verma dan pasangannya berkata mereka membuat keputusan itu untuk menjadikan hari kelahiran bayi kembarnya itu sebagai “hari yang tidak dapat dilupakan.” Katanya lagi, disebabkan virus yang mengancam nyawa inilah penduduk di seluruh dunia mula mengamalkan gaya hidup sihat disamping menjaga kebersihan dan penjagaan diri yang ketat setiap hari.
“Kelahiran itu berlaku selepas kami berdepan dengan pelbagai kesukaran, jadi saya dan suami mahu menjadikannya sebagai hari yang tidak dapat dilupakan.
Ads
“Virus COVID-19 memang bahaya dan mengancam nyawa, tetapi kesan daripada wabak itu, orang ramai fokus menjaga kebersihan dan penjagaan diri.
“Jadi kami fikir untuk menggunakan nama tersebut,” katanya lagi.
Tambah Verma, ketika proses kelahiran, kakitangan hospital turut memanggil bayi kembarnya itu sebagai Corona dan Covid.
Ads
Bimbang melahirkan saat perintah berkurung dijalankan
Perintah berkurung yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengumumkan arahan perintah berkurung dan kuarantin dikuatkuasakan selama 21 hari pada 21 Mac lalu mencetuskan rasa kebimbangan yang melampau buat Verma dan pasangannya.
Menceritakan semula situasi pada tengah malam 26 Mac itu, Verma berkata ambulans yang membawanya ke hospital telah ditahan pihak polis di beberapa sekatan jalan raya susulan perintah berkurung.
Ads
Namun melihatkan keadaannya ketika itu, kesemua sekatan polis membenarkan ambulans meneruskan perjalanan selepas mengetahui keadaannya yang sakit ketika itu.
“Saya tertanya-tanya apa yang akan terjadi di hospital kerana ketika itu sudah tengah malam, tetapi saya beruntung kerana para doktor dan kakitangan memberi kerjasama yang sangat baik.
“Walau bagaimanapun, saudara-mara saya tidak dapat pergi ke hospital kerana perkhidmatan bas dan kereta api telah dihentikan,” katanya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemui dengan kesan lebam di bahagian muka, lengan dan kaki serta kesan kecederaan di bahagian kemaluan kerana dipercayai didera oleh ibunya dan teman lelaki di rumah mereka.
Menurut laporan sebuah akhbar, kanak-kanak tersebut ditemui sekitar jam 12 tengah malam Sabtu lalu, ketika sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut melakukan serbuan di rumah berkenaan. Serbuan tersebut mulanya dibuat untuk menangkap teman lelaki ibu kanak-kanak tersebut kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, namun sebaliknya pihak polis menemui kanak-kanak lelaki tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, pegawai polis menemui seorang kanak-kanak lelaki yang dipenuhi kesan lebam di pipi dan lengan disyaki akibat didera.
“Siasatan yang dilakukan mendapati kanak-kanak itu memaklumkan yang dia dipukul ‘daddy’ iaitu teman lelaki ibunya dan juga ibunya sendiri, namun tidak memberitahu sebab diperlakukan demikian,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar Sinar Harian.
Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang bagi menjalani rawatan dan doktor mengesahkan terdapat kesan lebam di lengan, kaki serta cedera kemaluan. Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, imbasan X-ray mendapati tiada sebarang kesan patah yang berlaku pada mangsa.
Kanak-kanak malang itu kini ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut dan berada di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ekoran daripada kejadian itu juga pihak polis telah menahan ibu kandung mangsa yang berusia 28 tahun dan teman lelakinya yang berusia 37 tahun.
Ujian saringan air kencing turut dilakukan terhadap kedua-dua suspek dan didapati mereka positif dadah jenis methamphethamine. Tambah Che Zaimani juga, semakan yang dibuat terhadap suspek lelaki tersebut menunjukkan terdapat 12 rekod lampau yang membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.
“Kedua-dua suspek kini direman untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya lagi.
Mia Ahmad selamat bersalin anak ke empat, timang bayi lelaki. Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak keempat mereka yang merupakan bayi lelaki pada petang Isnin lalu. Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi merupakan isteri kepada penjaga gol Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi.
Berita gembira itu dikongsikan Izham menerusi Instagram berserta ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah, wife saya selamat melahirkan anak ke empat kami pada 5.30ptg 21/05/24 semalam.
Terima kasih yang mendoakannya, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan,” tulis Izham di ruangan kapsyen.
Hantaran Izham dilaman Instagramnya dihujani ucapan tahniah warga maya termasuk peminat, beberapa barisan pemain bola sepak lain seperti penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli; Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville dan pemain tengah Sabah FC, Irfan Fazail.
Berikut antara komen-komen yang dititipkan di ruangan komen Instagram Izham.
Untuk rekod Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sayf Issa, Iriss dan Imaani.
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Tahniah Farhatul Fairuzah, Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.