Bila ada anak kecil, kerisauan ibu bapa pasti bertambah bila anak tak sihat dan meragam kerana badan tak selesa. Demam, batuk, selesema antara yang kerap berlaku pada anak-anak.
Selain itu, masalah perut kembung, susah nak buang air besar juga salah satu situasi yang buat ibu bapa cepat susah hati kerana anak akan merengek dan jadi serba tak kena.
Bagi ibu bapa yang menghadapi anak yang kerap berkahak, kembung perut dan susah nak buang air besar, tip ini mungkin boleh membantu. Kita cuba dulu dan selebihnya berserah pada-Nya.
Tip untuk baby susah buang air besar, kembung, kahak
Ambil minyak masak, lada hitam, bawang putih (letakkan dalam satu mangkuk)
Bacakan al fatihah 3x, al ikhlas 3x. Lepas itu baca bismillah hillazi layadurru, ma asmihi,shau un fil ard .wala fisama ih wahuasami un alim..
Minyak tu sapu di perut bayi kembung, tapak kaki dan belakang badan.
InsyaAllah niatkan yang baik-baik untuk kesihatan anak-anak, pasti dipermudahkan semua urusan olehnya.
Kredit: Leader Yana via Geng Ibu Hamil & Berpantang
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuba Check Kita Marah Anak Sebab Mendidik Atau Ikut Perasaan Kerana Penat
Kita marahkan anak sebab nak didik anak atau kita nak lepaskan kemarahan dan baran kita semata-mata. Ini ramai ibu bapa yang lupa.
Bila anak masih kecil, kita punya lebih kuasa dan autoriti serta kudrat ke atas mereka. Kita gunakan cubitan, rotan, pukulan dan herdikan, penampar, ugutan untuk menakutkan dan memarahi mereka.
Tanpa kita menimbang apakah tindakan itu adalah yang terbaik untuk mereka padahal ianya adalah terbaik di mata kita dan hakikat sebenarnya melepaskan kemarahan kita.
Marah tak salah. Tapi cara melepaskan itu bagaimana. Bagaimana ibu bapa menyalurkan perasaan marah.
Antara punca panas baran ini pada anak ini:
1️⃣ Tak boleh lihat anak buat kesilapan. Pantang tengok.
2️⃣ Expectation melebihi kemampuan anak.
3️⃣ Tak memahami perkembangan dan psikologi kanak-kanak lalu tak tahu apa nak buat, akhirnya marah sajalah.
4️⃣ Faktor luaran seperti masalah kewangan, masalah rumahtangga, masalah di tempat kerja. Tapi dilepaskan pada anak, kerana anaklah powerless dan lemah. Tak boleh nak balas balik.
5️⃣ Childhood memories ibu ayah yang menyakitkan lalu membawa sampai ke tua.
Ini antara punca utama. Kenangan pahit ketika kecil menjadi trigger utama.
6️⃣ Keletihan badan dan emosi ,lalu disemburkan pada anak.
Jadi, punca-punca ini boleh dielakkan, kita boleh betulkan. Berdasarkan buku Prophetic Parenting yang diceritakan oleh Ustazah Asma Harun, disarankan kita tenang dan waras ketika memberi hukuman termasuk memberi pukulan.
Ada panduan digariskan dalam memukul anak, tidak sampai mencederakan dan bukan di tempat yang memudaratkan. Ada had umur yang ditetapkan yang boleh dipukul dan lebih baik kita membaca bismillah ketika memukul dan niatkan kerana Allah untuk mendidik anak yang diamanahkan pada kita.
Dan sekiranya ketika kita memukul, anak kita tersebut Allah, kesan sakit dipukul, disarankan kita berhenti memukul. Bukan kita tambah memukul.
Cuba kita muhasabah sepanjang kita menjaga anak, sepanjang kita terpaksa menggunakan pukulan sebagai cara mendidik, adakah niatnya betul-betul mendidik dan mengikut panduan agama?
Atau sekadar melepaskan amarah semata dan menggunakan akal dan perasaan semata tanpa melihatkan adab memukul anak?
Muhasabah bahagian badan manakah yang dipukul oleh tangan kita? Memudaratkan atau tidak? Adakah pukulan kita itu mendapat ganjaran pahala dari Allah dengan niat mendidik dan memberi pengajaran, atau mendapat dosa kerana menzalimi anak kita sendiri?
Hukuman dengan pukulan ini jalan terakhir untuk mendidik. Sirah nabi membuktikan nabi mengutamakan nasihat secara berhikmah, memahami perkembangan kanak-kanak, sentiasa memberikan kasih sayang.
Ada yang dah pukul anak usia 2 tahun, 3 , 4 tahun, 6,7 8 tahun. Guna getah paip, hanger, dan macam-macam lagi.
Ya Allah, kesian anak. Apa yang boleh kita expect dari anak-anak umur sekitar itu. Masih membesar, masih belajar. Ada yang kata, dulu pun saya dibesarkan dengan cara pukulan, jadi je orang.
Persoalannya, orang yang bagaimana? Adakah kita mampu kawal emosi? Mampu mengurus emosi yang datang? Percaya atau tidak, pasti ada kesannya.
Antaranya, kita sendiri jadi panas baran, jadi takut nak buat silap, jadi sensitif terlebih, jadi suka berikan expectation tinggi pada anak, kita sendiri ada low self esteem, kurang yakin diri, rasa diri tak cukup baik.
Ini semua kesannya upbringing tersebut. Bila bermohon pada Allah, untuk jadi orang yang sabar. Kena terima bahawa Allah akan berikan gelanggang untuk kita melatih sabar.
Tiada yang akan terus jadi sabar sekelip mata. Jika ibu bapa, gelanggangnya anak-anak.
Jika isteri atau suami, gelanggangnya pasangan. Jika kita seoarang anak, gelanggangnya ibu bapa. Dan sebenarnya, kita adalah hamba Allah, jadi gelanggangnya adalah dunia yang sementara.
Itulah yang perlu kita semat dalam kepala. Sentiasalah berdoa agar Allah kuatkan kita, para ibu bapa untuk mendidik anak dengan iman dan ilmu, bukan dengan nafsu dan amarah.
Kredit: Wan Nur Syakira
ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Bayi Di JPN, Hanya Buat Secara Online. Ikut Step Ni, Mudah Sangat!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Ada Anak Perempuan Sahaja? Buatlah Hibah Harta. Tiada Pewaris Anak Lelaki Antara Golongan Kritikal]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Selalu Kacau Kat Rumah Bukan Saja-saja, Mereka Perlu Perhatian. Kurang Buat Perkara Ni Anak Rasa Lebih Dihargai!
Pernah tak kat rumah tiba-tiba anak datang mengacau. Masa tu jugaklah kita tengah sibuk ada benda yang perlu diselesaikan dengan segera. Itu tanda mereka perlukan perhatian daripada ibu dan ayah.
Mungkin sahaja tanpa sedar, kesibukan kita buat tangki emosi anak-anak jadi kosong. Bukan sahaja sibuk kerana perkara yang penting malah disebabkan perkara yang kita sendiri tak sedar boleh sebabkan anak rasa terpinggir dan tidak disayangi.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Taufiq Razif bila tangki emosi anak kosong yang boleh membuatkan anak-anak mengacau ibu dan ayah tanpa sebab.
Anak selalu kacau kita?
Boleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :-
– kita banyak fokus pada anak yang lain
– kita banyak fokus pada TV dan handphone
– fikiran kita banyak menerawang sangat
– kita kurang peluk dia
– kita selalu sibuk
Anak kita ni umpama handphone
Walaupun mereka nampak tak kisah
Tetapi sampai satu masa ‘bateri dalaman’ mereka akan habis
Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :-
– Mereka akan merengek
– mereka akan gelisah
– mereka akan tanya kita macam macam
– mereka akan cari kita sampai jumpa
– mereka akan naik belakang kita
– mereka akan ikut kita ke mana saja
– mereka akan kacau kita
– mereka akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian kita
Itulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :-
- Ambil masa 15 – 30 minit setiap hari untuk fokus 100% pada seorang anak kita. Jadi kalau ada 2 orang anak 30 minit x 2 = 60 minit setiap hari
- Pelukanak kita sekurang kurangnya 8 kali sehari. Ketika peluk anak, akan ada beberapa jenis hormon seperti Oxytocin, Endorphin dan banyak lagi hormon yang akan bantu menstabilkan emosi kita dan anak anak
- Ketika kita terlampau sibuk, bagitahu anak kita. Jelaskan baik baik. Sampai suatu masa, mereka akan ada empati untuk memahami keadaan kita.
Jika anak masih kacau kita, jangan marah mereka dan tengking mereka. Ketahuilah anak kita bukanlah Attention Seeker seperti yang kita sangka , mereka cuma Connection Seeker yang perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya
Sumber: Taufiq Razif
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Sembang Je Tapi Kena Pandai Interaksi, Baru Anak Makin Rancak Bercakap, Ni Tipnya!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Artikel berkaitan: Nak Bantu Anak Bercakap Guna Makanan Pun Boleh, Pakar Ini Jelaskan Caranya
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI