Sebahagian ibu bapa, agak pelik bila di saran perlu buat jadual rutin harian anak: jam berapa bangun tidur, jam berapa perlu tidur, jam berapa perlu mandi, main, belajar dan sebagainya..

“..baru baby kot..? nak kena jadual bagai?. Bukan jadual ini untuk anak-anak dah sekolah je ke? “..begitulah lebih kurang bidasan mereka.

Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Uswatun Hasanah jadual harian bayi sangat penting.

Apa yang membuatkan saya cukup kesal seolah yang menyaran itu ‘saja melebih’, ‘nak tiru mat salleh’ atau ‘ini semua poyo je’. Jujurnya, jadual harian bayi agak asing buat ibu bapa Asia. Redah aje!.

1. Faktanya, anak kecil suka dan perlu pada jadual.

Jadual atau rutin memberi anak perasaan mengetahui apa yang bakal terjadi. Ini memberi rasa selamat dan terkawal buat anak. Bila mereka rasa selamat dan ‘in control’, kuranglah mereka nak meradang dan buat perangai.

IKLAN

Contoh paling mudah: menghentikan anak yang sedang bermain serta merta tanpa amaran kerana anda perlu segera pulang paling berpotensi membuat anak menjerit marah dan mengamuk berbanding jika anda telah beri makluman awal seperti , ” Kita main 30 minit saja,ok janji? “. Paling-paling pun, anak akan merungut dan membebel namun tidaklah hingga mengamuk sakan. Dan ya, ia perlu pada sikit latihan kebiasaan.

Maka, bila rutin tiada dan anak hidup ‘ikut dan’ saja, ia ibarat menunggu masa bom jangka anak meletus tak pasti masa dan tempat. Sudahnya ibu mendakwa ‘ anak saya suka merengek sepanjang masa ‘.

Bayi Kerap Merengek, Check Jadual Tidurnya. Jika Tak Mak Ayah Yang Susah

  1. Tanpa jadual, anak berpotensi berjaga melebihi masa.

Apa masalahnya kalau anak berjaga melebihi masa? Masalahnya ialah , badan anak akan mengesan bahawa anak tidak mendapat rehat pada masa ia di perlukan lalu mula merembes hormon stress iaitu Kortisol. Bila Kortisol tinggi ➡ hormon tidur akan di rencatkan : tak boleh beraksi. Maka, badan anak letih sangat tapi sistemnya halang anak dari tidur selagi Kortisol masih tinggi.

IKLAN

Ini saya telah terang banyak kali.

Tapi jadual tak perlu lah di buat untuk bayi di bawah 3 bulan. Ini kerana jam biologi anak masih caca marba lagi untuk 12 minggu pertama akibat sistem hormon badannya baru nak berjinak-jinak beraksi.

Dah tu, kenapa dalam jadual di bawah di senaraikan juga buat bayi 1 dan 2 bulan? Ini untuk rujukan ibu bapa tentang berapa lama anak mampu tahan mata sebelum kembali letih dan minta di tidurkan. Lucunya, ada sebahagian ibu bapa yang tak tahu fakta ini lantas ingat anak mereka ‘bermasalah’ kerana berjaga sekejap saja, kemudian merengek nak tidur semula. Tak sempat bermain dan ‘explore’ dunia katanya.

Saya balas, belum masanya mereka nak minat main dan jelajah dunia. Penglihatan mereka pun masih kabur melainkan objek 8-12 inci dari muka mereka. Malah, mereka nampak hitam-putih saja (high contrast).Bayi Kerap Merengek, Check Jadual Tidurnya. Jika Tak Mak Ayah Yang SusahNak main dengan anak? Tunggu anak 2.5 bulan -3 bulan dan anda akan lihat bayi usia ini sangat suka interaksi manusia. Kenapa? Kerana penglihatan anak menjadi 20/20 sekitar usia 3-5 bulan. Dianggarkan, sekitar usia anak 5 bulan barulah kedua belah matanya terkoordinasi dengan baik dan dengan itu, dunia kini lebih menarik untuk di terokai kerana mereka kini mampu melihat dunia dalam bentuk 3D dan bukan lagi tersekat dalam mode 2D seperti sebelum ini.

IKLAN

Fakta ini di sahkan dari sudut ‘neurological changes’ (perubahan kemampuan otak) dimana pada sekitar 5 bulan inilah anak faham konsep kejadian. Contohnya: bola yang jatuh boleh melantun semula.

2-3 bulan selepas itu pula, anda melihat anak mula pandai merangkak (sekitar 8 bulan). Tempoh berjaga sekitar maksimum 3 jam cukup untuk anak berlatih di samping menyelesaikan urusan diri sebelum kembali letih dan mengulang tidur.

Menarik kan? Hebatnya cara Allah menyusun jumlah jam keperluan tidur anak dengan perkembangan motor dan mentalnya. Teratur. Itu kata kuncinya: teratur dan tersusun.

Sumber: Baby Language

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI