Ads
Home Keibubapaan Penjagaan Anak Bayi Kuat Meragam, Menangis Dan Tak Tahu Nak Apa Sebenarnya Dia Dalam...

Bayi Kuat Meragam, Menangis Dan Tak Tahu Nak Apa Sebenarnya Dia Dalam Keadaan Stres

Ads

Bukan orang dewasa sahaja stres tapi sebenarnya bayi juga boleh stres. Tapi kerana bayi masih belum boleh bercakap, dia akan meluahkan rasa stresnya melalui tangisan.

Sebagai ibu bapa kena tahu jenis tangisan anak agar mudah untuk mengendalikan situasi saat anak menangis. Mungkin di sebalik itu juga kita boleh cari sebab dan kemudian selesaikannya.

Cara ini bukan sahaja dapat menenangkan anak dengan cepat tetapi kita juga tidak tertekan menghadapi saat ini.

Bayi Kuat Meragam, Menangis Dan Tak Tahu Nak Apa Sebenarnya Dia Dalam Keadaan Stres

Antara tanda bayi stres yang perlu diketahui oleh ibu bapa adalah:

1) Meragam Dan Menangis

Menangis adalah isyarat paling mudah bila bayi anda rasa tidak selesa. Semakin kuat dan lama tangisannya, menandakan dia semakin stres.

2) Murung

Ads

Biasanya ceria dan lincah tetapi bila diajak main semua mainan dicampakkannya. Bab kata orang tua semua benda tak kena. Jadi ibu bapa kena faham dan layan sebaiknya bagi mengembirakan anak.

3) Tidur gelisah

Biasanya bayi sangat memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan yang baik. Tapi, ibu bapa kena perhatikan jika bayi kerap tidur dalam keadaan gelisah dan tidak nyenyak bermakna ada yang tak kena pada dirinya. Terlebih dahulu cuba periksa sama ada anak buang air besar atau pampersnya basah. Selain itu, mungkin juga kerana lapar. Jika dibiarkan ini antara punca bayi akan menangis tengah malam.

4) Tidak Mahu Makan

Stres juga boleh menyebabkan anak yang dah mula belajar makan jadi susah nak makan sehingga berat badannya berkurang. Ibu kena cepat tangani masalah ini supaya ia tidak berlarutan dan akan jadi punca anak memilih makan apabila semakin besar.

Ads

5) Tak Boleh Berenggang

Bayi jadi sukar untuk berpisah dengan ibunya. Biasanya tak jadi masalah bila ibu tak ada di sisinya. Kini jika anda tinggal sebentar saja pun dia menangis.

Bayi Kuat Meragam, Menangis Dan Tak Tahu Nak Apa Sebenarnya Dia Dalam Keadaan Stres

Punca Yang Menyebabkan Bayi Stres:

– Keinginan anak tidak dipenuhi dengan sempurna. Mungkin ketika anak lapar atau haus anda tidak segera memberinya makanan atau minuman. Sikap tunggu sekejap perlu dielakkan kerana anak belum faham lagi situasi ibu. Jadi tolong peka mengenai hal ini.

Ads

– Sentiasa di tinggalkan sehingga anak kurang perhatian juga boleh jadi penyebabnya. Walaupun anak tak boleh meluahkan perasaan lagi tapi dia tahu mengenai ibu bapanya.

– Rasa sakit dan tidak selesa. Bayi tidak dapat menyatakan bahagian mana dia rasa sakit atau tidak selesa. Bila ibu bapa atau pengasuh tidak boleh kesan punca sakitnya, bayi boleh stres.

–  Ayah dan ibu bertengkar. Bayi boleh tahu keadaan emosi ibu bapanya. Dia boleh merasakan situasi tegang dari ekspresi wajah dan nada bicara yang tinggi dan keras.

–  Ibu stres menyebabkan bayi pun stres, kerana cara menangani bayi akan menjadi tidak tenang. Bayi dapat merasakan tekanan otot saat digendong, ekspresi wajah dan nada suara ibunya.

– Bertukar pengasuh dalam waktu singkat. Ini akan menyebabkan  anak rasa tak selesa dan menangis sebelum dapat menyesuaikan diri dengan pengasuh baru.

Oleh itu, sebagai ibu bapa peka dengan setiap perubahan bayi anda dan tanganinya sebaik mungkin.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI