Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu.
Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal ?
Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Walau bagaimanapun, jika ini adalah kandungan yang pertama, ibu mungkin akan mula menyedarinya dalam kira-kira minggu ke-18 hingga minggu ke-20, atau lebih lewat. Sebaliknya jika anda pernah hamil sebelum ini, pergerakan bayi boleh dirasai daripada kira-kira minggu ke-15 dan minggu ke-18.
Gerakan menendang, atau perasaan ketukan lembut pada perut anda, tanpa anda sedari sebenarnya adalah sebenarnya pergerakan bayi itu.
Dengan perkembangan bayi, kebiasaannya pergerakan bayi juga akan turut berubah. Bayi anda akan bergerak lebih agresif sewaktu tengah hari dan petang. Manakala pada awal pagi dan malam, bayi anda akan mempunyai masa ‘tidur’ yang kebiasaannya dalam jangka masa 20 hingga 40 minit dan tidak melebihi 90 minit. Pada ketika ini bayi anda tidak akan bergerak. Bayi juga macam kita, perlukan masa berehat sebentar.
Pergerakan bayi akan meningkat sehingga 32 minggu kandungan dan kadar pergerakan akan menjadi statik sehingga saat dijangka bersalin. Menjelang penghujung kehamilan, bayi anda akan berehat selama kira-kira 45 minit sekali. Waktu rehatnya ini mungkin bagi anda terasa lebih panjang kerana anda tidak akan dapat merasa setiap pergerakan yang dilakukannya.
Lazimnya, jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian, ibu mungkin terlepas mengira atau merasakan pergerakan bayi anda. Walau bagaimanapun, apa yang paling penting adalah ibu perlu merasa pergerakan bayi sehingga saat kelahirannya.
Apakah kepentingan pergerakan bayi?
Semasa kehamilan, pergerakan bayi yang baik memberikan isyarat kepada ibu bahawa bayi berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan. Jika berlaku perubahan pada pergerakan bayi, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Maka bersegeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jangan tunggu esok lusa atau minggu depan.
Ads
Berapakah tendangan yang patut ibu rasakan dalam satu hari?
Tidak ada jumlah tendangan yang tetap yang perlu anda rasa. Sebenarnya tak perlu pun untuk tulis rekod tentang carta pergerakan bayi, asalkan ibu rasa pergerakan bayi pada setiap hari adalah sama seperti hari-hari kebiasaanya. Ada ibu terlupa nak catat carta pergerakan, sebab terlalu sibuk dengan kerja seharian. Tak mengapa persepsi ibu yg penting. Ibu lebih tahu bayinya bergerak ok atau tak.
Ibu digalakkan untuk memahami corak pergerakan bayi anda. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga (awake) yang berlainan; lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, sila dapatkan perhatian doktor dengan segera.
Apakah yang perlu saya lakukan jika pergerakan bayi kurang atau tidak memuaskan?
Sentiasa dapatkan perhatian doktor dengan segera. Jangan abaikan pula masalah ini dengan mengambil keputusan untuk menyambung tidur. Bayi mungkin dalam bahaya.
Pemeriksaan serta bentuk rawatan yang akan diberikan kepada anda bergantung kepada usia kandungan anda.
Ads
Usia kandungan kurang 24 minggu
Kebanyakan wanita hamil hanya menyedari pergerakan bayi mereka dalam usia kandungan 18 hingga 20 minggu. Jika pada 24 minggu, anda masih tidak merasai pergerakan bayi, anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan (doktor atau jururawat) dan mereka akan memeriksa degupan jantung bayi dan akan menjalankan ujian ultrasound untuk memastikan bayi dalam keadaan yang baik.
Usia kandungan berusia 24 hingga 28 minggu
Kakitangan perbidanan akan memeriksa degupan jantung bayi anda. Anda akan menjalani pemeriksaan keseluruhan antenatal, tekanan darah ibu dan kehadiran albumin dalam air kencing akan turut diperiksa. Ketinggian rahim juga akan diukur; jika tinggi rahim ini lebih kecil daripada usia kandungan anda, ujian ultrasound akan dilakukan untuk mengetahui kadar perkembangan bayi, dan seterusnya akan ditandakan ke atas graf tumbesaran bayi.
Ads
Usia kandungan melebihi 28 minggu
Anda seharusnya menghubungi kakitangan perbidanan terdekat anda secepat mungkin. Jangan berlengah lagi, mahupun menunggu hari esoknya untuk mengambil tindakan. Anda akan ditanya sekali lagi mengenai pergerakan bayi anda. Degupan jantung bayi akan diperiksa menggunakan mesin CTG selama 20 minit. Sekiranya keputusan pemeriksaan CTG adalah normal, bayi anda berada dalam keadaan yang baik dan ada akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan ultrasound menunjukkan kuantiti air mentuban mencukupi dan kadar pembesaran bayi anda normal.
Jika terdapat masalah pada CTG ataupun ujian ultrasound, doktor akan berbincang dengan ibu mengenai rawatan susulan yang diperlukan. Jika bayi berada dalam keadaan bahaya, bayi anda mungkin perlu dilahirkan dengan kadar segera. Ini semua bergantung pada usia kandungan serta tahap perkembangan bayi tersebut.
Bagaimana jika setelah saya dibenarkan pulang, pergerakan bayi kembali mengurang?
Jika anda dibenarkan pulang, anda seharusnya mengambil tahu pergerakan bayi anda dari masa ke semasa. Jika berulangnya masalah pergerakan bayi kurang, jangan berasa ragu-ragu untuk ke hospital dengan SEGERA, biarpun masalah anda ini berulang-ulang untuk yang ke sekian kalinya. Kami sedia membantu anda.
Ingat, jangan tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan kalau baby kurang gerak. Jumpa Dr segera. Terima kasih Ibu atas keprihatinan anda !
Lain anak lain ragamnya. Bagi penyanyi, Tasha Manshahar yang kini bakal melahirkan anak keduanya sedikit masa lagi mengakui banyak perbezaaan kehamilannya kali ini.
Kata Tasha menerusi perkongsiannya di Instagram, berbanding kehamilan anak sulungnya, Muammar Rafiqi, mengandungkan anak keduanya ini, dia dan suami, Raqib Majib nyata lebih beserdahana dalam semua perkara.
Namun apa yang penting kata Tasha, fokusnya kini adalah mahu segera sihat dan kuat selepas melahirkan bayi keduanya itu.
“Pregnancy kedua ni excitednya sama macam kali pertama tapi rasanya kitorang suami isteri jauh lebih bersederhana. Bersederhana dalam banyak perkara.
“Update pun takde sangat. Even gambar pun tak banyak. Dulu kejap-kejap ambil gambar dan fokus i kali ni kepada benda lain pulak, yelah dengan pandemiknya apa semua, nak kurangkan stress, so i dah siap-siap visualize dari awal lagi nak macam mana,” kongsi Tasha.
Mahu cepat-cepat sihat lepas bersalin
Malah kata ibu kepada Muammar Rafiqi ini lagi, dia kini lebih memfokuskan kepada persiapannya ketika berpantang. Berbanding berpantang anak sulung, kata Tasha, dia nekad untuk sihat dan cepat-cepat kuat selepas bersalin.
Bagi menghadapi persediaan itu kata Tasha, dia kini sudah merencanakan segala kelengkapan ketika berpantang lebih awal.
“Kali ni memang i betul-betul nekad nak sihat dan kuat balik lepas bersalin. Kalau kurus tu bonus. Memang dari awal pregnancy i dah bincang benda ni dengan @raqibmajid.
“I memang dah siap bagitahu nak bersalin dekat mana, nak berpantang nanti macam mana, nak book CL berapa hari, nak makan macam mana, nak rutin macam mana.
“Kitorang bincang sama-sama dan sesuaikan ikut keadaan dan kemampuan. I believe ibu yang sihat dan gembira akan function better as an individual, as mom and as a wife. Setuju tak?,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini turut sama memohon doa semua agar kelahiran bayi keduanya itu dipermudahkan.
“Doakan ya. Tak lama dah ni nak jadi mom of 2 pulak. Ya Allah tak dapat bayangkan. Kadang rasa tak sabar, kadang rasa eh dah ready ke ni.
“Moga Allah mudahkan. Harap Muammar pun cepat adapt bila ada adik nanti sebab sekarang ni dia clingyyyy tahap 102726.636%!,” kongsinya lagi.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa kini, kerap kali kedengaran bayi baru lahir disahkan menghidap jaundis. Para ibu hamil dan si bapa perlu ambil perhatian.
Perlu anda tahu bahawa jaundis terjadi kerana hati bayi tidak cukup matang untuk meneruskan proses penyingkiran bilirubin daripada tubuhnya. Oleh sebab itulah semua bayi berisiko untuk mengalami jaundis. Ia boleh terjadi kepada semua bayi. Tidak kira sama ada yang dilahirkan cukup bulan apatah lagi bayi yang dilahirkan pramatang.
Anda perlu faham bahawa biarpun bayi yang bakal dilahirkan nanti cukup bulan, belum tentu hatinya benar-benar matang. Selain daripada masalah hati tidak matang, jaundis turut boleh berlaku apabila anda tidak menyusukan dia tidak kira menggunakan susu ibu atau susu formula dengan secukupnya.
Jaundis terdiri daripada dua jenis. Salah satunya ialah physiological jaundis. Ia merupakan jaundis yang kerap berlaku di Malaysia. Dianggarkan kira-kira 50% bayi akan mengalami kuning selepas dilahirkan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ia disebabkan oleh masalah ketidakmatangan hati bayi dan selalunya akan bermula selepas tempoh 24 jam kelahiran. Manakala satu lagi jenis jaundis berlaku sebelum bayi berumur sehari. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor risiko yang lainnya. Walau bagaimanapun, jaundis jenis amat jarang sekali berlaku di negara kita.
Selepas 24 jam bayi dilahirkan, jaundis akan berlaku. Pada hari ketiga hingga kelima, parasnya akan meningkat naik. Namun, pada hari keenam dan ketujuh ia akan menurun. Jika situasi ini yang berlaku kepada bayi, maka keadaan ini diandaikan sebagi normal ataupun jaundisnya sedikit.
Walau bagaimanapun, jika jaundis berlanjutan selepas tempoh seminggu, masalah ini akan dipanggil sebagai prolong jaundice. Sekiranya tahap jaundis yang berjaya dikesan oleh doktor berada pada tahap yang tinggi, maka bayi perlu menjalani rawatan fototerapi bagi membantu dirinya mengeluarkan bilirubin dengan lebih baik.
Anda boleh mengenal pasti kehadiran jaundis pada bayi ketika berada di rumah setelah dibenarkan pulang dari hospital hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah. Bagi bayi yang berkulit cerah, sememangnya amat mudah untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Biarpun begitu, caranya tetap ada dan amat mudah sekali.
Tekan hidung tiga hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
Cara yang paling senang untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.
Lazimnya, jaundis bermula daripada bahagian atas anggota tubuh bayi dan turun ke bahagian bawah tubuh. Sekiranya warna kekuningan dapat dikesan ada di bahagian dada, ia menunjukkan bahawa paras jaundis adalah tinggi iaitu sekitar 200 mikromil/l. Oleh yang demikian, bayi perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Jika jaundis berjaya dikesan di bahagian perut dan paha pula, ia petanda jaundis adalah sangat tinggi dan bayi perlu segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Ramai ibu bapa gembira apabila melihat bayi tidur lena selepas dilahirkan. Namun, bayi yang mengalami jaundis tidak elok dibiarkan tidur terlalu lena. Keadaan ini akan merangsang bilirubin meningkat lebih tinggi.
Apabila terlalu kerap tidur, dia kurang menyusu. Oleh yang demikian, sebaik-baiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin iaitu dua ke tiga jam sekali. Kekerapan bayi menyusu dengan baik akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Jadi, pastikan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari.
Pihak hospital swasta biasanya akan menahan bayi untuk menjalani rawatan fototerapi apabila paras jaundis mencecah angka 200 mikromil/l. Sementara itu, doktor di hospital kerajaan lazimnya menahan bayi yang mencatat bacaan pada paras 280 mikromil/l. Perlu diketahui bahawa adalah bahaya jika jaundis berada pada paras 340 mikromil/l atau 20mg/dl
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan ambil mudah soal keselamatan. Biarpun anda sedang hamil dan perut sudah besar jangan jadikan ia alasan untuk tidak memakai tali keledar keselamatan. “Perut dah besar, pakai belt jadi senak. Tak naklah pakai.” Tidak kiralah sebesar mana pun perut anda, sebenarnya masih ada cara yang betul untuk mengenakan tali keledar ini.
Jika berlaku kemalangan, tali keledar keselamatan dapat menyelamatkan ibu hamil dari tercampak ke depan yang akan mengakibatkan kecederaan kepada ibu dan anak dalam kandungan.
Ada juga yang malas untuk memakai tali keledar keselamatan, dengan alasan tidak selesa dan takut mencederakan anak dalam kandungan. Tapi jika ibu tidak memakai tali keledar, ia akan lebih memburukan keadaan jika berlaku sesuatu yang tak diduga. Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, menjelaskan tentang cara pemakaian tali keledar untuk ibu mengandung.
Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?
Cara pemakaian tali keledar keselamatan untuk ibu hamil saya terangkan seperti berikut :
– Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.
Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut. Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
– Sentiasa pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg
duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut.
– Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
– Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
– Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.
– Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (air bag).
TAK PAYAH beli pelbagai produk atau span untuk COVER perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya accident. Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Jangan bila mengandung je sibuk nak pakai tali keledar. Tak mengandung pun kena pakai jugak. Jangan la terkial-kial pasang tali keledar keselamatan bila nampak Polis atau JPJ.
Soal keselamatan tiada kompromi. Jangan ambil mudah. Dengan pemakaian tali keledar yang betul, ibu akan berasa selesa. Paling penting, ia mungkin menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi dalam kandungan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...