Berita yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang mempunyai bayi dan anak kecil kini telah dikemaskini. Seperti umum sedia maklum, dalam Pembentangan Bajet 2020 pada Oktober tahun lalu mengumumkan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk program vaksin Pneumococcal dan akan diberikan secara percuma kepada bayi yang lahir pada tahun 2020.
Bayi Lahir 1 Jan Tahun Ini Layak Dapat Vaksin
Dalam satu laporan berita oleh BERNAMA, memetik kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, bayi yang lahir bermula 1 Januari tahun ini layak menerima suntikan vaksin pneumococcal secara percuma.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dalam proses perolehan vaksin berkenaan untuk diedar ke semua klinik dan hospital dan suntikan itu dijangka dilaksana mulai Jun depan.
“Sebanyak RM60 juta diperuntuk untuk program vaksin pneumococcal ini,” katanya pada sidang media yang berlangsung di Ipoh pada pagi ini.
Terdahulu, Dr Lee menyerahkan alat perubatan LEGA, yang merupakan inovasi tempatan untuk membantu pesakit berkaitan masalah paru-paru seperti asma dengan mengeluarkan kahak dan melegakan pernafasan, kepada Klinik Kesihatan Gunung Rapat di sini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober lalu mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta daripadanya sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua kanak-kanak.
Ads
Dijangka mula diberikan pada bayi yang layak bermula Jun 2020
Laman Facebook Public Health Malaysia juga dilihat turut mengemaskini status mengenai suntikan Vaksin pneumococcal yang dijangkan akan mula diberikan kepada bayi yang lahir bermula 1 Jan tahun ini sekitar Jun 2020.
Ads
Sebelum ini vaksin pneumococcal tidak ditawarkan dalam suntikan imunisasi wajib tetapi boleh diambil oleh ibu bapa sebagai vaksin tambahan di klinik swasta dengan anggaran kos antara RM200 hingga RM300 untuk satu dos.
ibu bapa yang mempunyai bayi yang dilahirkan pada tahun ini, jangan lupa untuk dapatkan dos vaksin percuma buat bayi anda kelak.
Tahniah diucapkan buat penyanyi Ariff bahran dan isterinya, Amirah Syazwani Ridzwan yang telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka awal pagi semalam.
Menerusi Instagramnya, Bahran mengumumkan perkhabaran gembira itu kepada umum.
Kata Bahran lagi, anak lelakinya itu dilahirkan kira-kira jam 3.32 pagi dalam keadaan baik dan sihat.
“24/7/2022 – 3.32am Alhamdulillah.
“We are so proud of you already my boy,” tulisnya berkongsi.
Melalui entri yang sama juga, Bahran turut memuat naik video pendek tangisan si comel ketika baru dilahirkan serta sekeping gambarnya yang sedang memangku bayinya.
Melalui entri berlainan juga, Bahran turut memuat naik momen berharga sepanjang detik berharga ketika menyambut kelahiran anak lelakinya itu.
Malah paling setia, Bahran sentiasa dilihat bersama-sama isterinya bagi memberi sokongan buat isteri disaat-saat getir itu.
Bahran turut berkongsi dua keping gambarnya yang sedang memangku bayinya. Jelas sisi kebahagiaan saat bergelar bapa.
Meninjau di ruangan komen, entri Bahran itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram.
Perkara yang kita risaukan apabila anak menyusu adalah tersedak susu kan? Bahkan sudah banyak kes bayi atau anak kecil mengalaminya sehingga menyebabkan maut. Memang menakutkan! Namun seandainya diberikan peluang kedua, sudah tentu ia akan menjadi pengajaran paling bermakna buat mama papa yang mengalaminya.
Seperti yang dikongsikan oleh Zuraini Awang ini apabila anak kecilnya yang berusia setahun lebih tersedak susu ketika sedang tidur. Cerita ibu ini, anaknya yang bernama Fatimah ini menangis kerana mahu susu. Jadi, si ibu pun menyusukan anaknya sambil berbaring.
Allah hu akhbar Fatimah hampir2 hilang nyawa jam 4pagi.. Tersedak susu..😭😭😭 Allah maha besar dah selamatkan fatimah😔 Allah kejut kan ibu dan papa 😔😔 Allah bagi ibu peluang ke2 untuk bersama Fatimah 😭😭😭 Terima kasih ya Allah 😩 Please ibu2 saya nak share… Fatimah Tersedak susu ibu yerr.. Bukan susu botol😔😔
Lingkungan 4pagi Fatimah menangis nak susu.. Ibu bagi susu badan sambil baring.. Ibu rasa agak lama dah sangat minum susu… Terus ibu cabut dan dalam samar2 gelap hanya lampu aircond jer menyala… Dan ibu tertidur… (ya Allah masa menulis ni naik hbs meremang bulu Roma ibu… Xsanggup ibu nak tulis.. Ibu xkuat😭😭😭) Ibu xtau berapa lama ibu tertidur dan ibu xtau kenapa tiba2 ibu rasa nak buka mata nak tengok Fatimah…
Ibu buka mata perhatikan wajah Fatimah… Ya Allah kenapa mata Fatimah buka…Tapi Fatimah diam jerr.. Biasa dia akan menangis kalau tak cukup susu… Mata Fatimah besar tengok pada ibu… Diam jerr..
Pelik sangat pandangan mata Fatimah (besar mata hitam dia xberkelip tengok atas)… Terus ibu sentuh kepala ya Allah panas… Memang Fatimah mula deman maghrib tadi… Terus ibu jerit papa adik panas… Ibu berlari buat susu… Letak ubat deman dalam susu… Sebab Fatimah tak nak minum ubat direct… Fatimah tak nak susu botol…. Dia tolak susu… Ibu buka lampu… Ya Allah biru bibir adik… Adik xbergerak Mata adik besar pandang kami…
Terus ibu lari masuk bilik ambik kain napkin dan basahkan Nak bagi suhu adik turun dengan cepat… Bila dah basahkan… Letak atas kepala… Adik masih biru…. Ibu bagi arahan Papa buka baju adik… Nak ambik air suam… Nak lap dengan air suam Berlari ibu ke dapur… Pada Fikirkan ibu mungkin adik sejuk… Sebab tu biru… Tapi adik xbergerak… Tak menangis Bibir adik makin biru… Papa buka baju adik Papa dukung adik… Goncang2… Goncang2 dalam keadaan mulut biru tiada respon.. Hanya mata hitam besar tengok pada kami…
Mula susu keluar ikut hidung…. Susu pekat sangat macam Gam yang MELELEH KEDUA-DUA DARI HIDUNG ADIK…. Terus panik… YA Allah adik Tersedak susu ibu jerit… Papa tunggang adik tepuk belakang Papa jolok mulut… Adik Dah mula kacip gigi… Gigit jari papa…. Adik muntah.. Dan baru bunyi suara…. Allah hu akhbar…. Lega ibu bunyi suara adik menangis Tapi tak kuat sangat… Ibu siap2 Nak. Pergi hospital… Jam 4.30pagi Terus pergi hospital Lati Pasir Mas… Cek oksigen 96… Fatimah mengigil sejuk campur deman… Doktor Masukan ubat ikut bontot… Siap cek up semua, berjalan ke kereta baru dengar adik sendawa 2kali….
Ya Allah bodohnya ibu… Ibu ingatkan baby je boleh Tersedak susu… Rupanya umur setahun lebih pom masuk boleh tersedak susu… Semua salah ibu… Ibu ambik mudah je menyusu sambil baring… Kepala setara dengan badan… Allah bagi ibu peluang ke2 jaga adik… Ibu akan hati2 lepas ni… Balik hospital ibu menangis tak henti2… Ibu terbayang wajah adik masa adik minta pertolongan ibu… Ibu tak terus angkat adik… Ibu cerita ni untuk ingatan kita semua… Ibu dah serik… Terima kasih Ya Allah selamatkan Asfa Fatimah Aisyeguel Binti Mohd Rizalman untuk kami.
1 YEAR 1 Month 15Days 20hb 9 2021 4.30 pagi
Memang menakutkan kalau tiba-tiba terjadi pada kita kan? Tak apalah kalau kita mengantuk macam mana pun, bangunlah untuk kita susukan anak. Sekurang-kurangnya kita boleh pastikan keadaan anak okay sebelum tidur semula. Semoga perkongsian dari ibu dapat memberi iktibar dan menjadi peringatan kepada kita semua.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perut bayi buncit, adakah normal atau perlu dibimbangkan? Perut buncit sering dikaitkan dengan masalah kesihatan serius akibat pola makan yang buruk pada orang dewasa. Namun, adakah perkara yang sama berlaku kepada bayi?
Perut Bayi Buncit, Adakah Normal Atau Perlu Dibimbangkan
Sebagai ibu bapa, mungkin anda tertanya-tanya apakah normal jika perut bayi buncit. Menurut laman Kids Health, perut bayi yang besar umumnya adalah perkara yang normal dan tidak perlu dibimbangkan.
Beberapa keadaan yang menjadi penyebab perut buncit pada bayi antara lain adalah:
Bayi Kekenyangan
Apabila si kecil kekenyangan selepas menyusu, ukuran perutnya akan membesar. Ibu dan ayah tidak perlu khuatir kerana ini merupakan keadaan yang wajar. Biasanya, perut bayi akan segera mengempis kembali seperti biasa selepas buang air kecil atau buang air besar.
Perut Bayi Kembung
Kemungkinan lain penyebab perut bayi buncit adalah kerana kembung. Hal ini juga termasuk normal kerana bayi boleh menelan banyak udara ketika menangis atau menyusu. Selain itu, sistem pencernaan bayi belum berkembang sepenuhnya.
Oleh itu, ususnya belum menghasilkan bakteria baik yang mencukupi untuk mencerna makanan. Untuk mengatasi ini, bantu si kecil untuk bersendawa setelah selesai menyusu. Tiarapkan bayi dan mengurut punggungnya juga dapat mengatasi perut kembung pada bayi.
Bayi Mengalami Kolik
Menurut American Academy of Family Physicians, kolik adalah keadaan yang umum berlaku pada bayi baru lahir. Biasanya, keadaan ini akan semakin parah dan sering berlaku pada usia 4-6 minggu. Jika perut bayi besar disertai tangisan yang berterusan selama berjam-jam tanpa alasan yang jelas, mungkin ia sedang mengalami kolik.
Gejala lain termasuk mengepal tangan dengan kuat saat menangis, kaki meringkuk, dan otot perut yang mengencang. Umumnya, keadaan ini tidaklah berbahaya tetapi boleh menyukarkan dalam merawat si kecil. Untuk mencegahnya agar tidak semakin parah, cuba berkonsultasi dengan doktor.
Penyakit yang Perlu Dibimbangkan Jika Perut Bayi Buncit
Walaupun perut buncit pada bayi umumnya normal, terdapat beberapa penyakit yang perlu ibu bapa waspadai, antaranya:
Alergi Makanan atau Susu
Sejumlah bayi mungkin mengalami alergi terhadap susu formula atau makanan pejal (MPASI) yang dikonsumsi. Malah, mungkin juga bayi mengalami alergi ASI jika ibu menyantap makanan yang tidak sesuai untuk si kecil.
Masalah Penyerapan Nutrisi
Gangguan penyerapan nutrisi (malabsorpsi) cukup umum berlaku pada bayi. Menurut American Academy of Pediatrics, gangguan ini berlaku kerana tubuh anak tidak mampu mencerna zat gizi tertentu. Untuk memastikan keadaan ini, cuba berkonsultasi dengan doktor agar dilakukan pemeriksaan lebih lanjut.
Pembengkakan Hati
Perut bayi buncit juga boleh berlaku kerana mengalami pembesaran organ hati atau disebut atresia bilier. Gejala lain termasuk kulit dan mata bayi berwarna kekuningan (jaundice), warna air kencing yang sangat gelap seperti teh, warna najis yang agak putih atau kelabu, berat badan menurun, dan pertumbuhan bayi lambat. Penyakit ini memerlukan rawatan perubatan khusus.
Necrotizing Enterocolitis (NEC)
Menurut laman Cleveland Clinic, NEC adalah masalah pencernaan serius yang kebanyakan berlaku pada bayi yang lahir pramatang. Keadaan ini ditandai dengan peradangan pada usus sehingga mengalami kebocoran. Tahap keparahan NEC pada bayi berbeza-beza, dari yang ringan hingga yang sangat parah sampai mengancam nyawa.
Bilakah Perlu Berjumpa Doktor Jika Perut Bayi Buncit?
Meskipun keadaan-keadaan di atas bukan masalah kesihatan yang serius, ibu bapa perlu mengawasi keadaan si kecil setiap saat. Segeralah berjumpa doktor jika ia mengalami gejala-gejala berikut:
*Ukuran perut bayi terlalu besar dan tidak wajar.
*Pembesaran perut berlaku dalam jangka masa lama dan tidak mengempis meskipun sudah buang air dan dipijat.
*Bayi rewel dan menangis terus menerus.
*Tubuh bayi demam.
*Muncul ruam pada permukaan kulitnya.
*Perut terasa keras dan membengkak.
*Mengalami cirit-birit.
*Terdapat darah pada najis bayi.
*Bayi kelihatan mual dan muntah.
Konsultasi dengan doktor jika si kecil mengalami salah satu daripada gejala ini untuk mengetahui penyakit yang dialami. Dapatkan rawatan yang tepat.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...