Bayi langkau merangkak, terus menyusur dan berjalan. Mama dan papa tentu gusar, bimbang sekiranya ia boleh memberikan kesan kepada perkembangan mereka nanti.

Merangkak ialah salah satu perkembangan yang selalunya akan dilalui bayi antara usia 6 hingga 12 bulan. Tapi ada sesetengah bayi tidak merangkak malah melangkau (skip) kepada pergerakan duduk dan menyusur dan terus berjalan.

Bayi Langkau Merangkak Terus Menyusur Dan Berjalan, Apa Kesannya Nanti?

Mama dan papa jangan panik. Sesetengah pakar pediatrik akan mengatakan ia tidak menimbulkan masalah sekiranya bayi melangkaui perkembangan ini.

ADAKAH IA PERLU DIRISAUKAN?

Mama dan papa perlu ingat, merangkak adalah salah satu daripada pelbagai peringkat perkembangan yang akan dilalui bayi. Mama dan papa perlu tahu, adakalanya jangkaan merangkak pada usia tertentu hanya satu panduan kerana setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza dan mengambil masa untuk menguasai sesetengah perkembangan.

Sekiranya bayi melangkau terlalu banyak perkembangan seperti menegakkan leher, meniarap dan sebagainya, rujuk mereka kepada pakar kanak-kanak dengan segera.

KENAPA BAYI SAYA TIDAK MERANGKAK?

Bayi melangkau perkembangan merangkak mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah masalah fizikal seperti  merasa sakit apabila merangkak dan keadaan di sekeliling yang tidak sesuai.

Ada juga pendapat yang mengatakan bayi yang tidak mempunyai banyak masa meniarap dan (tummy time) dan bermain di bawah akan cenderung untuk melangkau merangkak.

IKLAN

Bayi Langkau Merangkak Terus Menyusur Dan Berjalan, Apa Kesannya Nanti?

 

Adakah langkau merangkak memberi kesan tidak baik kepada bayi? Kajian antropologi mendapati mendapati tiada kesan sekiranya bayi tidak merangkak. Bayi di Papua New Guinea didukung sehingga mereka berjalan dan ini tidak menunjukkan kesan kepada kesihatan.

Walau bagaimanapun, merangkak amat baik untuk bayi. Ini kerana ia melibatkan seluruh anggota badannya dan membantu koordinasi mata-tangan, perkembangan sensori, perkembangan motor halus dan memainkan peranan penting dalam membentuk lengkungan yang sihat pada tulang belakang.

TIP MENGALAKKAN BAYI MERANGKAK

IKLAN

Bayi Langkau Merangkak Terus Menyusur Dan Berjalan, Apa Kesannya Nanti?

Walau pun bayi yang tidak merangkak ini masih dalam kategori normal, kebanyakan pakar pediatrik menggalakkan ibu bapa untuk melakukan aktiviti rangsangan merangkak kepada bayi seperti berikut;

  • Menunjukkan demonstrasi merangkak kepada bayi.
  • Permainan terowong boleh menggalakkan bayi merangkak.
  • Letakkan mainan di hadapan dan biarkan dia bergerak untuk mencapainya.
  • Berikan masa meniarap (tummy time) yang lebih lama kepada bayi untuk menguatkan bahagian tulang belakangnya.
  • Sediakan tikar mainan berwarna dan mempunyai corak untuk menggalakkan dia meneroka dalam keadaan merangkak.
  • Letakkan bayi dengan jarak kira-kira beberapa kaki dan panggil namanya. Mesti dia akan teruja untuk bergerak ke arah anda.

BETUL KE BAYI ANDA TIDAK MERANGKAK?

Sebelum mengatakan bayi anda tidak merangkak, periksa dahulu sekiranya si kecil ada melakukan pergerakan ini. Ini kerana merangkak juga mempunyai pelbagai cara dan gaya selain cara yang paling biasa iaitu menggunakan kedua-dua belah tangan dan lutut.

Bayi Langkau Merangkak Terus Menyusur Dan Berjalan, Apa Kesannya Nanti?

IKLAN

KOMANDO

Bayi akan meniarap dan menarik badannya bergerak menggunakan kedua-dua belah lengan dan tangan.

BUM SHUFFLING/ MENGENGSOT

Ada bayi yang tidak bergerak menggunakan kedua-dua belah tangan dan lutut sebaliknya menggunakan punggung. Pergerakan ini tidak selaju merangkak biasa.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI