Kematian bayi lelaki empat bulan, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin disini semalam, berpunca daripada jangkitan kuman di paru-paru dan bukan tersedak susu, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad.
Beliau berkata punca kematian bayi itu diketahui hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pihak Hospital Melaka.
“Siasatan polis sehingga kini mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.
Afzanizar berkata pihaknya masih belum dapat merakam percakapan daripada ibu bapa bayi tersebut.
“Mayat bayi terbabit selesai dibedah siasat pada pukul 1.05 pagi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kelantan sebelum solat Zuhur tadi,” katanya.
Media semalam melaporkan, kejadian yang menimpa bayi berkenaan hanya disedari guru TASKA terbabit kira-kira jam 11.45 pagi semalam selepas mendapati muka bayi itu bertukar kebiruan.
Bapa bayi itu, Zainal Abidin Deraman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dilaporkan berkata, anaknya baru dihantar ke pusat asuhan itu sejak Isnin lalu selepas isterinya, Roslina Ismail, 34, kembali bertugas sebagai guru selepas habis berpantang.
Sumber: Bernama
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Pada Isteri Tak Berkesudahan.” Suami Arwah Faziani Terpaksa Telan Pil Untuk Tidur Lena
Pemergian pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad, pada Sabtu lalu satu kehilangan yang amat besar kepada dunia perniagaan produk kosmetik di negara ini.
Kesedihan sudah pastinya menyelubungi keluarga allahyarham usahawan kosmetik berusia 40 tahun itu terutama suami dan lapan anak mereka.
Suami allahyarham iaitu Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, berkata, beliau reda dengan ketentuhan Ilahi meskipun merasakan pemergian isteri tercinta terlalu awal.
Mengakui pada awalnya berasa bersalah kerana kemalangan berlaku apabila beliau terlelap seketika kerana penat, tetapi kini akur dengan suratan takdir.
“Memang pada awalnya saya rasa bersalah sebab terlelap sebelum kemalangan berlaku. Tapi ustaz-ustaz yang berjumpa saya memberitahu ia sekadar asbab atau sebab yang menyebabkan kemalangan itu.
“Setiap yang berlaku telah diaturkan dan ditakdirkan Allah. Walaupun merasakan terlalu awal beliau pergi, tapi saya reda,” katanya kepada mStar.
Arwah Beriya Mahu Serah Sumbangan Ke Rumah Anak Tahfiz
Rizal menyatakan rancangan untuk menyampaikan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di Pattani, Thailand pada hari kejadian atas permintaan isterinya.
“Kebiasaannya kami menyalurkan sumbangan ke akaun bank mereka setiap tahun, tapi kali ini isteri saya minta untuk berjumpa dengan ustaz-ustaz dan anak-anak tahfiz di sana,” katanya sambil menambah kali terakhir mereka ke rumah anak-anak tahfiz itu pada akhir tahun lalu.
Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meningggalkan saya buat selama-selamanya.
Menceritakan lebih lanjut kata Rizal, hubungan mereka begitu akrab sejak berkahwin sembilan tahun lalu, iaitu masing-masing perkahwinan kedua mereka dan mulai saat itu pasangan ini akan ada bersama walau di mana sahaja.
Beliau menambah, sebelum ini, ia bagaikan sesuatu yang luar biasa sekiranya salah seorang daripada mereka tiada di sisi masing-masing.
“Kami sering bersama ke mana-mana. Tapi, kalau saya atau arwah tak bersama sebab ada hal tertentu contoh kerana hal kerja, ia akan dilihat luar biasa kalau tidak ditemani antara satu sama lain.
“Sama ada dia tidak temani saya atau saya tidak menemani dia, itu luar biasa bagi orang sekeliling. Tapi, sekarang luar biasanya tak macam dulu, dia dah pergi meninggalkan saya buat selama-selamanya,” ujarnya.
Isteri & Ibu Bertanggungjawab
Menyifatkan Faziani seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab, Rizal berkata, arwah menjaga dan mendidik anak-anak kandung dan tiri secara sama rata.
Tambahnya, arwah isterinya mempunyai tiga anak kandung dan empat anak tiri daripada perkahwinan pertama masing-masing, selain anak kandung hasil perkahwinan mereka.
“Arwah tidak pernah membezakan layanan terhadap anak-anak kandung dan tiri, dia anggap anak-anak saya seperti anak-anak dia sendiri.
“Dia bukan saja isteri dan ibu kepada anak-anak kandung dan anak-anak tiri kami serta rakan niaga, malah juga teman untuk saya mengadu dan meluahkan perasaan. Sekarang saya dah tak ada teman lagi, terpaksa cuba membiasakan keadaan itu,” katanya dengan nada sebak.
Dalam pada itu, Rizal mendedahkan dia tidak dapat tidur sejak pemergian arwah isterinya pada Sabtu lalu kerana begitu merindui isterinya dan terpaksa bergantung kepada pil tidur.
“Rindu saya dengan isteri adalah rindu yang tidak berkesudahan. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu tu, saya cukup rindukannya.
“Tapi ustaz-ustaz yang datang ke rumah ada beritahu saya kalau saya rindu dia, maknanya itu adalah rindu yang berbalas.
“Satu kerinduan yang cukup manis. Masa tu, barulah saya dapat tenang sedikit dan akhirnya boleh tidur pada Selasa malam buat pertama kali,” katanya.
Pada Sabtu lalu, arwah Faziani yang merupakan pengasas produk kecantikan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemala ngan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.
Dalam tragedi kira-kira pukul 10.45 pagi itu, suami isteri itu dalam perjalanan untuk menyerahkan sumbangan ke rumah anak-anak tahfiz di kawasan berkenaan.
Jenazah Allahy arham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar dekat Wakaf Bharu, di Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 malam Sabtu.
Sumber: Mstar Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peminat Teruja Dapat Dengar Suara Tangisan Bayi Datuk Siti Nurhaliza
Ramai peminat teruja bila Datuk Siti berkongsi suara tangisan dan baju pertama dipakai bayinya di laman Instagram miliknya.
Kegembiraan menyambut kelahiran bayi pertama penyanyi tersohor negara turut dirasai oleh seluruh peminatnya yang rata-rata menyuarakan kegembiraan bahkan ada yang sebak apabila mendengar suara manja tangisan si comel.
Rata-rata pengikutnya menyuarakan rasa kesyukuran kerana penyanyi kesayangan ramai ini akhirnya dikurniakan zuriat sendiri selepas 11 tahun menanti kehadiran cahayamata.
Bahkan ramai yang tidak sabar untuk menatap wajah comel bayi perempuan yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya juga, Siti berkongsi gambar memegang bayinya tanpa mendedahkan wajah.
Beliau turut melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya dan anak tersayang.
“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.
“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian.”
“Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.
“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.
“Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.
Perkongsian tersebut mendapat lebih perhatian para pengikutnya dalam masa yang singkat.
Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan gambar penuh Fatimah Az-Zahra, biarpun gambarnya sudah tersebar kurang 24 jam selepas kelahirannya.
Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu secara pembedahan caesarean.
Sumber: Instagram ctdk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Berjaya Keluarkan Janin Seberat 2kg Dari Perut Bayi 7 Bulan
Doktor di Hospital Kanak-Kanak Sarojini Naidu di Uttar Pradesh berjaya mengeluarkan janin seberat dua kilogram (kg) daripada perut bayi tujuh bulan, Jumaat lalu.
Pembedahan itu berlangsung selama empat jam dengan bayi lelaki terbabit mungkin yang pertama di negeri berkenaan menderita keganjilan dikenali ‘fetus in fetu (FIF)’.
Dr D Kumar yang mengetuai pasukan perubatan bagi prosedur terbabit memaklumkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan baik.
Bapa bayi itu yang juga petani dari kawasan Kunda di daerah Pratapgarh membawa anaknya ke jabatan kecemasan di Hospital Swaroop Rani Nehru pada 24 Julai lalu.
“Ibu bayi sudah meninggal dunia ketika melahirkannya. Perut bayi itu pula kembung dan dia mengalami kesakitan.
“Imbasan CT scan yang dijalankan selepas pemeriksaan biasa menunjukkan bayi itu mengandungkan janin,” kata doktor yang mengesahkan janin dikeluarkan menerusi pembedahan terbabit.
Dr Kumar berkata, FIF adalah anomali kongenital yang jarang berlaku, yang mana janin cacat membesar dalam badan kembar.
“Ia berlaku apabila seorang daripada kembar membesar dalam perut ibu, manakala seorang lagi hidup dalam perut bayi,” jelasnya.
Pada hujung 90-an, seorang lelaki dari Nagpur di Maharashtra dikenali Bhagat digelar ‘lelaki hamil’ apabila mempunyai perut yang menonjol dan disahkan ‘mengandungkan’ kembarnya selama lebih 36 tahun
Kredit: Agnesi, Hmetro
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI