Kematian bayi  lelaki empat bulan, Yusof Al-Baihakki Zainal Abidin disini semalam, berpunca daripada  jangkitan kuman di paru-paru dan bukan tersedak susu, kata Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad.

Beliau berkata punca kematian bayi itu diketahui hasil  bedah siasat yang dilakukan oleh pihak Hospital Melaka.

“Siasatan polis sehingga kini mendapati  tiada sebarang unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya.

IKLAN

Bayi Lelaki Empat Bulan Meninggal Di Taska Bukan Tersedak Susu, Tapi Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

Afzanizar berkata pihaknya masih belum dapat merakam percakapan daripada ibu bapa bayi tersebut.

IKLAN

“Mayat bayi terbabit selesai dibedah siasat pada pukul 1.05 pagi dan jenazahnya telah selamat dikebumikan di Kelantan sebelum solat Zuhur tadi,” katanya.

Media semalam melaporkan, kejadian yang menimpa bayi berkenaan hanya disedari guru TASKA terbabit kira-kira jam 11.45 pagi semalam selepas mendapati muka bayi itu bertukar kebiruan.

IKLAN

Bapa bayi itu, Zainal Abidin Deraman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dilaporkan berkata, anaknya baru dihantar ke pusat asuhan itu sejak Isnin lalu selepas isterinya, Roslina Ismail, 34, kembali bertugas sebagai guru selepas habis berpantang.

Sumber: Bernama

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI