Tongue tie atau lidah pendek biasanya berlaku pada bayi yang baru lahir kerana ada tali bawah lidah. Disebabkan tongue tie ini ia akan menyebabkan bayi sukar untuk latching dan menggagalkan penyusuan susu ibu.

Menurut Pakar Pediatrik dan Pakar Perunding Laktasi, Dr Hairin Anisa Tajuddin, masalah tongue tie boleh di kenal pasti sejak bayi lagi. Bila dah kenal pasti dari awal kita boleh terus buat prosedur yang sangat simple, dengan melakukan pembedahan.

Bayi Lidah Pendek Bukan Cacat! Ada Penyelesaiannya, Cuma Jangan Lambat

Tapi tak semestinya anak yang tongue tie perlu buat pembedahan. Biasanya doktor perlu buat pemeriksaan lidah. Ini kerana yang ada tongue tie macam strechtable ada yang tak perlu buat operate. Semua itu akan diteliti terlebih dahulu.

Biasanya pembedahan tongue tie ini dipanggil frenotomy. Cumanya doktor akan buat keputusan dengan melihat jenis tongue tie type 1, 2, 3 dan 4.

Tanda-tanda bayi tongue tie

Antara tanda-tanda yang biasa berlaku apabila bayi mengalami masalah tongue tie ialah, biasanya ibu akan mengalami salah satu masalah seperti di bawah iaitu

-Bayi mengamuk ketika menyusu seperti ibu tiada susu.
-Bila menyusu, selalu terlepas nak lekap (latch).
-Bayi menyusu elok lekapan tetapi terlalu kerap menyusu sehingga 24 jam seperti susu tak cukup.
-Bayi masih kelihatan lapar selepas menyusu walaupun telah lama menyusu.
-Berat badan bayi tidak naik atau hanya naik berat sedikit sahaja.

Bayi Lidah Pendek Bukan Cacat! Ada Penyelesaiannya, Cuma Jangan Lambat

Jika pelekatan di gusi kita panggil anterior tongue tie manakala jika melekat dilantai lidah atau belakang gusi kita panggil posterior tongue tie.

Prosedur frenotomy sangat ringkas. Ada yang gunting saja, diathermy kurang dari 5 minit dan tak sakit.

Kalau bayi baru lahir tie masih nipis lagi. Jadi semasa prosedur itu, tak adalah berlaku pendarahan banyak dan mesti ingat ia tak membahayakan.

Bayi Lidah Pendek Bukan Cacat! Ada Penyelesaiannya, Cuma Jangan Lambat

Kesan tongue tie

Kesan bayi yang mempunyai tongue tie ini jika tak dirawat dari awal selain tak dapat menyusu dengan baik, masalah ini juga akan menjejaskan kanak-kanak untuk bertutur. Anak akan lambat cakap, bercakap tak jelas dan sebutan juga tak seperti kanak-kanak normal.

Boleh jadi anak akan bercakap pelat dan sukar untuk menyambung ayat panjang. Oleh itu, ibu bapa harus ambil serius mengenai hal ini dan jangan ambil langkah tunggu dan lihat saja. Lagi lambat bertindak, lagi kesian.

——————————————————————————————

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI