Berita

Bayi Lima Hari Maut, Keluarga Jemur 30 Minit Bawah Cahaya Matahari, Dakwa Ikut Nasihat Doktor

Share

Bayi lima hari maut, keluarga jemur 30 minit bawah cahaya matahari, dakwa ikut nasihat doktor. Seorang bayi perempuan berusia lima hari meninggal dunia selepas diletakkan di bawah cahaya matahari selama hampir 30 minit oleh ibunya, didakwa atas nasihat doktor.

Bayi Lima Hari Maut, Keluarga Jemur 30 Minit Bawah Cahaya Matahari

Kejadian tersebut berlaku di Hospital Sri Sai, Uttar Pradesh, India. Dilaporkan, ibu kepada bayi malang berkenaan, Rita Devi, seorang penduduk kampung Bhugai Mainpuri, bersalin menerusi kaedah C-section.

Dakwa Ikut Nasihat Doktor

Bagaimanapun pada bayi tersebut didapati mempunyai masalah kesihatan. Doktor menasihatkan pasangan itu supaya meletakkan bayi mereka di bawah sinar matahari secara langsung selama setengah jam.

Pasangan itu telah meletakkan bayi mereka di bumbung hospital pada 11.01 pagi. Setelah hampir 30 minit, pasangan itu membawa bayi mereka masuk ke dalam namun bayi tersebut telah meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Foto: India Today

Menurut pakar perubatan, pendedahan pada cahaya matahari adalah amalan biasa untuk mencegah jaundis di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama ketika suhu tinggi.

Kematian bayi perempuan tersebut difahamkan adalah disebabkan strok haba dan pendedahan berlebihan pada suhu tinggi. Selepas insiden tersebut, doktor yang memberi nasihat kepada keluarga malang itu telah melarikan diri.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan (CMO) hospital berkenaan, doktor RC Gupta, siasatan telah dijalankan susulan kejadian tersebut.

Sumber: Indiatoday Kredit foto (top image): Freepik

Baca artikel lain juga: Paksa Bayi 3 Bulan Duduk Terlalu Awal, Ini Bahayanya Yang Mak Ayah Kena Tahu!

Resipi Bayi Untuk Usia Enam Bulan, Mudahkan Mama Masak Untuk Si Cilik

Elok Berbalut Kain Batik, Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Kotak Tepi Jalan!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Published by
Has