Kejadian bayi jatuh dari katil memang sering kita dengar. kadang memang dah buat kubu dengan bantal di sekeliling anak yang tidur tapi kejadian jatuh katil masih lagi berlaku.
Bila anak jatuh katil mak ayah tentunya tak keruan. Tak tahu apa nak buat risau ada kecederaan yang tidak nampak dengan mata kasar. Jangan panik dan ikut lima langkah penjagaan ini.
Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku.
Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain.
Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia.
Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Ads
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja.
Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut.
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit.
Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Ads
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada.
Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Sukar dibangunkan selepas tidur
Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
Muntah-muntah
Menangis dengan kerapdan nyaring
Kekejangan pada wajah
Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka
Pengsan
Jangan panik wahai ibu sekalian. Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Ads
Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan.
Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan.
Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil.
Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Achey menyanyi dalam nada suara yang perlahan dan bukannya kuat dan lantang seperti biasa.
Nampaknya bila sudah bergelar ayah, memang automatik boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.
Tiara Zinnirah yang comel
Semuanya demi ingin memastikan anak tersayang mendapat yang terbaik.
Ramai netizen rasa terhibur dengan gelagat Achey yang lucu menyanyi dalam nada suara perlahan sampaikan ada yang menyamakan suara Achey dah tak kuat macam speaker!
Netizen Cadangkan Susukan Baby
Sebagai tanda sokongan dan gembira melihat Achey dan isteri sudah mempunyai anak angkat, ramai netizen memberikan cadangan agar Tiara diberikan susu ibu oleh isteri Achey untuk menjaga hubungan mereka menjadi halal.
Pasangan ini telah mengambil anak angkat selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki mempunyai anak sendiri.
Ternyata kehadiran bayi yang bernama Tiara ini benar-benar membuatkan Achey dan isteri bertambah bahagia.
Dato’ Fazley Yaakob sememangnya ayah yang cukup penyayang. Melihat kelembutannya mendidik anak-anak buat hati jadi cair. Apa lagi melihat caranya melayani isteri tersayang, Datin Azrene Ahmad yang cukup romantik. Aduhai sweetnya.
Terbaru bapa kepada Fariedz, Fieradz, Fierudz dan Ellie ini sanggup terbang ke bumi Perth, Australia dan tak tidur semalaman semata-mata untuk membuat suprise birthday anak keduanya, Piyash pada Mac lalu.
Demi rindunya pada isteri dan anak-anak serta pastinya tidak mahu terlepas peluang untuk meraikan tarikh penting bagi si kecil kesayangannya, Dato’ Fazley sanggup terbang ke sana.
Dua video yang dikongsikan olehnya buat pengikutnya di instagram terhibur malah menerima lebih 259 207 ribu tontonan di instagram. Memang sweet!
Part 1: Minggu ni birthday anak saya yang ke-2, Piyash @payishpiyashpiyush, so kebetulan mama dia @azrene_ahmad memang ada kerja di #Perth so di bawa sekali Piyash dan @ellie_alaynaselma , cuma saya lah rindu anak-anak dan isteri.
So apa saya buat, saya ambil flight @airasia malam tadi pukul 12 malam dah terus terbang ke Perth dengan penuh niat nak buat surprise untuk birthday boy, adik sayang serta Ellie. Saya pulak terjumpa dengan taxi driver yang nama dia Raj ni, dia pun agree nak bantu. Sebab isteri saya dan anak-anak dah nak keluar ke tempat lain, so saya kena cepat supaya tak terlepas jumpa diorang di rumah! Nak tengok tak apa berlalu lepas pintu di buka?
Part 2: Inilah yang berlaku bila pintu dibuka.. Piyash @payishpiyashpiyush menjerit panggil saya, Adik sayang @azrene_ahmad terkejut gila, Papa Din & Mama Nor mengucap panjang, dan @ellie_alaynaselma yang tengah tidur pun merangkak keluar bilik terdengar suara saya!! Hahahaa tak sia-sia saya tak tidur semalaman dan naik flight @airasia 5 jam untuk ke #Perth demi surprisekan birthday boy Piyash, mama dia dan ellie!
Thank you so much to Mr Raj the taxi driver! He made sure I was able to catch my wife and kids on time before they actually go out! It could have been a #25minutestoo late song! hahaha!
Anak terkena jangkitan HFMD sememangnya amat ditakuti oleh ibu-ibu. Bukan sahaja HFMD, malah terkena virus campak juga lebih membimbangkan ibu. Bukan hanya terpaksa dikuarantinkan takut berjangkit dengan orang lain, bahkan ibu terpaksa memikirkan karenah anak yang pelbagai ditambah dengan rasa sakit yang membebankan anak-anak.
Semua ini tidak mampu ditanggung oleh hati seorang itu. Melalui tempohnya nyata tidak mudah. Walaupun anak makin reda, mereka juga harus dijaga dengan sebaiknya. Parut misalnya antara yang ditakuti oleh ibu-ibu.
Sebenarnya bukan semua parut kekal hingga dewasa. Parut jenis campak yang halus dan kecil akan hilang dengan sendirinya apabila demam makin reda. Adakalanya parut campak jenis bebola air besar, terutama yang dikatakan sebagai ‘ibu’ campak biasanya akan meninggalkan kesan parut.
Pun begitu ia bergantung kepada tubuh seseorang itu. Ada juga yang langsung tidak meninggalkan parut.
Petua amalan berbedak yang diamalkan oleh masyarakat di utara tanah air ini pastinya buat mak ayah tak perlu risau dengan masalah parut lagi. Jadi jom kita cuba.
Pulihkan Guna 3 Bahan
Bahan-bahan:
Daun bunga melur
Beberapa tangkai daun asam gelugur
Bedak sejuk
Caranya:
1. Basuh bersih daun asam dan daun melur.
2. Kemudian kisar bersama bedak sejuk dengan sedikit air.
3. Bancuhan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.
4. Sapukan seluruh badan selepas campak kering.
Guna Daun Semambu
Antara cara lain yang boleh dilakukan adalah berbedak dengan dengan menggunakan daun semambu. Perkongsian Puan Norhafizah Abdul Hamid juga sama iaitu amalan berbedak.
Ambil daun semambu, kisarkan hingga halus dan ‘bedakkan’ pada seluruh badan anak.
Selepas campak anak kering, anak pun dah sihat dah, mak ayah mesti cari pokok semambu. Kisarkan halus dan buatkan bedak untuk disapu seluruh badan. Bila dah berbedak maka sahlah tamatnya penyakit campak itu. Katanya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.