Bersempena dengan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024, pertandingan Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2024 yang lalu.

Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma Meriah! Tampil Kelainan, Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi
Comelnya! Salah seorang peserta menggayakan pakaian ala-ala super hero Spiderman

Seramai lebih kurang 40 orang bayi berusia 1-2 tahun telah menyertai pertandingan ini. Kelainan yang dibawakan kali ini adalah para peserta perlu melalui beberapa halangan sebelum ke garisan penamat.

Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma Meriah! Tampil Kelainan, Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi
Antara bayi yang datang untuk menyertai Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma

Setiap peserta dilepas seorang demi seorang dan catatan masa diambil bagi menentukan Juara, Naib Juara, Pemenang Tempat Ketiga serta pemenang-pemenang saguhati untuk perlumbaan ini. Trek Bayi Marathon Race telah disediakan oleh The Little Gym Malaysia bersama pakar perkembangan kanak-kanak bertauliah untuk membantu bayi-bayi yang terlibat di dalam perlumbaan hebat ini.

Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma Meriah! Tampil Kelainan, Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi
Peserta perlu melalui halangan Mountain Challenge sebelum ke garisan penamat

Tiga halangan yang perlu dilalui setiap peserta adalah Tunnel Loop (bayi perlu merangkak di bawah terowong), Mountain Challenge (bayi perlu melalui trek yang sedikit tinggi) dan Sensory Ball & Hidden Object (bayi perlu mencari mainan tersembunyi di dalam bakul). Setiap peserta perlu melalui kesemua halangan ini dalam tempoh tiga minit.

Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma Meriah! Tampil Kelainan, Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi
Halangan terakhir, peserta perlu ambil mainan dan diletakkan atas podium sebelum masa diambil untuk penamat

Bukan sekadar suka-suka, tetapi setiap halangan di trek perlumbaan ini sebenarnya bertujuan untuk merangsang sensori, fokus serta meningkatkan kekuatan otot tangan dan kaki para peserta. Bayi-bayi ini juga sebenarnya diberikan pendedahan kepada persekitaran yang meriah serta kemahiran untuk bersosial.

Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma Meriah! Tampil Kelainan, Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi
Keluarga yang datang menyokong peserta Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma

Turut hadir bagi memeriahkan acara ini adalah En. Ahmad Shahril Ghazali, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Kuala Lumpur serta Editor Pengurusan Pa&Ma, Pn. Wan Erni Liza Md Izatzi bersama-sama ibu ayah serta penyokong para peserta Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma.

Pemenang-pemenang Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Afwa Ashraf Hakim Dzulkarnain, Naib Juara, Qalisha Amanda, dan Pemenang Tempat Ketiga, Pavanithan A/L Sandre Selvan bersama-sama tujuh bayi lain yang memenangi hadiah saguhati.

Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma Meriah! Tampil Kelainan, Trek Berhalangan Untuk Laluan Bayi
Tahniah buat Juara, Naib Juara dan Pemenang Tempat Ketiga untuk acara Bayi Marathon Race Simpan SSPN X Pa&Ma

Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM350 beserta car seat tajaan Joie dan medal. Naib Juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM250 beserta car seat cover jenama Snapkis dan medal.

Pemenang tempat ketiga telah memenangi akaun Simpan SSPN bernilai RM150, flusk makanan jenama Thermos dan medal. Kesemua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 dan hadiah istimewa dari Pa&Ma untuk setiap seorang. Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta.

Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI