Seorang bayi meninggal dunia selepas dilapor memasukkan wayar pengecas telefon pintar yang masih mempunyai arus elektrik ke dalam mulutnya.
Dalam kejadian di Jahangirabad, India itu, bayi itu dipercayai ditinggal sendirian oleh ibunya di ruang tamu kediaman datuknya sebaik saja tiba di rumah tersebut.
Menurut laporan berita thesun.co.uk, ibu bayi itu terlupa menutup suis pengecas telefon pintar miliknya.
Susulan kejadian, bayi itu dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Setibanya di hospital, bayi malang itu disahkan meninggal dunia oleh doktor.
Media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas jantina dan usia bayi tersebut.
Sumber: Astro Awani
Kejadian seperti ini pernah belaku di Amerika Syarikat. Sila ambil iktibar!
Pada 28 september 2017, satu kejadian buruk telah menimpa seorang bayi perempuan berusia 19 bulan di Amerika. Bibir bayi tersebut telah melecur teruk di bahagian kiri gara-gara mengigit wayar caj telefon yang masih terpasang.
Bukan melecur sahaja, malah banyak lagi bahaya lain yang berpunca dari arus elektrik pengecas telefon ini.
Antaranya:
Ramai orang salah anggap, mereka sangka voltan rendah seperti 5-12 Volt dari pengecas telefon tidak mungkin bawa maut, sedangkan hakikatnya voltan tidak menyebabkan kematian sebaliknya nilai arus yang mengalir pada jantung yang boleh menjadi punca maut.
0.5 Ampere arus elektrik jika mengalir pada jantung dah boleh membawa maut. 10 kali ganda lebih rendah dari arus yang keluar dari pengecas telefon.
Ibarat jika anak kita mengigit wayar pengecas telefon yang sedang terpasang risiko maut adalah 10 kali ganda lebih tinggi.
Tolonglah beringat mak ayah sekalian..