Menangis adalah cara bayi memberitahu apa yang diperlukannya atau ketidakselesaan. 5 jenis tangisan perlu diketahui ibu bapa supaya mudah supaya setiap keperluan si kecil dipenuhi.
Benar bahawa bayi menangis adalah normal. Menangis ialah salah satu cara bagi bayi mengekspresikan kemahuan & keperluannya. Ada tangisan yang yang menunjukkan bayi sedang kembung perut, mahu disendawakan, mengantuk, lapar & rasa tidak selesa.
Mama & papa perlu tahu cara untuk mengenal jenis tangisan bayi. Tangisan bayi sekiranya berlarutan tanpa henti dalam tempoh masa yang lama, pastinya merisaukan mama & papa.
Tahukah anda bahawa melalui kaedah Baby Language, tangisan bayi dapat dikenalpasti. Ini akan memudahkan mama dan papa memenuhi keperluan si kecil tanpa perlu tangisan yang berlanjutan. Malah bayi juga lebih ceria dan gembira.
Lapar, Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk, Setiap Tangisan Ada Makna. Ibu Ayah Wajib Tahu Bezakan 5 Jenis Tangisan Bayi
Setiap tangisan bayi mempunyai pengertiannya tersendiri. Terdapat lima jenis tangisan bayi. Setiap tangisan bayi. Jika didengari secara teliti ia ternyata kedengaran berbeza.
1.“Neh”
Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat “sucking reflex”.
2.“Heh”
Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk,lampin bayi penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindakbalas kerengsaan terhadap kulit.
3.“Owh”
Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (yawning reflex).
4.“Eh”
Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
5.“Eairh”
Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.
PERKEMBANGAN BAYI SEHINGGA 6 MINGGU
Bergelar ibu bapa membuatkan anda teruja untuk melihat perkembangan anak anda dari bulan ke bulan. Lebih manis lagi, bila si kecil menghadiahkan anda dengan senyuman dan agahan yang mengembirakan hati anda.
Sudah tentu momen indah ini, memberi kenangan manis buat anda. Ayuh lihat perkembangannya!
Objek dan bunyi
Dalam tempoh enam minggu, bayi anda duduk di dalam kerusi enjut di atas lantai. Bayi akan menunjukkan tindak balas apabila mendengar bunyi seperti menendang kaki dan mengerakkan tangannya. Malah, jari-jemarinya yang halus sudah mulai boleh memegang sesuatu yang ringan jika anda meletakkan di dalam tangannya.
Penerokaan
Sediakan ruang untuk bayi anda melakukan penerokaan diawal perkembangannya. Dengan meniarap, si manja akan belajar menolak dirinya menggunakan tangan dan menendang keluar kakinya ke belakang. Malah mungkin akan mengimbangkan badannya ketika meniarap.
Sambil mengurutnya, anda boleh mengajarnya tentang anggota badan. Urutan juga salah satu cara bonding yang baik bagi papa dan si manja.
Bergolek
Dalam tempoh sepanjang enam bulan, si kecil anda belajar bergolek, pada mulanya dari hadapan ke belakang, kemudian berpatah balik.
Mengangkat kepala
Malah dalam tempoh ini, si manja dapat mengangkat kepala ketika meniarap. Pergerakannya bayi semakin baiK dalam tempoh enam minggu ini.