Bayi Mencungap & Bertukar Biru Masa Minum Susu! Awas, Jangan Sengaja Campur Bijirin Dalam Susu Bayi

Share

Keadaan bayi tercungap-cungap dan badannya bertukar menjadi biru, ini adalah petanda dia sedang tersedak susu.

Ia berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Keadaan ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum.

BERISIKO JANGKITAN PARU-PARU

Antara risiko yang berlaku ialah jangkitan pada paru-paru atau pneumonia kerana semasa tersedak susu yang diminum boleh memasuki salur pernafasan bayi. Masalah ini berkait rapat dengan perkembangan kemahiran bayi menghisap bayi.

Kemahiran menghisap bayi satu kemahiran yang wujud sejak lahir dan mencapai tahap matang secara berperingkat sehinggalah bayi berumur dua tahun. Perkembangan kemahiran ini bergantung kepada perkembangan neurologi bayi serta pembelajaran melalui pengalaman.

Sentiasa pantau bayi semasa menyusu untuk mengelakkan tersedak.

KEMAHIRAN MENGHISAP BELUM CEKAP

Bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menghisap dan menelan cecair kerana perkembangan kemahiran menghisap masih belum cekap. Bayi boleh disusukan dengan baik dan selamat dengan adanya kombinasi tindak balas refleks yang membantu mereka mengesan, menghisap dan menelan susu.

Bayi akan menunjukkan refleks  gag (seakan-akan ingin termuntah) apabila objek seperti sudu, makanan pejal diletakkan jauh ke dalam mulut. Refleks ini membantu mencegah bayi daripada menelan makanan atau objek yang boleh menyebabkan bayi tercekik atau tersedak.

JANGAN BERIKAN SUSU YANG DICAMPUR BIJIRIN!

Disebabkan kewujudan reflex ini, bayi hanya boleh diberikan jenis makanan susu selepas mencapai usia 6 bulan. Oleh itu, tindakan ibu bapa mencampurkan bijirin ke dalam susu formula bayi dan diberikan menerusi botol susu di mana lubang putingnya dibesarkan membahayakan dan boleh menyebabkan bayi mudah tersedak. Ia cecair likat yang mungkin sukar untuk ditelan bayi kecil.

Tambahan pula, sistem penghadaman bayi masih belum matang untuk memproses makanan pejal. Tunggu sehingga bayi mencecah usia enam bulan sebelum memberikan mereka makanan pejal/ pelengkap.

BAYI BERISIKO TERSEDAK 

Bagi mama dan papa yag mempunyai bayi yang berisiko tersedak susu ini diharapkan berhati-hati. Ia boleh terjadi kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami keabnormalan pada struktur oral, saluran penelanan dan pernafasan seperti;

  1. Klef bibir lelangit
  2. Kelewatan perkembangan global
  3. Masalah neurologi seperti Cerebral Palsy atau Down Syndrome
  4. Masalah perubatan yang kompleks iaitu masalah jantung kongenital, paru-paru dan ginjal.
Published by
Azma ML