Bila bayi dah mula tumbuh gigi dan menyusu badan, ibu dah mula risau. Takut tiba-tiba dapat ‘gigitan’ mengejut sehingga ibu perit. Kalau setakat gigit macam tu mungkin ok lagi tapi ada ibu yang mengadu, bayi menggigit ketika menyusu sampai puting luka dan bernanah kerana berulang.
Asasnya, bila bayi menggigit sewaktu menyusu, kita perlu lihat sama ada POSISI penyusuan adalah betul atau pun tidak.
Posisi yang betul menghasilkan LEKAPAN yang efektif. Dan kejadian menggigit puting ini dapat dikurangkan terutama untuk bayi yang masih lagi kecil.
Tapi tak dinafikan, bila bayi semakin besar, melalui pula fasa gatal gusi sebab nak tumbuh gigi, maka puting ibu dijadikan tempat melepaskan ‘geram’.
Ada pula bayi yang kebetulan tergigit kemudian melihat respons ibu dia yang menjerit menjadikan bayi seronok dan mengulanginya lagi setiap kali menyusu.
Jadi, apa tips yang ibu boleh lakukan untuk elakkan bayi menggigit sewaktu menyusu:
1. Elakkan menjerit
Memang susah sebab dah macam refleks bila kita sakit atau terkejut. Mesti terjerit untuk kali pertama. Untuk mengelakkan ia berulang, sekiranya berlaku ibu dengan tegas perlu ulang beritahu bayi, “TAK BOLEH GIGIT, TAK BOLEH GIGIT”.
Muka kena kental dan tidak menunjukkan minat atau respons yang bayi mungkin suka seperti menjerit. Bila nampak kita tiada respons, bayi biasanya berhenti lakukan.
2. Berhentikan penyusuan
Jika berulang, perlahan-lahan keluarkan puting dari payudara. Elakkan merentap kerana bimbang puting akan lebih terluka. Boleh gunakan jari kelingking atau tarik bahagian bawah payudara untuk melepaskan tekanan vakum dari mulut bayi.
3. Pastikan hidung tidak tertutup
Jika posisi bayi adalah betul, maka kebiasaan hidung bayi tidak tertutup. Bayi yang sukar bernafas ketika menyusu mungkin akan tergigit puting ibu tanpa sengaja.
4. Betulkan posisi
Pastikan posisi adalah betul. Kepala, leher dan badan bayi adalah selari. Posisi yang betul biasanya menghasilkan lekapan yang efektif.
5. Tidak menyusukan bayi ketika lapar
Bayi yang lapar mungkin sukar ditenangkan dan potensi untuk menggigit itu tetap ada. Jadi menyusukanlah bayi ketika bayi sudah tunjukkan tanda ingin menyusu agar bayi lebih mudah dikendalikan.
Semoga bermanfaat dan boleh kongsikan info ini kepada ramai ibu di luar sana.
Kredit: Puan Nad Masrom
Kaunselor Laktasi Bertauliah
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI