Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?
Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.
Merokok dapat meningkatkan risiko untuk
- Keguguran
- Kehamilan luar rahim
- Bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan, atau sejurus sahaja lepas dilahiran ( sepertiga baby yg meninggal sejurus selepas dilahirkan dikaitkan dengan ibu yg merokok )
- Bayi dilahirkan dengan kecacatan – biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit
- Masalah tumbesaran dalam rahim – baby kecil dan bermasalah
- Uri lekang ( placental abruption )
- Risiko kelahiran bayi pramatang ( tak cukup bulan )
Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko;
- Sindrom bayi mati mengejut ( SIDS ) – lebih-lebih lagi mak nya sambung merokok lepas bersalin
- Asthma, jangkitan kuman pada peparu
- Masalah tingkahlaku seperti ADHD
- Prestasi anak anak ni kat sekolah tak memuaskan
- Dengan berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok, SEMUA risiko yg saya sebutkan dapat dikurangkan.
Ape lagi? Jom katakan TAK NAK kepada rokok!
Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hamil Hb Rendah Sangat, Berdiri Cuci Pinggan Pun Penat. Rupanya Ibu Pembawa Talasemia
Hb rendah atau anemia ialah satu keadaan yang sering dialami ibu hamil. Tapi tidak ramai menyedari sebenarnya anemia juga salah satu petanda pembawa talasemia. Paling bahaya, ia boleh memberikan kesan buruk kepada bayi dalam kandungan!
Perkongsian Dr Sakinah Sulong ini boleh dijadikan panduan. Ibu hamil sebaik-baiknya tidak mengelak daripada mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan semasa hamil. Bagi ibu hamil yang mengalami anemia, pil hematinik akan dibekalkan oleh klinik.
Menangani ibu hamil anaemia memang jadi asam garam kami di klinik kesihatan.
Majotiti ibu mengalami Iron Deficiency Anemia iaitu masalah kurang darah merah akibat kurang zat besi.
RAMAI TAK SEDAR DIRI PEMBAWA TALASEMIA
Namun ada sebilangan, lebih kurang 10% yang mengalami anaemia disebabkan masalah Thalasemia. Keadaan ini mungkin tidak disedari oleh pesakit sendiri memandangkan bagi Thalasemia carrier, lazimnya mereka tidak mempunyai apa-apa tanda melainkan bila mereka mengandung atau waktu tidak sihat.
Ada yang hanya mengetahui status pembawa setelah menjalani ujian darah semasa mengandung.
Sebab itu penting untuk ibu-ibu mengambil hematiniks untuk meningkatkan Hemoglobin atau sel darah merah. Jangan sekali culas.
Paras hemoglobin yang tidak meningkat walaupun dengan pengambilan hematinik menyebabkan wanita itu akan disaring untuk masalah Talasemia.
Dalam hal pesakit saya, status ibu yang mempunyai Thalasemia carrier dan IDA, menyebabkan darah merahnya turun hingga paras 6.8g/dL sahaja.
Tak hairanlah dia mengadu sangat penat hinggakan nak berdiri basuh pinggan lama-lama pun dia tak mampu.
ANEMIA TAK DIRAWAT, BAYI KECIL DARIPADA USIA KANDUNGAN
Paling bimbang bila diperiksa kandungannya, bayinya tidak membesar seperti sepatutnya. Kandungan yang sudah menjangkau 9 bulan umpama 8 bulan sahaja saiznya. Saya syak bayinya sudah mengalami IUGR.
Inilah komplikasi sekiranya anaemia tidak dirawat sebaiknya.
PENDARAHAN SEMASA BERSALIN BOLEH BERLAKU
Bahaya lain menanti, dia berisiko untuk melahirkan bayi pramatang dan kurang berat. Malah juga boleh mengalami Post Partum Haemorrhage atau pendarahan yang banyak semasa bersalin. Oleh sebab itu, masalah anemia beliau mesti ditangani segera.
Beliau dirujuk ke hospital untuk mendapat transfusi darah. Mungkin sekiranya perlu, beliau akan di induce untuk menyelamatkan bayinya yang kurang membesar. Segala-galanya demi menjaga keselamatan ibu dan anak.
JANGAN CULAS AMBIL PIL DIBEKALKAN
Jadi, janganlah culas atau pandang enteng kepada pil hematinik yang dibekalkan oleh klinik. Kalau anda memilih untuk membeli pil hematinik dari farmasi luar, sila beritahu pihak klinik.
Beritahu jururawat dan doktor brand pil yang anda ambil kerana kepekatan zat besi mungkin berbeza mengikut brand. Jangan membazir dengan mengambil bekalan hematinik klinik tapi hanya disimpan.
Bukan sedikit wang kerajaan dibelanjakan.
Dan sekiranya anda tahu status anda mempunyai Thalasemia, sila beritahu dan tunjukkan dokumen berkaitan kepada pihak klinik. Ini akan membantu pihak klinik dan ujian darah berkenaan tak perlu diulangi.
Semoga ibu dan bayi ini selamat dilahirkan.
Sumber: Sakinah Sulong
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Contraction Dah Ada” Nanti Detik Bersalin, MUA Bellaz Doa Sama Tarikh Anak Ketiga!
MUA yang cukup disegani, MUA Bellaz menyatakan rasa terujanya untuk menantikan cahaya mata keempatnya beberapa hari lagi.
Sedang menunggu hari bersalin, menerusi Facebooknya Bellaz meluahkan rasa teruja bercampur debaran menunggu detik bersalin.
“Tak sabar menanti orang baru tak lama lagi. Moga dipermudahkan urusan ku. Tengah menunggu hari ke hari.
“Nervous excited semua ada. Alhamdulilahh Alhamdulilahh.
“Bellaz doakan yang nampak post ni dimurahkan rezeki, bahagia bersama tersayang dan dipermudahkan segala urusan Amenn,” begitu kongsi Bellaz menerusi Facebooknya.
Malah Bellaz juga turut memberi bayangan nama Baby N yang bakal lahir tidak lama lagi.
Airis Alisha
Aidil mikhail
Aish Ean yusuf
A……. N…….
Harap sama birthday anak ketiga
Terdahulu, beberapa hari yang lalu Bellaz sudah pun mengalami kontraksi kecil. Bagaimanapun kontraksi itu hilang dan kini Bellaz menunggu harinya tiba.
“Tidak next appointment dengan doktor 21hb. Hari ni baby mengeras kerap plus ada rasa macam ngilu-ngilu kat ari-ari tu.
“Takpa la nak p buat CTG sat tengok keadaan macam mana. Ghisau jugak sebab kalau baby mengeras kerap sangat ni. Sabaq sat adik tunggu pak hang makeup mama dulu.
“Hampa doakan Bellaz sat naa moga dilancarkan, dipermudahkan segalanya,” kongsi Bellaz.
Pun begitu, kontraksi yang dialami Bellaz dikhabarkan semakin berkurangan. Malah Bellaz kini berharap Baby N yang dinantikan akan dilahirkan pada hujung bulan ini, sama seperti tarikh kelahiran abangnya, Ean Yusof pada 29 Julai.
“Bellaz balik rumah dulu weh, contraction dah ada cumanya main-main lagi. Pantau dari rumah dulu kalau koi lama koi kerap dan makin sakit silalah ke hospital kembali ye … heheh.
“Tapi mengah la lani. Doktor kata balik makan kenyang-kenyang dulu ..hehe. Moga baby keluar 29/7 amin sama bufday Ean yusuf,” tulis Bellaz berkongsi.
Semoga kelahiran bayi keempat Bellaz dipermudahkan dan berjalan lancar.
Terdahulu, Bellaz turut mempunyai tiga cahaya mata kesayangannya, Airis Alisha, Aidil Mikhail dan juga Aish Ean Yusuf.
Menarik: Dengar Lagu Je Terus Menjerit Happy, Anak Issey Peminat Dikir Barat, Sama Minat Macam Daddy!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Asid Folik Tingkatkan Kesuburan, Bukan ‘Shortcut’ Nak Hamil. Doktor Jelaskan Hal Ini
Isi Kandungan
ToggleWanita yang sedang hamil atau merancang untuk mengandung disarankan untuk mengambil asid folik. Rata-rata mengetahui asid folik sangat baik untuk kesuburan wanita. Namun, ada juga yang bertanya adakah pengambilan asid folik ketika seseorang wanita itu datang haid akan menimbulkan masalah.
ASID FOLIK SUPLEMEN ‘DEKAT’ DENGAN WANITA
“Doktor, adakah asid folik boleh diambil ketika haid?
Pil asid folik sudah menjadi sebagai suatu suplemen yang dekat dengan wanita. Bukan saja setakat ketika hamil wanita disaran mengambilnya, tetapi asid folik juga disarankan kepada wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Asid folik adalah sejenis vitamin kompleks iaitu B6 yang dapat digunakan sebagai vitamin kesuburan yang untuk membantu wanita yang sedang hamil untuk meningkatkan sel darah merah jika diambil bersama dengan pil zat besi. Ia juga bagus untuk perkembangan bayi di dalam rahim. Ia juga meningkatkan kesuburan bagi wanita yang ingin mempunyai zuriat.
Asid folik boleh didapati dari pelbagai sumber makanan seperti kekacang kering, brokoli, bayam dan asparagus.
“Doktor betul ke asid folik ini diambil oleh wanita ketika haid? Bukankah ia akan meningkatkan kesuburan? Saya sedang merancang keluarga dan anak masih kecil. Takut saya hamil pula.”
Baca Juga:
Doktor Kongsikan Simptom Kanser Payudara Ibu Perlu Tahu, Kena Selalu Buat Pemeriksaan Kendiri
“Baby Duduk Macam Mana Dalam Perut?”. Pakar O&G Kongsi Posisi Bayi Dalam Kandungan, Macam-Macam Ada!
Jangan Anggap Remeh, Ada Risiko Ginjal Rosak Kalau Kencing Kotor Waktu Hamil
AMBIL ASID FOLIK BUKAN JAMINAN MUDAH HAMIL
Wanita yang mengambil asid folik sememangnya akan meningkatkan kesuburan mereka tetapi ia bukanlah suatu jaminan di mana wanita yang mengambil asid folik akan lebih mudah hamil dari wanita yang lain. Ini bermakna jika seorang wanita mengalami masalah kesuburan, pengambilan asid folik bukanlah jalan pendek bagi mengatasi masalah ini. Buat pemeriksaan doktor bagi menentukan masalah yang sebenarnya.
Bagi wanita yang sedang haid, pengambilan beberapa nutrien seperti kalsium, magnesium, zat besi, vitamin k, vitamin B 12, dan asid folik akan membantu penghasilan sel darah merah dan menggantikan darah yang keluar sebagai darah haid.
Dos yang disarankan bagi wanita dewasa adalah 400-600 micrograms, bergantung kepada keperluan dan bentuk tubuh.
Jadi kesimpulannya, tidak ada halangan penggunaan asid folik pada masa haid. Ia membantu menghasilkan sel-sel darah merah yang hilang ketika haid. Dos yang biasa digunakan antara 400-600 microgram untuk sehari.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI