Kehamilan

Bayi Meninggal Tiba-Tiba Dalam Kandungan! Rokok Punca Oksigen Tak Sampai Pada Bayi

Share

Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?

Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi placenta.

Merokok dapat meningkatkan risiko untuk

  • Keguguran
  • Kehamilan luar rahim
  • Bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan, atau sejurus sahaja lepas dilahiran ( sepertiga baby yg meninggal sejurus selepas dilahirkan dikaitkan dengan ibu yg merokok )
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan – biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit
  • Masalah tumbesaran dalam rahim – baby kecil dan bermasalah
  • Uri lekang ( placental abruption )
  • Risiko kelahiran bayi pramatang ( tak cukup bulan )

Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko;

  • Sindrom bayi mati mengejut ( SIDS ) – lebih-lebih lagi mak nya sambung merokok lepas bersalin
  • Asthma, jangkitan kuman pada peparu
  • Masalah tingkahlaku seperti ADHD
  • Prestasi anak anak ni kat sekolah tak memuaskan
  • Dengan berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok, SEMUA risiko yg saya sebutkan dapat dikurangkan.

Ape lagi? Jom katakan TAK NAK kepada rokok!

Sumber: Facebook Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Published by
NuFa