Bayi Menunjukkan Tanda Dia Sayang Melalui Senyuman Dan Suka Dengan Bau Badan

Share

Tidak seperti yang ibu bapa harapkan, bayi anda tidak mampu untuk menyatakan sayang pada anda melainkan dengan beberapa cara lain yang menunjukkan si manja menyayangi anda.

Apabila bayi anda melihat ke dalam mata anda

Bayi-bayi suka melihat muka manusia, dan muka anda adalah kegemarannya. Pandangan emosional yang digunakan untuk menarik perhatian dan kasih dari penjaganya adalah naluri kelangsungan hidup yang kuat.  Ia juga adalah permulaan kepada kasih mereka kepada anda kerana mereka sudah mula menyedari pentingnya anda dalam kehidupan mereka.

Apabila bayi anda sudah mula mengenal bau anda

Bayi juga boleh mengenal penjaga mereka dalam masa beberapa minggu dan penjaga tersebut sentiasa menjadi keutamaan mereka. Berbanding memilih berdozen ros wangi dan peluh serta kesan susu pada baju anda, pasti si manja akan lebih tertarik kepada baju anda. Bayi yang berusia seminggu pun akan lebih memilih pengalas penyusuan yang menyerap susu ibu mereka. Untuk para bayi, tiada bau yang lebih enak daripada bau ibu mereka.

Apabila bayi anda senyum kepada anda

Sesetengah orang menganggap senyuman awal bayi hanyalah salah satu daripada refleks tanpa sengaja. Faktanya ialah, kajian yang terbaru menunjukkan bahawa senyuman daripada seorang bayi mempunyai makna yang sangat besar. Senyuman bayi yang pertama kemungkinan adalah perkara yang paling menakjubkan. Ia adalah cara mereka yang tersendiri untuk mengatakan ‘aku cinta padamu’. Antara usia enam hingga lapan minggu, anda boleh menangkap senyuman sosialnya yang sebenar yang bakal menyerikan hari anda.

Apabila bayi anda cuba untuk bercakap dengan anda

Bunyi suara terawal yang keluar daripada bayi anda akan ditujukan kepada anda atau penjaganya yang dipercayai. Bahasa awal ini (dikenali sebagai protoconversation) akan digunakan untuk membina hubungan dengan anda, jadi balas percakapan mereka. Tanpa sedar, anda dan bayi sedang membina platform untuk perbualan yang baik di kemudian hari.

Apabila bayi anda berkongsi minat dengan anda

Jika bayi melihat anda sangat fokus dengan perkara yang anda lakukan, si manja akan cuba menirunya. Tindakan meniru ini dirujuk sebagai perhatian mutual. Ia bermula sepantas usia beberapa bulan, tetapi ia lebih ketara semasa usia 9 hingga 12 bulan. Ini menunjukkan bayi anda menyebelahi anda dan memberi perhatian akan apa yang anda lakukan.

Apabila bayi anda menyorok di belakang anda

Jangan terlalu terkejut jika anak anda melakukannya apabila ada seseorang yang baru dilihatnya muncul tiba-tiba. ‘Kegelisahan melihat orang asing’ ialah fasa yang normal. Jika bayi anda mencari perlindungan dari anda, ini bermakna mereka menyayangi anda dan percaya anda boleh memastikan mereka sentiasa selamat.

Sumber: Hello Doktor

Published by
Wan Amy