Kehamilan

Bayi Menyorok Masa Scan? Banyakkan Minum Air Kosong Sebelum Buat Imbasan Antara Tipnya

Share

Memang sangat teruja apabila anda disahkan hamil. Dalam fikiran ibu-ibu tentunya imbasan ultrabunyi antara perkara yang perlu dilakukan segera agar dapat memantau tahap kesihatan bayi di dalam kandungan. Imbasan ultrabunyi dapat menunjukkan perkembangan janin dalam kandungan melalui gambar. Ia membantu mendiagnosis jangkitan, pembengkakan dan penyebab rasa sakit pada ibu hamil.

Walau bagaimanapun, seiring dengan kemahuan teknologi pada masa kini, klinik juga dapat menawarkan pelbagai teknik ultrabunyi yang berbeza.

Keistimewaan di Klinik Siti adalah penawaran harga yang berpatutan serta mengetegahkan doktor-doktor wanita yang bertauliah sebagai tunjang utama.  Antara perkhidmatan yang akan dibincangkan adalah ultrasound bayi dimana perkhidmatan ini menjadi salah satu permintaan yang tinggi oleh masyarakat sekitar terutamanya yang beragama islam.

Di Klinik Siti, ibu hamil boleh menjalani ujian ultrabunyi bayi yang merangkumi beberapa bentuk pilihan. Pilihan yang ditawarkan disini ialah perkhidmatan:

  1. 2D Scan

Imbasan ini juga dikenali sebagai dating scan/growth scan. Bagi pemeriksaan rutin antenatal, ultrasound yang pertama sewaktu membuka buku kehamilan adalah penting kerana ia menentukan tarikh yang tepat bagi anggaran tarikh kelahiran atau Estimated Due Date (EDD). Ia hendaklah dilakukan seawal mungkin iaitu sewaktu kandungan sekitar 6-7 minggu sehinggalah sebelum kandungan mencecah 12 minggu.

2D scan ini juga adalah standard scan dari usia kandungan 4-40 minggu untuk memeriksa kedudukan, saiz, air ketuban, uri, jantina dan degupan jantung bayi tetapi imbasan 2D tidak boleh memeriksa sebarang keabnormalan pada bayi. Imbasan 2D adalah imbasan yang biasanya ibu hamil akan lakukan di hospital ataupun klinik setiap kali pemeriksaan kehamilan.

  1. Detailed Scan

Full detailed scan biasanya boleh dilakukan ketika kandungan mencecah usia 20-24 minggu kerana ketika itu saiz bayi sesuai untuk pakar melihat fizikalnya kerana bayi tidak terlalu besar atau padat di dalam rahim. Detailed scan dilakukan untuk melihat tulang, bilangan jari kaki dan jari tangan, salur darah, struktur jantung, otak bayi yang mana semuanya sudah terbentuk baik. Selain itu, detailed scan juga boleh dibuat untuk memeriksa organ dalaman bayi dan waktu ini jika ada sebarang kecacatan pada janin, ia boleh di kesan sebanyak 80-90%.

Sebarang perubahan yang disyaki seperti down syndrome dan sumbing juga boleh ditentukan dari detail scan. Ianya sangat perlu dilakukan bagi ibu yang berisiko seperti hamil pada umur lebih 40 tahun, mempunyai penyakit berisiko seperti darah tinggi atau kencing manis, mempunyai sejarah kecacatan pada bayi atau kematian bayi dalam kandungan sebelumnya dan lain-lain. Walau bagaimanapun, ianya terbuka kepada semua ibu hamil untuk menjalani detail scan walaupun tidak mempunyai faktor berisiko seperti yang dinyatakan.

  1. 3D 4D Scan

Boleh dilakukan dari usia kandungan 25-37 minggu. Tentunya ibu dan ayah akan lebih teruja kerana imej berwarna dalam bentuk imbasan 3D 4D atau 5HD jauh lebih cantik berbanding imbasan 2D dan boleh melihat wajah bayi dengan lebih jelas.

Imbasan 3D lebih kepada gambar statik yang berwarna dan dapat melihat muka bayi. Berbeza berbanding imbasan 2D yang hanya berwarna hitam dan putih dan hanya menampakkan bayangan tulang rangka bayi. Imbasan 3D lebih canggih dan gambar berwarna kuning atau oren. Tapi anda perlu tahu imbasan 3D 4D sebenarnya tak dapat memeriksa organ dalaman bayi, hanya untuk melihat wajah dan badan bayi semata-mata. Melalui imbasan ini juga, jantina bayi dapat ditentukan atas kerjasama bayi.

4D scan pula sebenarnya adalah gambaran imbasan 3D namun dalam bentuk pergerakan ataupun video bayi yang sedang bergerak di dalam rahim. Sebab itulah imbasan 3D datangnya sekali dengan imbasan 4D, yang bermaksud 3D4D. Untuk pakej 3D4D ini juga, anda akan dapat 2D scan dan partial detailed scan.

Kenapa partial detailed scan? Kerana ketika ini bayi sudah padat di dalam rahim jadi ketepatan untuk periksa keabnormalan bayi dalam 50-60% sahaja. Namun ia bergantung kepada saiz kandungan.

  1. 5HD Live Scan

Teknologi kini yang semakin moden dan canggih membolehkan anda membuat imbasan 5HD live. Apa beza 5HD live dengan 3D4D? 5HD live menampakkan gambar bayi seperti warna kulit sebenar.

Imbasan 5HD live ni juga boleh dilaraskan warna gambar yang mana lebih canggih berbanding imbasan 3D. Dari segi video HD live pula lebih advance dan smooth berbanding imbasan 4D.

Pakej 5HD live juga datang Bersama 2D scan dan partial detailed scan. Kenapa partial detailed scan? Kerana ketika ini bayi sudah semakin padat di dalam rahim, ketepatan untuk memeriksa keabnormalan dalam 50-60% sahaja. Bergantung kepada saiz kandungan.

Sedikit tip sebelum datang ke klinik untuk membuat imbasan bagi membolehkan bayi berkerjasama dengan baik dan mendapatkan gambar serta video imbasan yang jelas:

  1. Banyakkan minum air kosong
  2. Tingkatkan pengambilan gula 1-2 jam sebelum temujanji
  3. Fahami tabiat waktu jaga dan tidur bayi
  4. Pakai pakaian longgar
  5. Usia kandungan perlulah bersesuai dengan pakej yang ingin diambil

Klinik Siti menawarkan pelbagai jenis pakej imbasan kehamilan. Antara maklum balas yang pernah klinik dapat daripada pelanggan seperti – “Nak buat juga untuk new baby ni sebab si abang pun ada gambar scan 5HD live tambahan detailed scan juga. So adik pun kena la ada. Adil bukan?”

Ibu-ibu hamil boleh membuat pilihan yang mana mengikut kesesuaian dan keinginan ibu sendiri sama ada ingin yang lebih baik atau sekadar imbasan biasa sahaja. Lebih menarik lagi apabila bayaran ansuran diwujudkan di Klinik Siti, menjadikan para ibu tidak merasa tertekan kerana bayaran ini boleh dilakukan secara dua kali bayaran ansuran.

Bukan itu sahaja, keistimewaan suite khas utlrasound bayi yang eksklusif juga ada disediakn disini selain menjadikan doktor wanita sebagai tunjang utama melakukan ujian imbasan bayi sekaligus membuatkan para ibu merasa lebih selesa dan yakin untuk melakuan ujian ini.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh Whatsapp di 011-10274776 atau layari laman web www.kliniksiti.com. Selain itu, anda juga boleh ke laman Facebook Klinik Siti atau Instagram kliniksiti.

 

Published by
NuFa