
Indahnya rasa bila pertama kali merasa kaki tangan kecil bayi dalam kandungan menendang-menendang. Mia Ahmad juga tidak terkecuali sedang melalui momen-momen kehamilan yang indah.

Aktres Mia yang kini sedang hamil 33 minggu berkongsi tentangnya di Instagram. Dia yang telah berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 13 Januari 2017 sebelum ini pernah mengalami keguguran pada kehamilan pertama.

Pelakon Hati Perempuan itu juga hamil lagi sebulan selepas keguguran itu dan kini sedang berada di trimester ketiga. Kini Mia hanya menunggu beberapa minggu lagi untuk menemui anak sulung yang sedang dikandungnya.
Video rakaman pergerakan pada perut Mia dimuat naik ke Instagram dengan kapsyen berikut;
My baby is kicking a lot now, especially at night.
Can you guess what is he doing inside there? ?
My baby is kicking a lot now, especially at night. Can you guess what is he doing inside there? ?
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
Para follower memberikan pelbagai reaksi dan komen. Ramai juga yang berjenaka yang mengatakan bayi sedang aktif seolah-olah bermain bola seperti ayahnya. Ada juga di kalangan ibu-ibu yang memberikan komen tentang kehamilan dan tendangan bayi.
BABY MAKIN BESAR & RUANG MAKIN SEMPIT

BABY TRAINING TANGKAP BOLA

JANGAN LUPA KIRA PERGERAKAN BAYI

TENDANG BOLA

PLAYING FOOTBALL
TENGAH NAK BAGI BOLA KAT DADDY

TENGAH JADI GOAL KEEPER MACAM DADDY

Sumber: Instagram Mia Ahmad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau Sarat Mengandung, Ardell Aryana Tetap Turun Padang Bantu Yang Memerlukan, Bakal Melahirkan Anak Tak Lama Lagi

Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana memang diketahui umum sering melakukan kerja-kerja amal dan misi kemanusiaan. Dalam satu posting Nadzmi di Instagram, dia berkongsi tentang keadaan terkini kandungan isteri tercinta yang bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Kelihatan Nadzmi tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka dalam tempoh hanya beberapa minggu lagi.
Dalam perkongsian tersebut, Ardell dan Nadzmi bergambar bersama doktor yang dikenali sebagai Doktor Kam. Menurut Nadzmi kandungan isterinya itu berada dalam keadaan baik. Anak dalam kandungan isteri berada dalam keadaan sihat, kuat seperti ibunya.

Dalam perkongsian tersebut juga, Nadzmi menyatakan akan menyambung hantar bantuan. Bagi yang memerlukan, boleh DM kepada mereka berdua. Tiada balasan yang diharapkan, hanya mahu dititipkan doa buat mereka berdua.
Insyaallah another few more week to go 🥰 Doctor kata baby sihat , kuat macam umie dia semoga jadi anak soleh atau solehah. Aamiinn Thankyou Doctor Kam 🤲🏻❤️ Alhamdulillah🤲🏻🥰 Lepasni terus kami nak sambung hanta bantuan. Esok ke Kuala Selangor. Ada yang memerlukan DM kami tau 😊 Doakan kami ya 😘 #AdhwArdell
View this post on InstagramA post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on
Dalam posting sebelumnya, Nadzmi memaklumkan dia dan isteri ada menghulurkan bantuan bagi yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa ketiga penguatkuasaan.

Difahamkan usia kandungan Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Binti Mohd Amin kini sudah 8 bulan.
Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan Allah. Walau tengah sarat mengandung, Ardell tetap kuat untuk turun bersama suami tercinta menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Selamat bersalin untuk Ardel dan moga semuanya berjalan lancar.
Sumber: Media Hiburan & Nadzmi Adhwa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“RMCO Baby” Penantian Selama 8 Tahun Berakhir. Isteri Jehan Miskin Kini Sedang Hamil, Tahniah!

Betapa bahagia dan gembiranya setiap pasangan apabila dimaklumkan tentang kehamilan yang pertama. Tambahan pula sudah menunggu agak lama untuk mempunyai zuriat sendiri.
Pelakon Jehan Miskin berkongsi berita gembira tentang kehamilan isteri tercinta setelah lapan tahun menjalani kehidupan berumah tangga bersama. Berita tersebut dikongsi Jehan sendiri menerusi akaun instagramnya.
Dengan kapsyen bertanda pagar ‘new adventures’ Jehan memuat naik sekeping foto dia dan isteri, Julie Camelia Rhee memegang gambar imbasan bayi.

Daripada kapsyen yang lain juga ternyata pasangan ini begitu gembiran atas kurniaan rezeki zuriat pertama tersebut. Menurut Jehan lagi, isterinya itu bakal melahirkan anak pertama mereka pada tahun hadapan.
View this post on Instagram1+1=3 🤯 #newadventures #rmcobaby #akandatang2021
A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin) on
Menjenguk ke akaun Instagram milik Julie, dia menyatakan bahawa tidak sabar untuk melalui fasa teruja, malu dan gembira sepanjang kehamilan ini.
Jelasnya dia dan Jehan tidak menyangka bahawa mereka bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
View this post on InstagramA post shared by Julie Rhee 🇰🇷🇯🇵 (@julierhee) on
Dalam ruangan komen, rakan industri dan juga para pengikut turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini.


Untuk rekod, Jehan dan isterinya, Julie telah berkahwin sekitar Mei 2013. Julie merupakan warganegara Korea Selatan dan kini sedang menetap di Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga Julie seronok dan teruja untuk melalui proses kehamilan yang indah ini dan semoga semuanya dipermudahkan buat mereka berdua!
Sumber: Oh Bulan & IG Jehan Miskin, Julierhee
Baca: Resepi Makaroni Bakar Bersama Bebola Daging Enak, Mudah Nak Buat Anak Makan Confirm Berselera!
Jangan lupa saksikan Episod 5, Journey Bersama JoviaNina pada Rabu 23 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Nampak Sengsara Sangat” Ummi Nazeera Kena Minum Air Gula Kali Kedua, Suami Kongsi Tips!

Selain menanti kontraksi dan detik kelahiran, satu hal yang begitu menyeramkan ibu hamil adalah ketika perlu minum air gula yang sememangnya diwajibkan untuk ibu hamil.
Terbaru menerusi Instagram, pelakon Ummi Nazeera juga tidak terkecuali berdepan pengalaman minum air gula sekali lagi di kehamilan keduanya ini.

Biarpun sudah berpengalaman, namun kata Ummi ia bukanlah satu tugas yang mudah. Cukup senggara katanya melalui kapsyen di video yang dimuat naik olehnya baru-baru ini.

“Nampak video sebelum ni happy je kan ? Haaa itu sebelum kena minum air gula.
“I look soo miserable here,” tulisnya.
Melalui video yang dimuat naik oleh pelakon hebat itu, Ummi kelihatan cukup payah menghabiskan segelas air gulanya yang pekat dan likat sambil dipujuk oleh suaminya.
Video yang dikongsikan oleh Ummi itu ternyata mendapat reaksi daripada para peminatnya. Malah ada yang turut berkongsi tip dan cara terbaik untuk minum air gula ini agar lebih sukses tanpa perlu muntah.

Dalam pada itu, meninjau di Instagram suaminya, Dr Izzar Anwari turut berkongsi informasi mengenai minum air gula serta tidak ketinggalan berkongsi tip untuk melancarkan proses minum air gula.
MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG
Semasa kehamilan, penghasilan hormon yang mengawal paras gula dalam badan (insulin) akan terganggu oleh hormon-hormon yang dihasilkan oleh uri. Gangguan ni dipanggil rintangan insulin. Bila paras insulin dalam badan berkurangan, paras gula tak boleh dikawal menyebabkan paras gula naik. Inilah yang menyebabkan terjadinya Gestational Diabetes Melitus (GDM).
Sesiapa sahaja boleh dapat GDM ni semasa kehamilan. Faktor yang meningkatkan kemungkinan nak dapat GDM ni termasuklah:

*Sejarah keluarga menghidapi diabetes
*Wanita berumur lebih 25 tahun
*Ada GDM pada kehamilan lalu
*Ada masalah kehamilan lain seperti darah tinggi, polihidramnios, keguguran
*Pernah lahirkan bayi lebih 4kg berat, lahir mati, atau bayi dilahirkan cacat
*Ada jangkitan kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
Jadi, ibu-ibu yang berisiko tinggi ni kena buat ujian saringan air gula (MOGTT) untuk mengesan GDM semasa lawatan pertama doktor, dan kalau normal, pada minggu 24-28 kehamilan akan buat ujian ulangan. Untuk ibu yang risiko tak tinggi, korang minum air gula yang sedap tu pada minggu 24-28 je terus.

Alright. Kalau keputusan normal, alhamdulillah. Tetapi, kalau keputusan ada GDM, doktor akan tentukan sama ada hanya perlu kawal diet atau mulakan ubat. Kena rujuk pada doktor masing-masing ya.
Kalau anda didiagnose GDM, ikutlah apa yang doktor suruh buat. Kalau paras gula tak dikawal baik, banyak komplikasi akan berlaku kepada anak dalam kandungan dan juga ibu. Komplikasi-komplikasi ini pula boleh mengancam nyawa ibu dan anak.

Biasanya ibu akan pulih dari GDM selepas melahirkan anak. Tapi risiko untuk mendapat GDM pada kehamilan akan datang akan bertambah.
Jadi, kalau Doktor minta minum air gula yang enak tu, minumlah dengan hati yang tenang. Di Klinik Kesihatan air gula dia plain tiada perisa selalunya. Di swasta, ada perisa. Tapi ikut orang, ada yang suka tak perisa macam wife saya.

Tips untuk minum air gula masa hamil yang orang selalu cakap ialah minum dengan air suam dan minum sekali harung sambil tahan nafas. Kalau muntah lepas tu, kena start balik dari mula. Senang je kan. Saya pun boleh buat. Tapi tula, saya tak mengandung. 🤭#drizzarshares
Semoga perkongsian dari Dr Izzar ini dimanfaatkan sebaiknya oleh semua ibu-ibu hamil dan jangan lupa mengikuti tips yang dikongsikan oleh beliau.
Semoga kelahiran bayi kedua pasangan ini dipermudahkan nanti.
Terdahulu, Ummi dan Dr Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan kini mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ayra Aneesah yang kini berusia 2 tahun lebih.
Artikel berkaitan: Biar Anak Belajar Dari Mainan Dia, Dr Izzar Saran Mak Ayah Lebih Masa Main Dengan Anak

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @umminazeera @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


