Bayi mirip Tengku Hassanal, Muhammad Arshaka popular di media sosial, Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju. Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, tidak menyangka perkongsian video anaknya, Muhammad Arshaka Idraki di TikTok meraih perhatian ramai.
Bayi Mirip Tengku Hassanal, Muhammad Arshaka Popular Di Media Sosial
Warga maya menyamakan wajah anaknya itu dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Muhammad Arshaka Idraki Azizi yang baru berusia lapan bulan mula mengecap populariti di laman sosial dan mendapat perhatian warga maya selepas perkongsian video oleh ibunya.
Berkongsi kisah itu, Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia dan suami, Azizi Tuah, 28, yang menetap di Merlimau, di sini, tidak pernah menyedari persamaan itu pada awalnya.
“Bagaimanapun, waktu umur lima ke enam bulan, saya ada kongsi satu videonya di TikTok dan ramai tinggalkan komen mengatakan wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya.
Ads
“Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.
Tengku Ampuan Pahang Pun Komen Setuju
Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen diterima positif dengan ramai mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.
Lebih membuatkannya terharu apabila mendapat komen daripada bonda Tengku Hassanal iaitu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
“Tak jumpa pula yang negatif (komen) sebaliknya ramai puji malah Tengku Ampuan Pahang pun komen setuju wajah anak saya mirip Tengku Hassanal.
“Setakat itu saja dan jujurnya, saya dengan suami berharap dapat bertemu Tengku Hassanal, kalau boleh nak bergambar sama untuk kenangan cuma belum ada kesempatan,” katanya.
Nurul Intan Fadzlyana berkata, dia berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial.
Ads
“Saya doakan semoga yang baik juga berbalik kepada mereka (yang mendoakan).
“Sebagai ibu, saya harap yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti,” katanya.
Imam maut kemalangan jalan raya lepas lawat isteri bersalin di hospital. Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Sempat Lawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Kemalangan Jalan Raya
Mangsa dikenali Nurul Kamal Zulkarnain, berusia 37, bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar.
DIFAHAMKAN KETIKA KEJADIAN, MANGSA BARU MELAWAT ISTERINYA, NUR FIRDAUS SALWA MOHD ZAMRIN YANG BARU SAHAJA MELAHIRKAN CAHAYA MATA YANG KETIGA MEREKA DI HOSPITAL SERI MANJUNG PADA HARI ISNIN.
Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
“Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE.
“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.
“Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.35 petang.
“KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KENDERAAN JENIS PERODUA KEMBARA TERBABAS KE KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT DAN TERDAPAT MANGSA TERSEPIT DI BAHAGIAN PEMANDU.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan pegawai perubatan,” katanya.
Menurut beliau, operasi diteruskan untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.
“Mangsa dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba diketuai oleh Komander Operasi, Muhammad Arif Irfan Mokhtar dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang,” katanya.
Anak sulung kepada pelakon cantik, Rita Rudaini terus membanggakan ibunya bila mana cemerlang dalam peperiksaan semesternya baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya, Rita meluahkan rasa syukurnya yang tak terhingga bila mana anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Tahun ni Ryan Top 10 batch student lagi.
“Tapi kali ni kat SUBES pulak. Congrats. Mommy akan pastikan anak-anak mommy cemerlang dalam akhlak dan pendidikan.
“Doa mommy selalu bersama anak-anak. Terima kasih ustazah @norfaiza8 🤍. Congrats Ryan, kawan-kawan dan ustazah,” tulisnya.
Menerusi video yang dimuat naik itu, Ryan turut menzahirkan ucapan penghargaan buat ibunya.
Paling membanggakan keputusan gred purata cemerlangnya iaitu 3.99 yang diperoleh adalah hadiah untuk ulang tahun kelahiran ibunya pada 11 April lalu.
“Terima kasih mommy sebab dari kecil sehingga besar mommy jaga Ryan. Daripada bayi, mommy tolong ajar Ryan berjalan sampai Ryan mendapat pointer 3.99. Sikit lagi nak dapat straight A+. Cuma satu sahaja A-.
“Semester hadapan, Ryan akan cuba buat lagi baik buat mommy. 3.99 ini juga hadiah hari lahir buat mommy. Ryan akan cuba pula dapatkan 4 flat untuk mummy,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan ucapan Ryan buat ibunya dan menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan dalam pembelajaran.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Ada masanya kita akan merasakan diri tidak layak menjadi seorang ibu. Dalam kesibukan melunaskn tuntutan kerja, kemudian perlu menguruskan rumah tangga ia bukanlah sesuatu yang mudah. Ada masanya kita akan rasa letih dan tertekan sehingga menyebabkan kita ‘terlepas’ pada anak-anak.
Selepas kita marahkan mereka, terbit rasa menyesal dan mulahlah kita meragui kemampuan kita sebagai seorang ibu. Waktu itu, kita akan merasakan yang diri ini tak layak untuk mempunyai anak hanya semata-mata untuk kita marahi.
Menurut penulis keibubapaan, Adlil Rajiah apabila kita mula rasa seperti mahu mengalah dan GAGAL sebagai seorang ibu, ada perkara yang boleh kita lakukan untuk mengubati perasaan itu.
Bila rasa macam nak give up, rasa gagal didik anak, rasa gagal sebagai seorang ibu, cuba buat 2 perkara ni:
1. Ingat balik apa yang kita dah berjaya buat, instead of apa yang kita belum berjaya buat. Sebab kita sebenarnya bukan gagal, kita cuma terlalu fokus kepada apa yang kita belum berjaya buat.
2. Kita tak perlu rasa bersalah untuk jadi vulnerable atau lemah di hadapan anak. Tak perlu sorok rasa sedih, rasa malas, rasa nak give up, rasa gagal, stress. Sebab anak perlu melihat kita sebagai seorang manusia. Bukan sebagai seorang robot yang tak pernah rasa sedih, tak pernah buat silap, tak pernah ada hari malas, tak pernah ada bad day.
Sometimes kita rasa gagal sebab kita belum nampak jalan keluar. Mungkin kita perlukan ilmu dan approach yg berbeza untuk step up the game.
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu untuk memulihkan semula semangat para ibu hebat yang sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Sememangnya kita cukup kuat dan kental untuk menghadapi ujian sebagai ibu, hanya sesekali kita perlu ‘recharge’ emosi supaya terus positif untuk terus menjadi ibu terbaik buat anak tersayang.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.