Bagi yang menyusukan anak dengan susu ibu, memang sukar mengagak berapa amaun sebenar susu ibu yang telah dihisap oleh oleh bayi. Oleh sebab itulah, bagi mana-mana ibu yang pertama kali mengamalkan penyusuan susu ibu, tentu berasa risau apabila melihat keadaan bayi yang asyik meragam seolah-olah tidak kenyang selepas disusukan.
Sebenarnya, anda perlu faham bahawa kekerapan penyusuan susu ibu bergantung kepada permintaan bayi. Tiada had masa mahupun amaun susu yang boleh ditetapkan untuknya. Mari teruskan pembacaan untuk menambahkan pemahaman anda tentang tentang kekerapan bayi yang menyusu susu ibu.
1. Keperluan hari awal selepas kelahiran
Anda tahu kan, kolostrum yang dihasilkan oleh payudara ibu sedikit pada hari-hari pertama selepas bayi lahir. Hal ini kerana bayi baru lahir hanya mampu menerima isipadu yang kecil dalam satu-satu sesi penyusuan.
Perutnya disamakan dengan saiz sebesar sebiji guli. Dia hanya perlukan 5ml hingga 7 ml ketika hari pertama kelahiran. Kemudian, perutnya membesar kira-kira saiz penumbuk pada hari ketiga dan boleh menampung 0.75oz hingga 1 oz.
Oleh yang demikian, anda tidak perlu risau jika payudara belum menghasilkan susu yang banyak pada hari terawal selepas kelahiran kerana ia telah dicipta bersesuaian dengan keperluan bayi.
Dalam tempoh ini, anda tidak perlu menyusukan bayi dalam tempoh yang lama kerana perutnya tidak dapat menampung banyak susu dalam satu-satu masa. Walau bagaimanapun, pastikan bayi menyusu dengan kerap, iaitu sekitar lapan hingga 12 kali sehari agar dia mendapat nutrien yang secukupnya
2. Keperluan selepas umur satu minggu
Selepas lebih kurang tujuh hingga 10 hari selepas bersalin, pengeluaran susu ibu akan lebih lancar. Dalam tempoh ini, saiz perut bayi adalah lebih kurang sebesar bola ping pong dan mula menampung 1.5oz hingga 2oz setiap kali penyusuan. Lazimnya, anda digalakkan untuk menyusukan bayi setiap tiga jam sekali. (Apa-apa pun ia mesti mengikut permintaan bayi.)
Dalam tempoh itu, pastikan anda menyusukan bayi dan mengepam sekiranya payudara mula penuh. Cara lekapan mulut bayi pada puting payudara juga perlu betul. Jika tidak, ia boleh menyebabkan masalah bengkak susu
3. Penyusuan malam
Anda mungkin perasan bayi mahu menyusu lebih kerap atau lebih lama pada waktu malam. Jadi, anda perlukan lebih banyak rehat pada waktu siang kerana bakal berjaga pada waktu malam.
Kajian menunjukkan 64% bayi berusia yang berumur bawah enam bulan akan menyusu antara satu hingga tiga kali di setiap malam. Untuk makluman anda, penyusuan malam meliputi hampir 20% daripada jumlah susu yang diminum dalam tempoh 24 jam
4. Fasa lonjakan tumbesaran (growth spurt)
Dalam tempoh beberapa bulan, anda mula dapat menganggarkan tempoh penyusuan yang sesuai untuk bayi. Namun semasa fasa growth spurt, bayi mudah lapar dan mahu menyusu lebih kerap atau lebih lama.
Bagi memastikan bekalan susu anda sentiasa mencukupi dan berpadanan dengan keperluan bayi, penyusuan bayi perlulah mengikut kekerapan yang diinginkan oleh bayi.
5. Gemarkan sebelah payudara
Dalam keadaan tertentu, bayi lebih suka menyusu di sebelah payudara berbanding sebelahnya. Salah satu sebabnya mungkin kerana payudara anda menghasilkan amaun susu yang berbeza. Oleh sebab itulah, bayi kelihatan puas menyusu daripada payudara kegemarannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI