Bayi Nampak Susah Nak Membuang Air? Buat Cara Ini Untuk Bantu Bayi Anda

Share

Masalah sembelit berlaku apabila baby tak berak atau ketika si kecil sukar membuang air besar seperti biasa.

Ada sesetengah anak di bawah usia 6 bulan akan mengalami pergerakan usus beberapa kali setiap hari.

Sesetengah bayi pula hanya membuang air besar sehari sekali atau sekali bagi setiap 2 hari. Paling penting, tekstur najis mereka lembut dan mudah melalui usus.

Walaupun sembelit merupakan perkara biasa untuk terjadi, namun ada beberapa kes, ia mungkin mengalami masalah kesihatan tertentu.

Baby tak berak tandanya sembelit?

Si kecil mungkin mengalami sembelit sekiranya najis mereka tampak seperti pelet kering yang keras dan tidak meresap masuk ke dalam lampin.

Masalah sembelit bayi boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tetapi selalunya, tiada sebab atau punca yang jelas. Keadaan ini dikenali sebagai sembelit idiopatik – apabila penyebabnya tidak diketahui.

Jika anak tidak mengalami pergerakan usus untuk 1 atau 2 hari dan tekstur najis anak lembut atau cair, ia bererti tiada masalah sembelit bayi yang berlaku.

Ini kerana ada kalanya bayi juga memerlukan masa untuk mengatur jadual pergerakan usus sendiri dan kekerapan membuang air besar yang tidak teratur adalah normal.

Meneran

Ibu yang pernah menatap wajah si manja semasa berak pasti menyedari ada kalanya bayi kelihatan seakan meneran, bukan?

Tetapi itu tidak bermakna wujudnya masalah sembelit bayi. Ini kerana otot perut bayi masih lemah menyebabkan mereka perlu meneran untuk mengeluarkan najis.

Si kecil tidak dikategorikan mengalami sembelit jika pergerakan usus yang lembut setelah beberapa minit meneran.

Tetapi jika proses meneran itu disertai dengan tangisan, tekanan, wajah kemerahan dan si kecil merengek, itu barulah petanda sembelit.

Jenis penyusuan dan masalah sembelit bayi

Tidak dinafikan jenis susu yang diberikan kepada bayi juga boleh menjadi punca sembelit.

Menyusu badan

Isu baby tak berak jarang dialami oleh si kecil yang diberikan penyusuan susu badan. Ini kerana susu ibu mengandungi julap semula jadi.

Malah bayi yang menyusu badan juga cenderung mempunyai najis berwarna kuning yang agak lembut teksturnya.

Bayi baru lahir yang diberikan susu ibu mungkin akan berak setiap kali selepas makan. Manakala bayi lebih berusia mungkin tidak akan membuang air besar sehingga tempoh seminggu.

Jangan risau, ia bukan masalah sembelit ya ibu jika najis lembut dan cair.

Susu formula

Bayi yang diberikan susu formula biasanya mempunyai najis yang banyak dan perlu berak lebih kerap berbanding si manja diberikan susu ibu.

Jika menggunakan susu formula, pastikan anda mengikut arahan bancuhan yang betul atau ia boleh menjadi punca baby tak berak.

Elakkan:

  • Mencampur adukkan jenis susu
  • Membuat bancuhan susu yang cair – tidak mengikut arahan bungkusan
  • Menambah makanan pejal seperti biskut atau nasi kerana anak boleh tersedak dan menjadi punca masalah sembelit bayi

Kaedah rawatan atasi keadaan baby tak berak
Terdapat beberapa cara boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah bayi di bawah usia 6 bulan yang mempunyai masalah susah berak, seperti:

  • Berikan mandian air suam kepada bayi untuk melegakan usus
  • Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Berikan sedikit tekanan pada perut bayi dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar
  • Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seolah-olah sedang mengayuh basikal
  • Jangan berikan sebarang ubat julap melainkan atas arahan doktor
  • Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus mendapatkan 700ml cecair setiap hari – sama ada daripada susu ibu atau formula
  • Anda boleh berikan antara 50 hingga 120 ml jus buah prun, pir, ceri atau epal setiap hari. Apabila najisnya semakin lembut, kurangkan jumlahnya.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Published by
NuFa