Bayi obses kepada cermin. Tiap kali dia melintas, suka sangat dia memerhati. Kadang-kadang lama duduk di depan cermin sambil bersembang ikut gaya ‘bahasa’ dia. Mama dan papa jangan risau, ia adalah perkembangan yang baik.
KENAPA BAYI TERTARIK KEPADA CERMIN?
Bayi sukakan cermin kerana mereka tertarik kepada muka/ wajah. Sejak lahir, mereka suka untuk melihat dan merenung wajah ibu bapa dan pengasuh mereka. Bayi juga suka melihat wajah yang terpampang di dalam gambar serta orang yang selesa bersama-samanya. Wajah yang dilihat dalam cermin juga tidak terkecuali!
6 MANFAAT BERMAIN DENGAN CERMIN KEPADA BAYI
1-Bermain dengan cermin adalah salah satu eksplorasi atau penerokaan. Cuba dukung bayi anda di depan cermin. Bayi yang normal selalunya akan cuba menyentuh imejnya yang wujud di dalam cermin tersebut. Mereka akan belajar untuk mengenal refleksi imej di dalam cermin.
2-Apabila anda berada di depan cermin bersama bayi, bolehlah ajarnya tentang nama anggota pada wajah. Sebutkan tentang hidung, mata, mulut, pipi, dagu, telinga, kepala, rambut dan sebagainya. Bayi akan belajar tentangnya dengan cermin dan bantuan anda.
3- Visual tracking atau latihan mata untuk melihat objek yang bergerak di sekitarnya. Misalnya wajah abang atau kakaknya yang sedang bermain dan bergerak di depan cermin sambil membuat pelbagai mimik muka. Percayalah, tentu bayi anda akan suka aktiviti ini, satu latihan kognitif yang baik.
4- Dia akan cuba mencapai imej pada cermin tersebut dengan cara menyentuh. Ia adalah salah satu latihan motor yang baik untuknya. Dia juga tahu tentang kewujudan objek hanya pada depan cermin dan bukan di dalam cermin.
5-Bermain di depan cermin ialah bonding yang baik untuk mama, papa, bayi dan anak-anak yang lain. Ia juga membina kemahiran bersosial.
6-Si kecil belajar untuk fokus apabila bermain dengan cermin.
6 CARA PERKENALKAN CERMIN KEPADA BAYI
*PASTIKAN ANDA HANYA MENGGUNAKAN CERMIN KHAS UNTUK BAYI