Bayi perempuan 28 bulan koma, doktor-doktor muda mogok. Seorang bayi perempuan berusia 28 bulan masih koma selepas dinafikan rawatan kecemasan oleh lebih 10 hospital di kawasan metropolitan Seoul. Gangguan sistem perubatan berterusan berlaku kerana doktor-doktor muda melancarkan mogok.
Bayi Perempuan 28 Bulan Koma, Doktor-doktor Muda Mogok
Agensi berita Yonhap melaporkan tragedi itu bermula pada pukul 8.40 malam, 4 Ogos apabila bayi yang tinggal di Goyang, di barat laut Seoul menghadapi kekejangan febril dan dilaporkan kepada perkhidmatan kecemasan 119, menurut pegawai di Ibu Pejabat Bomba dan Bencana utara Gyeonggi.
Pasukan penyelamat menghubungi unit kecemasan 11 hospital di Seoul dan sekitar Wilayah Gyeonggi tetapi kesemuanya enggan menerima bayi itu dengan alasan kekurangan kakitangan perubatan.
Bayi itu akhirnya dimasukkan ke hospital ke-12 yang dihubungi oleh pasukan penyelamat, Hospital Universiti Inha di Incheon, 32km di barat Seoul, lebih sejam kemudian pada hari kejadian.
Bayi itu masih sedar semasa dimasukkan ke hospital walaupun terdapat gejala kekejangan tubuh tetapi kemudian koma dan masih belum sedarkan diri lagi, kata pegawai itu.
“Kami berjaya mendapatkan sebuah hospital di Incheon yang sanggup untuk merawatnya selepas berulang kali gagal mendapatkan unit kecemasan, ” kata seorang pegawai sambil menambah bayi itu sedang dirawat dalam keadaan tidak sedar diri di sebuah hospital di Seoul.
Sumber: Bernama
Baca artikel lain juga: Meriah & Unik! OHANA Specialist Hospital Rai Kelahiran Bayi-Bayi Merdeka Di Malam 31 Ogos 2024
Mengidam Nak Minuman Ais, Bayi 4.8kg Pecah Rekod!
Bayi Lengkap Sempurna Pada Minggu Ke 31, Ibu Makin Tidak Selesa Bergerak!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI