Berita

Bayi Perempuan Kembar Siam Berkongsi Hati Bakal Jalani Pembedahan Pemisahan

Share

Bayi perempuan kembar siam berkongsi hati bakal jalani pembedahan pemisahan. Bayi kembar siam berusia 16 bulan dari Filipina, dijadualkan menjalani pembedahan pemisahan menerusi program dilaksanakan Arab Saudi yang diselaraskan oleh Kementerian Kesihatan, lapor agensi media Arab Saudi.

Arab News melaporkan, Akhizah dan Ayeesha Yusoph yang tiba dari Manila itu dilahirkan di Panabo City di wilayah Davao del Norte di pulau selatan Mindanao pada Disember 2022.

Artikel lain: Pembedahan Pisahkan Kembar Siam Pramatang Berjaya, Selepas 24 Jam, Kedua Bayi Stabil

Pasangan bayi perempuan yang berkongsi hati itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid terus dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Khusus Raja Abdullah proses penilaian sebelum pembedahan pemisahan dilakukan.

Doktor Hospital Kanak-Kanak Khusus Raja Abdullah, Arab Saudi membuat penilaian untuk melakukan pembedahan untuk memisahkan kembar siam Akhizah dan Ayeesha Yusoph yang tiba di Riyadh dari Manila, Filipina semalam. FOTO Agensi

Penyelia Saudi Pusat Bantuan dan Kemanusiaan King Salman (KSrelief), Abdullah Al-Rabeeah, mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Arab Saudi atas sokongan mereka terhadap Program Kembar Siam Arab Saudi.

Program yang diterajui oleh Al-Rabeeah itu sudah melakukan pembedahan terhadap lebih 130 kanak-kanak dari 25 negara sejak 1990.

Katanya, program itu amat signifikan dan menandakan peristiwa penting dalam bidang perubatan, selaras dengan matlamat Wawasan Saudi 2030 untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Baca lagi: Bayi Kembar Ajaib, Lahir Hampir Tak Bernyawa Kini Genap Setahun. Pemegang Rekod Dunia Guinness

Sementara itu, ibu bapa Akhizah dan Ayeesha menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas sambutan dan layanan mesra yang diberikan sebaik tiba di Arab Saudi.

Hashima Yusoph bersama anaknya, Ayeesha (kiri) dan Akhizah ketika majlis resepsi di Kedutaan Arab Saudi di Manila pada 3 Mei. FOTO Agensi/ArabNews

Ibu pasangan bayi berkenaan, Hashima Yusoph berkata, dia mengetahui bayinya kembar siam ketika kandungan berusia tujuh bulan.

“Ketika itu, saya melakukan ultra sound (imbasan bunyi) dan sangat terkejut apabila dimaklumkan bayi saya kembar siam.

“Ketika itu saya hanya fikir macam mana saya boleh menjaga mereka, adakah saya boleh menjadi ibu terbaik untuk mereka,” katanya kepada Arab News.

Dia kemudian berusaha mencari jalan untuk memastikan kedua-dua bayinya menjalani kehidupan seperti biasa.

Hashima bernasib baik apabila dipertemukan dengan KSrelief ketika bayinya berusia lima bulan.

Sumber: Harian Metro

Lagi artikel: Terpisah Juga! Tiga Tahun Melekat Berjaya Dipisahkan Melalui Pembedahan Oleh 35 Pakar Hebat

 

 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

Published by
Has