Bayi rasa selamat berbedung kerana dia terasa macam berada dalam kandungan ibu. Perasan tak bila bayi baharu lahir dibedung, dia akan lebih lena tidurnya dan kurang merengek.

Seeloknya ibu hendaklah membedung bayi bermula minggu pertama kelahiran sehingga usianya tiga bulan atau apabila sudah mula belajar meniarap.

Bagaimanapun ia bergantung juga pada bayi, ada yang tidak suka dibedung terlalu lama kerana sudah mula bergerak aktif dan kurang terkejut ketika tidur.

Bayi rasa selamat berbedung

Bagi yang bakal menerima bayi pertama, berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi jika membedung bayi.

Bayi Rasa Selamat Berbedung, Macam Dalam Kandungan Ibu

  • Bedung membuatkan bayi rasa selamat seperti berada dalam kandungan ibu.
  • Berikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuh mula berfungsi. Bayi yang baharu lahir masih belum biasa dengan suhu sekeliling yang baru.
  • Membuatkan bayi lebih tenang dan kurang refleks moro (tindak balas bayi apabila kehilangan dinding rahim selepas dilahirkan, tidak mudah terkejut/tersentak ketika tidur.
  • Mengelakkan risiko kematian bayi atau sudden death infant syndrome.
  • Bayi akan lebih tidur lena apabila dibedung kerana berasa seperti dalam rahim ibu.

Memilih kain bedung

Terdapat banyak pilihan kain bedung di pasaran. Tentu ramai bakal ibu yang pertama kali rasa keliru mana satu patut dipilih untuk kegunaan si comel.

Ads

Jadi apa kata ibu ayah ambil tahu kriteria yang perlu diambil kira ketika hendak memilih kain bedung.

  1. Kain yang diperbuat daripada cotton, sesuai dengan suhu negera kita, materiał tidak panas dan membuatkan bayi lebih selesa.
  2. Material kain yang lembut untuk memudahkan membedung bayi dan membuatkan bayi lebih selesa apabila dibedung.
  3. Saiz bedung bayi yang besar supaya bayi dapat dibedung dengan kemas. Bedung bersiaz kecil akan menyebabkan lilitan bedung mudah terbuka, tangan dan kaki bayi juga akan terkeluar menyebabkan bayi mudah terjaga dari tidur.
  4. Bedung yang berkualiti tinggi sangat penting kerana kebiasaannya kain bedung yang terlalu murah di pasaran tidak mementingkan kesan kepada pengguna, contohnya, dakwat yang digunakan pada kain bedung tersebut mengandungi bahan kimia yang mungkin boleh memberi kesan kepada bayi.
  5. Kain bedung muslin telah dilabel sebagai kain terbaik untuk digunakan pada bayi, kerana materialnya yang lembut dan berkualiti sangat sesuai untuk kulit bayi. Kulit bayi sangat sensitif dan halus, jadi pemilihan kain bedung bayi adalah sangat penting.

Kain bedung moden vs tradisional

Selain terdapat bermacam jenis kain bedung, ada juga pilihan kain bedung moden atau tradisional. Tentu ada ibu yang tertanya-tanya mana satu yang sesuai untuk anak.

Apa perbezaan keduanya dan mana satu yang patut ibu gunakan untuk bayi baharu lahir?

Pelbagai jenis kain bedung seperti bedung Muslin, cotton flannel, soft cotton, dan tidak kurang juga ramai yang menggunakan napkin sebagai bedung bayi.

Bayi Rasa Selamat Berbedung, Macam Dalam Kandungan Ibu

Ads

Antara perbezaan yang paling ketara adalah:

  • Material dan kualiti bedung tersebut. Seperti yang dinyatakan di atas, kain muslin adalah material terbaik untuk digunakan pada bayi. Kebanyakan bedung muslin akan dijahit dengan dua lapisan kain dan berbeza dengan kain napkin biasa yang menggunakan satu lapisan sahaja. Sebab itu napkin biasa akan mudah mengecut dan berkedut apabila dibasuh.
  • Saiz kain bedung. Kebanyakan kain bedung muslin bersaiz besar iaitu 120x120cm, 120x110cm, 105x100cm. Manakala saiz napkin biasa adalah siza standard iaitu 76x76cm.
  • Perbezaan bedung moden dan tradisional, kebiasaanya kain bedung moden akan menggunakan strap atau zip bagi memudahkan ibu bapa membedung bayi. Tapi kekurangannya bayi tidak dapat dibedung dengan kemas seperti bedung tradisional.
  • Ibu disarankan menggunakan bedung tradisional terlebih dahulu untuk bayi yang baharu lahir, terutamanya untuk dibedung ketika malam. Bedung moden biasanya boleh digunakan pada siang hari atau ketika bayi berjaga.

Pilih kain bedung Humaira Swaddle

Bagi ibu yang tak tahu nak pilih kain bedung maka Humaira Swaddle adalah pilihan yang bijak.

Bayi Rasa Selamat Berbedung, Macam Dalam Kandungan Ibu

Ads

Berikut antara sebab kenapa Humaira Babystore dikenali dengan Muslin swaddle sehingga mendapat label #ingatbedungingatHumaira :

  1. Material kain yang sangat LEMBUT bagi memastikan bayi selesa dan sedap apabila dibedung.
  2. Material BERKUALITI TINGGI, tidak mudah kecut dan koyak, serta warna tidak luntur walaupun dibasuh berkali-kali.
  3. Saiz kain yang BESAR bagi membantu bayi dibedung dengen kemas.
  4. Material kain yang sejuk, sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia.
  5. Satu-satunya babyshop yang ada lebih 100 rekaan bedung atau swaddle yang cantik dan comel.

Bagi yang ingin membeli boleh dapatkan Muslin Swaddle Humaira Babystore dengan terus membuat pembelian di:

  1. Official Website : HUMAIRABABYSTORE.COM
  2. Official Shopee : humairababystoreofficial
  3. Kunjungi ke Butik Humaira babystore :

Bayi Rasa Selamat Berbedung, Macam Dalam Kandungan Ibu

  • HUMAIRA BABYSTORE SETAPAK
  • HUMAIRA BABYSTORE SENTUL POINT

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI