Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan, Itu Perkembangan Baik. Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu!

Share

Bayi mula mencapai objek dan menggapaikan tangan untuk mendapatkan sesuatu ialah satu perkembangan yang baik. Ketahui 5 sebab aktiviti penting untuk perkembangannya dan apa yang perlu mama papa buat untuk menggalakkannya.

Perlu diketahui yang bayi lahir tanpa boleh mengawal ototnya. Ketika usia 6 minggu, ada bayi sudah mula menggapaikan tangan dan mencapai objek.Dia akan menggunakan apa juga cara untuk mendapatkan objek yang dikehendaki sama ada permainan, bantal, selimut atau apa sahaja yang menarik perhatiannya yang terletak berhampiran!

Awalnya mereka akan menggunakan keseluruhan tapak tangan pada permulaannya dan masih belum menggunakan ibu tangan untuk mengambil objek. Latihan yang berterusan dan pada usia empat bulan, mereka akan mula pandai memegang objek sendiri seperti botol susu dan sebagainya.

5 MANFAAT AKTIVITI MENCAPAI OBJEK KEPADA BAYI

Aktiviti ini penting untuk menggalakkan beberapa kemahiran kepada bayi. Antaranya ialah;

  • Menggalakkan bayi menggunakan jari-jarinya.
  • Mempelajari tentang tekstur dan objek di sekeliling.
  • Menggalakkan perkembangan visualnya.
  • Menggalakkan bayi membuka tangan agar tidak menggenggam.
  • Memperbaiki skil mata-tangan.


MAMA PAPA BOLEH LATIH ANAK MENGGAPAI DENGAN 5 CARA INI

Mama dan papa boleh melakukan aktiviti rangsangan ini dengan beberapa cara. Berikut ialah beberapa tip untuk melatih bayi melakukannya;

#1 Jika dalam posisi meniarap, anda boleh letakkan objek berdekatan supaya bayi mudah mencapainya. Objek yang boleh digunakan ialah seperti bola, mainan lembut dan sebagainya.

#2 Mama dan papa berikan semangat kepada bayi dengan mengatakan kata-kata yang disukainya.

#3 Biarkan bayi mencapai objek dengan tangan sendiri tanpa bantuan. Anda boleh memberikan objek tersebut pada tangannya pada permulaan, tetapi selepas beberapa kali cuba berikan cabaran tersebut kepadanya. Biar dia cuba capai dan ambilnya sendiri!

#4 Biarkan ia menyeronokkan. Gunakan baby gym dan gantungkan mainan supaya bayi boleh mencapainya dalam posisi berbaring.

#5 Mainan yang berbunyi seperti rattle dan kerincing boleh menarik perhatian mereka dan menggalakkan mereka mencapai. Anda boleh pegang dan biarkan bayi menggapainya atau cuba mencapainya!

Tapi ingat, mama dan papa perlu menghentikan aktiviti ini sekiranya mendapati bayi kelihatan penat, putus asa dan kecewa apabila gagal mencapai objek. Buat aktiviti lain untuk mengalih perhatian si kecil kepada kekecewaannya tadi.

Published by
Azma ML