Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.
Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM
Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.
15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA
Dalam beberapa minggu pertama, ibu mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu bayi dah kenyang atau tak, cukup ke susu yang diberikan dan macam-macam lagi.
Menurut Baby Centre kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.
Bagaimanapun, perkongsian dari Puan Sharifah Syazreen Al-idrus mengenai macam mana nak tahu baby newborn dah kenyang atau belum sangat menarik.
Perasan tak masa susukan anak, mula-mula dapat susu tu genggaman tangan dia kuat, tandanya dia tengah dahaga.
Lepas tu lama kelamaan genggaman dia makin loose/relaxed tandanya dah kenyang.
Jadi nak tahu baby dapat susu cukup atau tak, kena peka dengan genggaman tangan dia. Senang kan!
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Fasa ‘infant’ (bayi kecil 0-3 bulan) di kenali sebagai fasa trimester ke-4. Iaitu sambungan daripada 3 trimester kehamilan yang telah bayi manusia lalui. Bezanya, kali ini, untuk trimester yang ke-4 ini, iaitu pada 3 bulan pertama usia bayi selepas di lahirkan, bayi harus melalui fasa ini di luar rahim ➡ alam dunia.
Nama lain fasa trimester ke-4 ini ialah fasa ‘belum menetas’. Ia ibarat fasa peralihan untuk bayi. Ia seperti fasa telur ayam di eram oleh ibunya sekitar 21 hari sebelum menetas. Kita lihat telur telah keluar dari perut ibu ayam, namun kekal di dalam sarung telurnya. Ha, begitulah ibaratnya bayi ‘infant’
Maka, cara menenangkan dan menidurkan bayi ‘infant’ sangat berbeza dengan bayi besar atau ‘toddler’ (kanak-kanak) . Cara paling berkesan untuk tenangkan dan buat bayi ‘infant’ lena ialah bila bersama ibu atau ayahnya : berpeluk, berdukung, berdodoi, bergendong, mengempeng… Ini kerana bayi ‘infant’ telah tidur di dalam badan ibu (dalam rahim) selama 9 bulan kandungan. Maka inilah punca mengapa bayi manusia mudah tenang dan lena bila mendapat sentuhan badan manusia (skin to skin).
Namun BEZA UTAMA rahim dengan ibu (atau ayah) manusia ialah : rahim itu ibarat mesin yang tak perlukan rehat manakala ibu manusia ialah makhluk yang ada batas. Maka, ia menyebabkan pada suatu tahap, ibu manusia tidak mampu lagi nak terus memeluk, berdukung, mengendong dan membenarkan anak mengempeng berjam-jam dalam sehari sedangkan ibu juga perlukan rehat dan membuat urusan hidup yang lain.
Maka, di sinilah ibu bapa boleh beralih kepada sumber bantuan tambahan: bantuan dari manusia lain (ahli keluarga) atau alat. Meminta bantuan tambahan BUKAN petanda ibu lemah dan lembik. Ia petanda ibu cukup KUAT untuk menyedari hakikat dan mengakui bahawa sebagai manusia biasa, adalah normal untuk dia perlukan bantuan tambahan.
Jika ibu tidak boleh mendapatkan bantuan dari ahli keluarga lain, maka alat bantu tenang dan tidur seperti bedung, buaian, sumber bunyian white noise dan puting adalah alternatif terbaik. Mengapa saya sebut ‘alternatif’? :
💚 Bunyi degup jantung ibu, pernafasan dan suara ibu ➡ alternatifnya sebarang bunyi white noise.
💜 Mengempeng ➡ alternatifnya puting tiruan.
Maka, ibu ganti cara tidur bayi ‘infant’ sahaja: daripada bergantung kepada ibu 100 peratus, kepada alat bantuan tambahan bila ibu perlukan. Maksudnya bayi ‘infant’ tetap perlu bergantung kepada ‘sesuatu’ untuk boleh tenang dan lena. ‘Sesuatu’ itu boleh jadi samada : ibu VS alat. Bayi ‘infant’ TIDAK BOLEH tidur tanpa mana-mana salah satu, kecuali jika bayi ‘infant’ itu ialah bayi dari kategori ‘easy going’.
Namun sampai masa, bayi perlu berdikari dan memang boleh tidur berdikari TANPA PERLU LAGI BERGANTUNG KEPADA MANUSIA ATAU ALAT.
Bukankah manusia adalah mamalia tercanggih yang hidup di muka bumi ini? Jadi tiada istilah bayi manusia tidak boleh ‘tidur sendiri’ apabila sampai waktunya. Dia hanya perlu di ajar dan di latih sahaja.
Maka, usia ‘selepas menetas’lah tanda bermulanya bayi manusia sudah secara berperingkat boleh di latih tidur berdikari (sleep training). Iaitu bermula 4 bulan. Adakah sleep training wajib? Oh tidak. Ia pilihan. Namun, jika ibu tak pernah latih, tak mahu latih atau tak tahu latih, maka ibu tak boleh berharap anak akan tahu buat sendiri. Faktanya, bukan semua anak akhirnya akan tahu tidur sendiri. Jadi, jika ibu pilih untuk harapkan nasib baik sahaja, teruskan menanti dan berharap sahajalah yang ibu boleh buat. Untung nasib timbul, tak untung nasib tenggelam. Begitulah..
Apa bukti saintifik usia 4 bulan adalah permulaan usia sesuai ‘sleep training’? Mengapa tak sesuai nak ‘sleep training’ ketika ‘infant’?
☑ Jam biologi tidur – bangun bayi manusia hanya mula berfungsi selepas usia 12 minggu (3 bulan) ke atas. Ini kerana, badan bayi kecil tidak menghasilkan hormon tidurnya sendiri sebelum usia 3 bulan. Inilah sebab tidur bayi kecil caca-marba dan berterabur. Jadi, bagaimana nak sleep training jika hormon tidur tiada atau belum berkesan?
☑ Peningkatan kecekapan hormon tidur di hasilkan badan bayi selepas usia 3 bulan dan kapasiti perut bayi yang semakin membesar membolehkan bayi tidur lebih panjang tanpa perlu kerap bangun menyusu. Maka, ‘kerap lapar’ sudah tak lagi jadi isu gangguan jalan kejayaan sleep training.
☑ Secara perkembangan mental pula, bayi mula masuk dunia peristiwa (world of event) pada usia +/- 19 minggu. Iaitu bayi faham bahawa setiap peristiwa terdiri daripada beberapa episod kejadian pendek yang mengikuti antara satu sama lain. Misalnya bola getah yang melantun itu terdiri daripada episod : bola turun ➡ bola naik ➡ berulang kali ➡ kelajuan menurun ➡ bola akhirnya berhenti. Maka, kerana itulah, selepas usia 4 bulan, bayi sebenarnya telah boleh faham bahawa tidur juga adalah sejenis peristiwa. Maka, ibu ajarkan lah tentang bagaimana peristiwa tidur itu harus bermula, berlaku dan berakhir. Bayi sudah boleh berkerjasama untuk menjayakan peristiwa tidur dan tak lagi perlu harap ibu saja yang tolong ‘buatkan’.
☑ Bayi yang telah lepas usia menetas mempunyai kemahiran menenteramkan diri ( self soothing) yang lebih berbanding bayi infant. Misalnya dah boleh hisap jari untuk tenangkan diri, dah boleh meniarap untuk merasa aman memeluk ‘sesuatu’ dan dah boleh membebel lagu sendiri atau main air liur untuk hiburkan diri.
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE SYDNEY
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.
Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).
Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.
Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.
Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi ‘ditimbus’ dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).
Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.
Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.
Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.
Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut dengan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.
Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tisur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.
Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.