Buat wanita yang sedang mengandung, pengambilan makanan adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan. Jangan ikutkan nafsu dan makan semua benda tanpa kawalan. Anda harus ingat, apabila mengandung anda perlu lebih berdisiplin dan menjaga makan kerana nutrisi yang banyak sangat diperlukan oleh kedua-duanya.
Amalkan pemakanan yang sihat dan paling baik adalah mengamalkan makanan sunnah yang kaya dengan segala kebaikan nutrisinya. Di dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah menyenaraikan jenis makanan yang boleh anda amalkan ketika sedang hamil.
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama : KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.
Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua : BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Ads
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.
Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga : MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.
Kelima : MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.
Ads
Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam : SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Perkongsian ini sangat bermanfaat kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Bagi yang belum bermula, bolehlah mencubanya. Bukan hanya untuk wanita hamil, semua makanan yang ada dalam senarai ini juga elok untuk diamalkan oleh semua orang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila mengandung rasa loya pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Malah setiap ibu hamil, alahan mereka juga berbeza-beza. Ada sesetengah hanya mengalami loya atau alahan yang ringan namun ada juga yang alami loya atau alahan yang teruk dan berpanjangan.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, rasa loya ini biasanya berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana ketika itu terdapat peningkatan pada tahap hormone dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam Rahim mereka.
Tapi keadaan ini biasanya akan semakin berkurangan apabila usia kehamilan semakin meningkat kerana badan sudah lali dengan kehadiran hormone secara perlahan-lahan. Dr. Zubaidi turut memberikan beberapa saranan kepada wanita hamil bagi mengatasi masalah loya yang dialami.
MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH KETIKA HAMIL
Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan.
Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam tubuh wanita hamil yang dikeluarkan oleh uri dalam rahem mereka.
Apabila usia kehamilan semakin membesar, selalunya wanita hamil itu kurang mengalami rasa loya dan muntah kerana mereka telah semakin lali dengan kehadiran hormon itu dan secara perlahan-lahan aras hormon itu semakin rendah selepas tiga bulan pertama. Jarang sangat rasa loya dan muntah ini berlangsung selepas 3 bulan pertama. Jika ia berlaku saya menasihatkan agar menjalani pemeriksaan doktor.
Guna Halia Dan Lemon Kurangkan Rasa Loya
Untuk mengurangkan rasa loya dan muntah selalunya saya mencadangkan agar wanita menggunakan halia dan lemon. Buatlah air dengan kadar perisa halia dan lemon yang agak nipis dan minumlah tanpa menggunakan ais. Rasa loya dan muntah ini tidak dapat dihilangkan, kerana selagi ada kehadiran hormon hCG dalam tubuh.
Namun rasa ini boleh dikurangkan. Malah ia akan berkurangan secara perlahan-lahan apabila kehamilan semakin meningkat usianya. Selain itu saya juga mencadangkan agar wanita yang hamil untuk :
1. Mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit setiap dua jam walaupun anda tidak lapar 2. Elakkan daripada mengambil makanan yang pedas, berlemak dan bergoreng 3. Buka tingkap dan kipas ketika memasak bagi mengurangkan bau yang boleh menyebabkan rasa loya dan muntah 4. Hentikan pengambilan kafein 5. Minum air secukupnya antara 10 hingga 12 cawan sehari 6. Dapatkan rehat yang cukup 7. Kurangkan suplemen yang tidak perlu 8. Kurangkan stress di tempat kerja
Tak Galak Ambil Ubat Tahan Muntah
Saya sendiri tidak menggalakkan penggunaan ubat menahan muntah kecuali jika wanita yang hamil itu tidak tahan menahan rasa loya yang muntah. Walau bagaimanapun ia selamat jika digunakan dengan dos yang kecil secara berhati-hati.
Bagi wanita hamil yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk sehingga tidak mampu untuk makan, selalunya mereka akan dimasukkan ke dalam wad dan akan diberikan rawatan intravena.
Memang penat bila kena alahan dan loya ketika hamil. Ada yang sampai terkulai layu tak boleh bekerja. Suami dan orang sekeliling memang kena faham dan banyak bagi sokongan. agar perjalanan kehamilan setiap wanita lancar.
Proses kehamilan memang sesuatu yang indah namun tak semudah yang di sangka. Begitulah perkongsian daripada pemilik jenama pakaian muslimah terkenal, Leeyana Rahman atau mesra dipanggil Yana Lee.
Usahawan terkenal ini berkongsi cabaran kehamilan dan dalam masa yang sama terpaksa melaksanakan tugas dalam menjalankan perniagaanya walaupun sedang hamil.
“Kesian isteri, mengandung bawak perut kehulu kehilir cari rezeki, berperang dengan morning sickness, tambah pulak sakit sakit tulang belakang, nikmat tidur ditarik and bergelut dengan emosi yang tak menentu.
Yana kini hamil anak kedua menitipkan pesanan kepada lelaki yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi agar lebih menghargai pengorbanan isteri.
“So hargai lah isteri anda”
Dia juga turut berkongsi pengalaman mengalami ‘morning sickness’ selama hampir 2 bulan dan terpaksa berehat di rumah sahaja.
“Alhamdulillah, 2 bulan terperuk di rumah. Akhirnya boleh hirup udara luar”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan pendapat Yana dan memberikan nasihat buat semua agar lebih menghargai pengorbanan isteri dan ibu.
syahiraisyah22 Itu la pergorbanan seorang ibu pahala besar . Sayangi la isteri2 anda 😢
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kaki membengkak dan kontraksi palsu kerap terjadi kepada ibu hamil pad trimester ke-3. Pelakon & pengacara Cik Puan Juliana Evans kongsi pengalaman hadapi trimester mencabar ini.
Sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, Juliana berkongsi tentang apa yang dilalui semasa semester terakhir kehamilannya.
Katanya, trimester kedua keadaan dirinya berada di tahap optimum. Selepas memasuki trimester ketiga, segalanya berubah dan ia mula merasakan kesakitan dan tidak selesa.
“I had such a great journey for my first pregnancy❣️ Felt so great especially on my 2nd trimester. But just when I thought it’s gonna be like that all the way, the minute I entered my 3rd trimester, things changed & I’m hurting everywhere!”
Juliana juga mengalami bengkak pada bahagian kaki menyebabkan kesukaran untuk berjalan. Paling menyakitkan ialah Carpal Tunnel Syndrome iaitu kesakitan berpunca daripada saraf median yang membekalkan rasa kepada tangan dan jari akibat tekanan berpanjangan. Malah dalam situasi pelakon ini, ia lebih menyakitkan dan dikenali sebagai De Quervains Syndrome.
“My feet started swelling up, it’s getting harder to walk, had terrible Carpal Tunnel Syndrome, that now turned into De Quervains Syndrome, which hurts even more.”
Menginjak ke trimester ketiga, kontraksi palsu juga turut dialami Juliana.
“I’m already experiencing the Braxton Hicks contractions, which sometimes hurts as my baby presses my uterus (head is already positioned near the birth canal), the kicks are getting more stronger now, which is amazing ? but sometimes too much that it hurts.”
Walau pun melalui cabaran kehamilan, bakal ibu ini teruja dan tidak sabar untuk menatap anak sulung. Juliana juga meminta mendoakan agar proses kelahiran selamat dan lancar.
“I know these are normal at this stage of pregnancy, just thought of sharing my experience. On the other hand, I have less than 2 weeks till I see my lil bundle of joy! I’m sooooo so so excited ? Please pray for my safe delivery.”
Nahas WCE, isteri sempat minta maaf sebelum meninggal dunia. Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 212.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), arah Selatan di sini hari ini sempat memohon maaf kepada suami sebelum menghembuskan nahas terakhirnya.