External cephalic version atau ringkasannya ECV adalah prosedur yang dilakukan untuk memusingkan bayi daripada kedudukan songsang atau melintang kepada kedudukan cephalic atau dikenali sebagai kedudukan kepala bayi di bawah.

Bayi Songsang Boleh Dilahirkan Secara Normal! Doktor Ini Terangkan Proses ECV Boleh MembantuTujuan ECV dilakukan adalah untuk mengurangkan insiden kelahiran bayi songsang atau melintang.

Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Columbia Asia Medical Centre, Seremban 2, Negeri Sembilan, bayi yang songsang biasanya dilahirkan melalui pembedahan caesarean. Bagi ibu-ibu yang mahu melahirkan bayi songsang melalui faraj, bayi mungkin mengalami masalah ‘terlekat’ dan sukar untuk mengeluarkan kepala daripada salur faraj ibunya.

Keadaan ini boleh mengakibatkan kekurangan oksigen ke otak bayi atau dia berisiko meninggal dunia. Doktor dan jururawat terlatih akan mengendalikan prosedur ECV ini di hospital-hospital yang mempunyai kelengkapan bagi:

• Memantau keselamatan ibu yang inginkan ECV.

Ads

• Memastikan bayi selamat semasa dan selepas ECV dilakukan.

• Mempunyai perkhidmatan dan alatan yang cukup jika apa-apa kesulitan timbul sewaktu dan setelah ECV dilakukan.

Adakah ECV dibuktikan berjaya menukar kedudukan bayi? Jawapannya, terpulang kepada kumpulan kakitangan yang terlibat.

Ads

Peratus kejayaan dilaporkan setinggi 80%. Jika ECV berjaya dilakukan, 5% daripada bayi ini boleh pusing semula ke posisi songsang. Jika ECV tidak berjaya, si ibu perlu berbincang dengan doktor sama ingin mencuba ECV sekali lagi ataupun melahirkan anak melalui pembedahan caesarean jika si anak masih berada dalam keadaan songsang pada minggu yang ke-37.

Waktu yang disarankan melakukan ECV adalah pada 36 minggu. Jika sudah mempunyai anak sebelum ini, prosedur ECV ini boleh juga dilakukan ketika kehamilan minggu yang ke-37.

Bayi Songsang Boleh Dilahirkan Secara Normal! Doktor Ini Terangkan Proses ECV Boleh MembantuRamai yang khuatir dan bertanya adakah proses ECV selamat. Jawapannya ya! Kebanyakan ECV tidak menyebabkan komplikasi tetapi si ibu hanya boleh melakukan ECV setelah berbincang dengan doktor dan diterangkan tentang risiko-risiko yang berkaitan dengannya.

Ads

Tiga komplikasi yang pernah dilaporkan adalah abruptio placenta (uri lekang daripada dinding rahim), uterine rupture (rahim pecah/luka) dan fetomaternal bleeding (masalah pendarahan ketika hamil).

Dalam pada itu, tidak semua wanita sesuai untuk menjalani prosedur ECV. Wanita-wanita ini tidak dibenarkan melalui prosedur ECV:

  • Pernah mengalami pendarahan ketika hamil.
  • Sudah dikenal pasti memerlukan pembedahan LSCS dari awal lagi.
  • Bayi yang mempunyai corak CTG yang tidak normal sebelum ECV.
  • Bayi kembar.
  • Masalah kehamilan yang sudah pecah air ketuban.
  • Mempunyai bentuk rahim bicornuate dan sebagainya.

Oleh itu jika ibu ingin melakukan ECV, prosedur ini mestilah dilakukan di dalam hospital yang boleh memantau ibu dan anak dalam kandungan. Hospital itu juga mestilah mempunyai kemudahan untuk pembedahan jika ia diperlukan dengan segera

Bayi Songsang Boleh Dilahirkan Secara Normal! Doktor Ini Terangkan Proses ECV Boleh Membantu

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI