Bayi dalam kandungan songsang atau breech memang boleh menimbulkan keresahan di kalangan ibu. Paling banyak yang difikirkan ialah kaedah bersalin, normal atau caesarean.
Menurut Dr Norleen Salleh, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, DEMC Shah Alam bayi akan berada dalam posisi songsang dalam tempoh tertentu dan akan kembali ke kedudukan kepala ke bawah menjelang minggu ke-36. Tetapi bagi kes bayi songsang, posisinya tidak berubah.
Lazimnya doktor akan mendiagnosis kandungan berada dalam keadaan songsang apabila menjelang minggu ke-36 melalui ujian imbasan. Pengesahan pada waktu ini agak membimbangkan kerana bayi semakin membesar dan agak sukar untuk bergerak dan mengubah kedudukan kepalanya ke bawah.
Terdapat tiga keadaan songsang yang biasa dihadapi oleh ibu hamil.
1.Complete breech
Keadaan songsang di mana punggung bayi menghadap bahagian bawah uterus manakala kakinya dalam keadaan terlipat di bawah punggungnya.
2.Extended breech
Punggung bayi seperti duduk di dalam saluran kelahiran (birth canal) dengan kakinya berlunjur ke depan.
Ads
3.Footling breech
Keadaan songsang ini membabitkan sebelah atau kedua-dua kaki bayi terletak di bahagian bawah seperti dalam keadaan berdiri.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERJADINYA KANDUNGAN SONGSANG
Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kandungan songsang. Ia sering terjadi disebabkan oleh;
Kedudukan uri di bawah (placenta previa).
Tali pusat pendek
Bayi mempunyai kecacatan.
Air ketuban terlalu banyak atau sedikit.
Ketumbuhan dalam pelvis seperti cyst, fibroid di dalam rahim ibu.
Bentuk uterus yang tidak normal atau keradangan seperti endometriosis.
Kontraksi pramatang yang menyebabkan kelahiran berlaku pada waktu itu.
PROSEDUR UBAH KEDUDUKAN BAYI SONGSANG
Ads
Kedudukan bayi yang songsang boleh diubah dengan cara tertentu bergantung pada keadaan ibu, bayi, tali pusat dan uri. Prosedur External Cephalic Version (ECV) iaitu proses memusingkan kepala bayi ke bawah boleh dilakukan pada minggu ke-32 hingga 36 di hospital oleh doktor pakar yang mahir dengan menggunakan bantuan pengimbas ultra bunyi untuk melihat kedudukan uri, tali pusat dan anggota badan bayi.
Alat untuk mengukur degupan jantung bayi turut digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan bayi. Ramai yang mengatakan prosedur ini menyakitkan dan ia mempunyai risiko yang tertentu. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mencetuskan kontraksi dan menyebabkan kelahiran. Urutan tradisional dilarang sama sekali kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kepada uterus, putus tali pusat, uri lekang, tumpah darah, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Ibu juga boleh berusaha dengan mengamalkan kedudukan bersujud (kedudukan melutut dan kepala direndahkan). Tarikan graviti boleh membantu menggerakkan kepala bayi ke bawah. Kedua-dua cara iaitu prosedur ECV dan bersujud boleh dilakukan namun peratusan berjaya adalah rendah sekiranya tali pusat bayi pendek atau berbelit.
BOLEHKAH DILAHIRKAN SECARA NORMAL?
Tidak semua kandungan songsang boleh dilahirkan melalui cara normal. Pembedahan Caesarean adalah alternatif utama. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja kelahiran normal melalui serviks yang dibolehkan oleh para pakar perbidanan.
Ads
Bukan bayi pertama dan mempunyai pengalaman melahirkan secara normal.
Rahim ibu tidak mempunyai parut pembedahan (scar).
Saiz bayi kurang daripada 3.5kg.
Ukuran pelvis ibu.
Tidak melebihi tarikh jangkaan bersalin.
Bayi dalam keadaan sihat.
Dipersetujui ibu dan suaminya.
Perlu difahami bahawa kelahiran bayi songsang dengan kaedah normal mempunyai risiko komplikasi tali pusat (cord accident) seperti cord prolapse iaitu tali pusat yang terkeluar terlebih dahulu sebelum bayi. Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan tali pusat tidak berfungsi dengan baik dan bayi berkemungkinan tidak mendapat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian. Tali pusat juga boleh menjerut leher bayi dan boleh menyebabkan bayi lemas. Risiko tali pusat berpintal juga perlu diambil kira.
Selain itu, kedudukan kepala bayi di atas juga boleh menyebabkan ia tersangkut di saluran servis. Hal ini kerana bahagian kepala adalah yang paling besar boleh menyebabkan asphyxia (lemas) yang boleh menyebabkan kecacatan otak dan kematian.
Menurut Dr Norleen, doktor yang merawat akan memberikan kaunseling pasangan terbabit tentang cara terbaik yang boleh dilakukan berdasarkan keadaan dan situasi semasa. Alternatif melahirkan terbaik bagi kehamilan songsang ialah pembedahan caesarean. Pembedahan ini akan dicadangkan apabila kehamilan mencecah usia minggu ke-37 di mana bayi telah matang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan, pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti.
Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya di klinik swasta.
“Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital swasta mana untuk bersalin annti, saya tak pilih lagi sebab takut,” kata Elfira yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
TAK AKAN ADA MAJLIS UMUMKAN JANTINA BAYI
Pelakon ini juga turut memberitahu belum ada sebarang persediaan dilakukan. “Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan,” kata Elfira.
Dalam teruja menyambut orang baru dalam keluarga, Elfira masih mahu mengekalkan kesederhanaan. Katanya bersederhana itu lebih baik.
“Buat masa ini kami belum membeli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tidak akan ada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan,” terang Elfira tentang debaran menyambut anak sulung.
Aktres ini turut menyatakan yang dia mengidamkan anak perempuan manakala suaminya pula mengidamkan anak lelaki.
Selain itu, ibu hamil ini teruja untuk menyandang tugas sebagai seorang ibu.
“Orang kata macam-macam bila ada anak nanti. Namun saya tak bimbangkan sangat bab itu. Saya lebih teruja sebab pengalaman itu yang buat kita rasa lebih seronok,” kata El.
KALAU BOLEH MAHU BERSALIN NORMAL
Menjadi ibu kali pertama dan pelakon ini turut berkongsi ada rasa gerun apabila memikirkan situasi kelahiran yang bakal dihadapi nanti.
“Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh.
“Akan tetapi, ada yang kata ada cara untuk kurangkan kesakitan waktu bersalin, itu yang buat saya lebih berdebar. Tak boleh nak bayangkan,” kata Elfira.
Baby bump itu AURAT! Memandangkan ramai yang belum tahu, atau terlepas pandang tentang ini, harap perkongsian ini membantu kita semua.
Para lelaki wajib tahu kerana kalian merupakan seorang anak, abang atau adik dan akan menjadi seorang suami, ayah yang bakal mendidik, menyampaikan perkara haq, sekaligus menjaga maruah kaum wanita seperti ibu, adik beradik, isteri dan lain-lain.
Wanita, lagilah wajib tahu. Menunjukkan bentuk baby bump di khalayak ramai atau public adalah sesuatu yang dilarang oleh kerana baby bump seorang wanita itu aurat.
Cuba kita fikir dengan teliti, perut adalah anggota yang personal, tidak layak dinikmati oleh sesiapa kecuali sang suami.
Ada lelaki yang suka tengok wanita mengandung dan sangat menikmati baby bump seorang wanita. Oleh itu sentiasa berhati-hati tentang gambar yang kita post ke media sosial.
InsyaAllah maruah terjaga dan tidak diratah oleh mata-mata yang memerhati. Wahai suami-suami, doa dan usaha banyak-banyak agar kita sebolehnya tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Jika benar sayang isteri, tidak seharusnya kalian pamer maruah isteri yang kalian cintai.
Jom biasakan apa yang betul. Jom jaga maruah seorang wanita. Islam begitu menjaga wanita dan mengangkat darjat wanita layaknya seorang ratu. Jom cintai diri.
Walaupun ramai yang lakukan perkara ini, jangan hanyut dan terbuai emosi ya. Surround yourself dengan lingkungan yang mentaati Allah, insyaAllah dapat kuatkan semangat dan membantu dalam istiqamah !
We dont need to do it for the gram even if everyone else is doing it, cause our main purpose in this dunya is to obey Allah SWT.
Kredit: Dayanaamerda
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika dulu ramai dari kita yang memilih untuk pulang ke kampung berpantang, namun kini ramai yang memilih untuk berpantang sendiri.
Alasan anak bersekolah ditambah dengan sokongan suami, ramai suri rumah lebih selesa pantang di rumah sendiri.
Pantang sendiri tidak salah asalkan soal pemakanan dan kesihatan diri dijaga dengan baik dan tidak diabaikan.
Pantang orang dulu-dulu, mungkin berbeza dengan ibu sekarang berpantang. Jika dulu, minum air kena catu, makan hanya ikan bakar, ikan kering dan diletakkan lada hitam je. Bagaimanapun, mengikut saranan doktor, pemakanan ibu perlu ikut Piramid Makanan.
Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, idea lauk berpantang frozen yang dikongsikan oleh Khalidah Alhusna Kamilen mungkin boleh membantu. Suami pun boleh tolong panaskan.
Makanan pantang frozen style. Untuk mudahkan kerja suami yang akan bantu uruskan kerja rumah & anak-anak bila mummy berpantang. Kisahnya terjadi, sebab tiba-tiba orang yang kita nak order makanan pantang tu tak jadi ambil order last minute.
Nak tak nak, walaupun tunggu hari, heret juga perut ke dapur. Boleh lah lauk untuk 34 hari. Syukur. Alhamdulillah siaplah serba sedikit menu untuk pantang.
Dari sudut positifnya, alhamdulillah kita tahu sumber makanan yang kita masak tu sedap kena citarasa lah gitu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.