Apabila bayi suka menyusu melalui botol dan enggan menyusu dari payudara ? Pakar laktasi syorkan mama cuba 3 cara ini untuk mengatasinya.
Ada sesetengah bayi enggan untuk menyusu terus pada payudara selepas diperkenalkan botol susu. Hinggakan ibu bermacam-macam cara telah dilakukan tetapi gagal. Maka, bagi memastikan bayi mendapat kebaikan susu ibu walau pun tanpa menyusu terus daripada payudara, ibu perlu memerah dan menyusukannya menerusi botol kerana tiada cara lain untuk bayi boleh menerima susu ibu. Hal ini meletihkan si ibu dan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu menjadi semakin berkurangan.
Menurut Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi & IBCLC SusuIbu.Com, permasalahan bayi menolak menyusu terus dari payudara adalah sesuatu yang agak biasa kita dengar terutama jika bayi sudah diperkenalkan dengan botol. Namun ia boleh dipujuk untuk kembali ke payu dara dengan mengamalkan teknik tertentu.
Ini kerana teknik penyusuan menggunakan botol amat berbeza jika dibandingkan dengan teknik penyusuan ibu secara terus. Jika bayi mula diperkenalkan penggunaan botol dan puting tiruan sejak dari kecil lagi, dikhuatiri bayi akan mengalami keadaan keliru puting dan juga masalah dalam penyusuan (suck confusion).
MENGGUNAKAN CAWAN
Untuk mengelakkan bayi daripada mengalami keliru puting dan juga suck confusion, penggunaan alternatif lain adalah amat digalakkan. Sebagai contoh, cawan kecil yang mana ianya bukan sahaja mudah untuk melakukannya malah amat mudah dibersihkan. Sekiranya anda tidak pasti cara melakukannya, dapatkan nasihat daripada kaunselor atau pakar laktasi. Pelajarilah pelbagai teknik ini daripada awal lagi supaya anda tidak panik kelak!
PACED BOTTLE FEEDING
Hakikatnya kebanyakan ibu masa kini bekerja dan perlu meninggalkan anak sama ada di rumah sendiri, pengasuh ataupun taska. Penggunaan botol diakui lebih mudah, menjimatkan masa dan paling sangat praktikal. Kaedah paced bottle feeding dapat membantu untuk mengurangkan kekeliruan pada bayi apabila menyusu dari botol.
PUJUK BAYI KEMBALI MENYUSU PADA PAYUDARA IBU
Amalan penyusuan secara exclusive pumping ini pasti mencabar dan memenatkan anda. Ini kerana apa yang perlu anda lalui menuntut banyak masa dan usaha di mana anda perlu kerap memerah menggunakan pam bagi merangsang dan mengekalkan bekalan susu ibu menerusi sesi pengepaman itu semata-mata.
Ini kerana pam payu dara tidak begitu efektif dalam merangsang pengaliran dan mengeluarkan susu daripada payu daraberbanding bayi yang melakukannya.
TIP MAKSIMUMKAN PENGHASILAN SUSU
Anda juga mungkin mengalami turun naik dalam penghasilan susu dan/atau mengalami kesukaran dalam membina dan mengekalkan bekalan seperti ibu yang lain. Ketahuilah! Bekalan susu anda ditentukan oleh amaun susu yang dapat dikeluarkan daripada payu dara.
Untuk memaksimumkan hasil susu perahan, kajian menunjukkan penggunaan pam payudara berganda (jenis double) yang berkualiti, pengepaman secara kerap sekurang-kurangnya enam hingga lapan kali sehari dan urutan payu dara dapat membantu meningkatkan output susu anda.