Bayi Suka Sembur Makanan Bukan Sebab Tak Sedap, Tapi Dia Latih Kendalian Mulutnya Untuk Bercakap

Share

Anak saya perempuan, umur 9 bulan dan dia suka sangat sembur bila makan.
Dan bila sembur, dia akan senyum. Sebelum ni saya cuba nak tahu sebab dia sembur. So bila dia sembur, saya akan bagi air. Mungkin dia dahaga. Tapi lepas bagi air, dia sembur juga.

Nak kata dia kenyang, dia akan buka mulut untuk suapan seterusnya. Saya cuba avoid saying NO risau terlalu kerap sebut. Saya cuba ignore tapi dia tetap sembur. Kalau bukan waktu makan, dia akan sembur air liur. Boleh Ibu kongsikan cara untuk saya deal dengan situasi ni?

Jawapan Ibu Rose

Dia sembur sebab dia mula nak cuba kendalian dia terhadap mulutnya. Ini akan membantu dia untuk cepat bercakap. Tak mengapa biarkan sahaja dia melakukannya. Ini cuma fasa dalam pembesaran anak kecil. Tiada kena mengena dengan akhlak. Cuma anda perlu bijak untuk tidak letak makanan yang dihidangkan untuk orang lain dekat dgnnya supaya tidaklah semburan itu termasuk ke hidangan.

Sumber: Ibu Rose

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa