Tangisan bayi di tengah malam bukanlah suatu perkara asing buat ibu bapa baharu. Jika bayi terjaga di tengah malam, bukan ibu bapa sahaja yang akan merasa kesannya (tidak cukup tidur).
Bahkan juga, si manja turut merasai kesan akibat tidak mendapat tidur yang lena. Hal ini kerana, bayi yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengganggu proses tumbesaran mereka. Bagi membantu si manja mendapatkan tidur yang lena pada malam hari, cuba ikuti panduan di bawah:
Cukup makan
Sebelum tidur, pastikan bayi sudah diberikan susu yang mencukupi bagi mengelakkan dia terjaga di tengah malam untuk menyusu.
Bersihkan badan
Sebelum tidur, lap badan bayi menggunakan tuala yang direndam dengan air suam.
IKLAN
Urutan
Selepas membersihkan badan bayi, lakukan urutan lembut pada tubuh badan bayi termasuk tangan dan kaki. Penggunaan minyak bayi ataupun losen boleh membantu proses urutan dan harumannya boleh merangsang si manja mendapatkan tidur yang lena.
Persekitaran
Jika ingin menidurkan bayi, pastikan pencahayaan dalam bilik tidur suram.
Lullaby
Anda boleh memasang alunan muzik lullaby ataupun zikir yang sesuai bagi merangsang mood tidur si manja.
IKLAN
Pakaian
Tahukah anda bahawa faktor pakaian semasa tidur juga boleh membuatkan si manja terjaga daripada tidur. Jadi, pastikan anda memakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan selesa biarpun semasa dia sedang tidur. Anda boleh juga membalutkan tubuh bayi dengan selimut nipis untuk menghangatkan tubuhnya semasa tidur.
Rutin tidur
Ajar si manja tidur pada satu-satu waktu. Contohnya, terus bawa si manja tidur pada setiap jam 9 malam pada setiap hari. Dengan cara ini, bayi anda akan mengulangi waktu tidur yang sama setiap hari.
IKLAN
Beza siang dan malam
Bayi memang akan tidur tidak kira siang ataupun malam. Namun, anda perlu ajar bayi membezakan tidur siang dan malam mereka dengan cara membiarkan bayi tidur di bakul bayi pada waktu siang dan tidur di katil bayi ataupun bersama anda pada waktu malam.
Jika bayi anda terjaga pada waktu malam, tepuklah punggung atau pahanya dengan lembut bagi merangsangnya untuk terus tidur. Sekiranya si manja menangis, periksa sama ada berlaku kebocoran lampin. Anda juga boleh mendukung bayi anda seketika sambil mendodoinya dengan suara yang perlahan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal anak jika Allah nak bagi tak cepat atau tak lambat. Jika sampai waktunya itulah yang terbaik untuk pasangan suami isteri itu. Biasalah bila dah berumah tangga soalan cepumas dari orang luar mesti tanya “dah ada isi ke”?
Siapa kita nak menentukan semua itu. Jika dapat cepat alhamdulillah. Tapi jika Allah bagi lambat sikit pun bersyukurlah. Usaha dan sentiasa berdoa insya-Allah akan dipermudahkan urusan itu nanti.
Menerusi perkongsian instafamous popular Beby Toratora atau nama penuhnya Atierah Zulfatie yang berkahwin sejak 6 bulan lalu, “soalan dah ada ke” itu antara paling popular dan sering kali di tanya ramai.
Baru aku faham perasaan sesetengah perempuan bila orang tanya “dah mengandung ka, belom ada lagi ka and bila nak ada ni” ..macamtu la bila aku jumpa sesiapa ..soalan first keluar dari mulut depa mesti pasal anak.
Kadang bila aku demam atau laki aku demam mesti orang kata ada dah la tu ..hehe aku senyum ja la mampu and cakap tak ada rezeki lagi 😅btw aku tak planning ..bagi aku kalau ada rezeki tu, ada la ..ada kawan aku pernah bagitau aku, dia pernah planning tak mau anak 4 tahun tapi Allah bagi dia 11 tahun tanpa zuriat sebab itu yang diminta.
Jadi ada ka takda kita kena terima rezeki dari Allah. Ramai lagi yang tunggu rezeki zuriat. Bukan kita jaa malah ada yang lebih lama tapi tira tak kisah pun orang tanya itu ini. Bagi tira kita kena fikir positif ..depa tak ada soalan nak tanya sebab tu first jumpa kita depa tanya soalan mcmtu 😀just think positif.
Kepada yang masih menunggu rezeki anak, don’t worry okey ..Allah bagi cpat atau lambt..kita kena trus usaha dn doa ❤️ hehe sronok tengok orang yang dapat main dengan anak-anak. Buat masa sekarang, tira main dengan adik-adik jelah. Allah pasti bagi satu hari nanti. Enjoy your honeymoon with your husband nanti ada anak kena fokus anak dan suami pula. hehehee
Percayalah jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, ingatlah bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak. Allah akan bagi bila kita dah bersedia. Insya-Allah hanya masa yang akan menentukan segalanya.
Sumber: ig beby_toratora
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas melahirkan, setiap ibu pasti ingin menyusukan sendiri bayi dengan susu ibu yang kita sedia maklum akan khasiat yang terkandung di dalamnya. Namun ada sesetengah perkara yang membuatkan ibu rasa cepat putus asa dan akhirnya memberikan bayi dengan susu formula.
Perkongsian oleh Dato’ Dr. Suriyakhatun untuk ibu-ibu baru yang akan menyusukan anak dengan susu ibu boleh dijadikan panduan. Menurutnya bakal ibu perlu mendapatkan ilmu penyusuan supaya tahu betapa pentingnya menyusukan bayi dengan susu ibu. Tambahnya juga jika perlu ibu-ibu boleh berjumpa dengan pakar laktasi jika mengalami masalah berkaitan penyusuan.
Ikuti perkongsian beliau:
Saya harap bakal ibu semua akan dapatkan ilmu menyusukan anak dengan susu badan.
Selepas bersalin memang susu yang keluar sedikit dan pekat. Anak baru lahir perlukan susu ini. Susu awal ibu ada kolostrum yang anat penting untuk imun bayi. Janganlah disebabkan tak faham perkara ini ibu berikan anak susu formula dalam botol. Langkah ini mungkin akan gagalkan penyusan seterusnya di samping memberi anak susu yang serba kurang berbanding susu ibu.
Bila anak di biasakan dengan botol dan puting getah yang mudah di hisap berbanding susu badan yang memerlukan tenaga hisap ysng lebih kuat, anak akan tolak susu badan selepas itu. Ibu yang tidak ada pengalaman akan cepat mengaku kalah dan beri susu botol seterusnya.
Sebenarnya anak perlukan aktiviti menyusu dari ibu sebab usaha menghisap susu ibu latihkan lidah dan ototnya untuk bercakap kelak. Otot muka juga terbina dengan baik dan bentuk muka anak susu badan lebih sempurna.
Susu badan adalah susu hidup yang ada prebiotik probiotik enzim hormon dan antibodi yang melindungi anak. Susu formula tidak ada semua ini.
Susu badan memang kelihatan cair berbanding susu formula namun ini yang anak perlukan. Jika ibu makan seimbang emosi stabil cukup rehat dan buang ait besar lawas tidak ada sebab susunya kurang khasiat.
Berjumpa dengan kaunselor laktasi jika ada masalah penyusuan. Jangan cepat give up.
Selepas bersalin, kebanyakan ibu akan mula memikirkan cara terbaik untuk merancang kehamilan seterusnya. Ini bagi memastikan kesihatan ibu, emosi dan fizikal berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Lagipun, dalam keadaan sekarang ini, semua faktor perlu diambil kira. Kos untuk membesarkan anak zaman sekarang tak sama seperti zaman ibu ayah kita dulu-dulu. Jadi semua itu perlu diambil kira. Bagaimanapun, dalam tempoh merancang itu, Allah tetap berikan rezeki, ini semua kuasa-Nya.
Menyentuh mengenai perancang apa yang sesuai, setiap ibu situasinya berbeza. Ada yang serasi dengan pil perancang, ada yang mengambil suntikan, memakai IUCD atau implan mengikut penerimaan tubuh masing-masing.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Puan Nor Zafira Abd Rahim, ibu kepada lima cahaya mata, pengalamannya mengambil perancang selepas melahirkan anak kelima benar-benar buatkannya trauma. Sebelum ini anak pertama hingga nombor empat merancang sendiri.
Sepanjang tempoh menggunakan implan selama 1 tahun 10 bulan, (mula pakai 30 Disember 2019 dan sepatutnya dibuka 30 Disember 2022) berat badannya naik mendadak dari 47 kilogram ke 62 kilogram dan turut mengalami pendarahan dalam jangka masa yang lama. Disebabkan itu, ambil keputusan untuk membukanya dan tak sangka kejadian ini pula berlaku.
12 Oct 2021 4.30pm..
Masuk-masuk bilik doc.. Doc check xray.. And buat ultrasound. Lepas tu doc yakin boleh keluarkan. Siap sebelum prosedur tu doc baca doa dan ambil semangat. Dia explain dan buat ultrasound. Jadi dah tahu sedalam mana dan kedudukannya kat mana.
Ok kita start doc cakap. Tapi dia bagitahu nak cocok bius ni sakit.. Expectation aku sakit dia macam semalam. Dia pun cocok. Terus menjerit. Menangis wei sakit. Dia cakap memang sakit sangat sebab bius tu dia cocok dalam.
Sampai ke lemak camtu lebih kurang. Sebab dia nak potong dalam dan cungkil dalam…fuhh.. Memang menangis sungguh-sungguh. Lepas bius tu dah masuk, ok dah tak rasa..
Dia pun mulakan proses. Potong, cungkil, potong sikit lagi, cungkil. Lebih setengah jam tak dapat-dapat. Aku dah start seram sejuk. Kejap-kejap tanya “dah dapat ke doc”
Doktor cakap “saya nampak tapi saya tak boleh nak ambil sebab dalam dan dia ‘lari-lari’ (bergerak). Tak dapat position yang tepat. Bila saya tekan dia lagi ke dalam”
Doc dah nampak mula give up. Bleeding pun non stop. Kejap-kejap dia kena stop kan darah. Tapi dia nak cuba lagi sebab. Tapi doktor cakap dia memang tak akan potong lagi. Memang dia tak sanggup nak potong lagi.
Cukup saiz ni kalau dapat, dapatlah. Kalau tak dapat dia surrender. Sekali tu dia dapat tapi macam confius. Sebab nampk warna lain. Cuba untuk tarik. Tarik tak boleh. Aku dah start rasa sakit. Means bius dah nak habis. Cepat-cepat doc cocok bius lagi. Fuhh.. Sakit lagi wei.
Lepastu sambung tarik, tak boleh tarik. Implano tu dah melekat dengan daging. Memang liat nak tarik. Memang ngeri juga la bagi aku. Doc goyangkan sambil selawat-selawat. Sampai boleh keluar. Alhamdulillah, dapat keluarkan. Aku syukur, doc pun memang syukur habis… Tapi nak sambung jahit. Ada dua lubang. Tapi doc jahit satu tempat je. Satu lagi tu tak ada bius. Aku pun tak sanggup nak cocok bius lagi. So biarkannya elok sendiri.
Berkali-kali doc cakap. Besarkan pengorbanan ibu ni. Last-last doc nak tinggalkan aku nak pergi solat pun dia cakap, besar betul pengorbanan ibu. Ni pengalaman saya paling tak lup. Total proses lebih kurang 1 jam setengah.
Tak pasal-pasal ada dua jahitan kat tangan. Sabtu ni sambung untuk buka jahitan. Memang pengalaman ngeri sangat. Semua aku dah rasa time anak last. IUCD, depo, pil, implano.
Tapi semua tak sesuai. Ye la lain badan lain penerimaannya. Ada yang ok ada yang tak ok. Total berat naik dari 47kg sekarang 62kg selepas guna implano.
Sekarang saya surrender dengan semua jenis perancang. Fokus utama misi nak pantang 44 hari macam bersalin dan misi turun kan berat balik.
*Untuk yang tanya kenapa tak buat kat hospital, sebab hospital kena daycare atau admitted. Dan untuk appointment nak buka kat hospital makan masa yang sangat-sangat lama.
Jadi memang minta pakar yang datang buat kat klinik. Saya dah pergi 2 klinik kerajaan. Both tu tak boleh nak buka, sebab cari tak jumpa kerana dah beralih kedudukannya. Semalam klinik ni pun dah cuba, tapi gagal keluarkan. So ni panggil pakar radiologist yang buat kan..
P/S: Mungkin setiap orang tak sama. Ada yang serasi dan ada tak serasi. Jika ada yang nak rancang sendiri, kita raikan. Sekiranya ibu itu selesa ambil perancang dan tak beri kesan apa-apa, alhamdulillah itu pun satu rezeki.
**Mahu dapatkan keperluan set berpantang ibu pada harga yang jimat, klik sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!