Bayi Tak Minum Susu Dalam Botol, Buat Teknik Ini. Hati Mama Kena Kental

Share

Setiap bayi ragamnya lain-lain. Ada yang tak kisah bila diberi susu melalui botol dan ada juga yang  sangat memilih dan tidak mahu menyusu jika bukan secara‘direct’.

Nak atau tak, ibu tiada pilihan kerana bayi akan ditinggalkan kepada pengasuh atau penjaga bila dah mula kerja.

Biasanya selepas sebulan berpantang, ibu yang bekerja akan mula memperkenalkan botol susu kepada bayi untuk mengelakkan bayi keliru puting.

Susu ibu akan dimasukkan ke dalam botol secara berperingkat. Namun yang merisaukan ada bayi yang langsung tak mahu hisap melalui botol.

Jangan panik! Anda boleh cuba beberapa teknik yang diajar oleh Kaunselor Laktasi, Nad Masrom yang turut dipraktikkan pada anaknya.

Ramai yang tanya macam mana saya ajar Fatimah minum EBM guna botol susu.

Pengalaman kali ni sedikit berbeza dengan Khadijah dulu. Untuk Fatimah, saya tak sempat nak train dulu sebelum tinggalkan dia. So tak ada istilah ‘try & error’ kali ni mencari puting yang sesuai dan sebagainya.

Hanya berbekalkan ilmu yang ada dan pengalaman penyusuan sebelum ni, alhamdulillah pengalaman pertama Fatimah minum EBM dengan menggunakan botol dipermudahkan.

Kali ni saya tak nak ambil risiko dengan cuba beri Fatimah puting wide neck. Masa Khadijah dulu, puas bertukar beberapa brand puting wide neck sebab dalam sangkaan saya, mestilah puting wide neck terbaik kerana menyerupai bentuk payudara ibu.

Tapi sudahnya, 3-4 jenis puting wide neck bertukar dan akhirnya Khadijah serasi dengan puting Pigeon sahaja.

Rupanya, bukanlah masalah puting wide neck tu yang jadi punca utama, tapi sebab cara Khadijah nak ‘latch’ dengan puting tu yang tak serasi seperti dia latch dengan puting breast.

Bila pakai wide neck, Khadijah cuma dapat hujung puting sahaja dan susah untuk dia suck dengan betul. Mujurlah puting Pigeon jenis peristaltic, mudah untuk Khadijah ‘latch’. Syukurnya saya cuma try & error jenis puting berbeza, bukan botol yang pelbagai brand.

Untuk Fatimah pula, saya terus gunakan puting standard neck. Dan alhamdulillah, untuk pertama kali Fatimah minum melalui botol susu, Fatimah dapat melekap dengan sangat baik seperti lekapan pada puting sebenar (rujuk gambar).

Dan tentu-tentulah yang mengajar Fatimah menggunakan botol bukan saya tapi suami saya. Sebab kebiasaannya bayi akan mudah menolak bila si ibu yang berikan EBM melalui botol kerana boleh mengenal bau ‘susu’ dari ibunya sendiri.

Dan suami juga berikan susu kepada Fatimah sikit demi sedikit menggunakan teknik pace feeding.

Fatimah minum sedikit tetapi kerap. Untuk setiap feeding, Fatimah hanya minum 1.5 oz sehingga 2 oz maksimum untuk sejam sekali.

Itulah yang terbaik dalam pemberian EBM kepada bayi kerana jika bayi memerlukan lebih banyak susu untuk keperluan kalorinya, bayi akan minum kerap dan bukan sekali banyak.

Sepanjang 5 jam saya tinggalkan Fatimah untuk kali pertama, Fatimah hanya minum 4 x 2oz. Fatimah masih kerap menyusu seperti kebiasaan dengan saya hampir 1 jam sekali.

Dan dengan kuantiti per feeding yang tidak begitu banyak, saya hanya mengepam 2x sahaja untuk bekalkan jumlah 8oz itu.

Paling penting, penggunaan puting disarankan selepas bayi berusia 4 minggu kerana peratusan bayi untuk alami masalah keliru puting adalah tinggi jika diperkenalkan terlalu awal.

Sumber: Nad Masrom

Published by
Wan Amy