Ada ibu mengadu bayinya tak nak makan bubur nasi. Risau ibu bila anak tak selera makan. Bimbang anak tak dapat khasiat jadi macam mana nak membesar dengan sihat.

Sebenarnya dalam bab penyediaan makanan untuk bayi dan anak kecil, ibu kena jadi kreatif. Tak semestinya kalau anak tak selera makan bubur nasi maka bermakna ibu boleh label anak sebagai anak tak suka makan.

Apa kata tukar menu bubur tu kepada alternatif lain yang boleh membekalkan khasiat karbohidrat yang sama macam pasta, mee, barli dan sebagainya. Kalau tak ada idea, ibu kreatif ini Nowra Alias ada berkongsi pelbagai resepi menu yang dibuat khas untuk anak tersayang. Cubalah mana tahu anak anda pun suka juga.

Macaroni Cheese Versi Baby

Bahan-bahan:
Macaroni
Carrot
Ayam
Bone Broth
Unsalted Butter
Cream Cheese
Bawang Holland
Bawang Putih

Cara memasak:
1. Panaskan air & masukkan unsalted butter.
2. Rebus macaroni sehingga lembut di dalam air. Bila dah masak toskan.
3. Tumis bawang holland & bawang putih menggunakan unsalted butter.
4. Dah naik bau masukkan bone broth & ayam.
5. Masukkan carrot bila nampak ayam dah berwarna keputihan.
6. Masukkan macaroni & cheese.
7. Kacau sebati dan kisar semuanya sehingga halus.

IKLAN

Mee Suah

Bahan-bahan:
Ayam
Brokoli
Carrot
Chicken Bone Broth
Bawang putih
Bawang holland

Cara memasak:
1. Rebus mee suah sehingga lembut. Bila dah masak toskan.
2. Tumis bawang holland & bawang putih menggunakan olive oil.
3. Dah naik bau masukkan bone broth & ayam.
4. Masukkan brokoli bila nampak ayam dah berwarna keputihan.
5. Masukkan mee suah.
6. Kacau sebati. Kisar semuanya sehingga halus.

IKLAN

Sup Baby Pasta Stars

Bahan-bahan:
Baby pasta stars
Ayam
Carrot
Bawang holland
Bawang putih
Serbuk bilis

Cara memasak:
1. Rebus baby pasta stars sehingga lembut. Bila dah masak toskan.
2. Tumis bawang holland & bawang putih menggunakan olive oil.
3. Dah naik bau masukkan ayam.
4. Masukkan serbuk bilis bila nampak ayam dah berwarna keputihan.
5. Masukkan baby pasta stars.
6. Kacau sebati. Kisar semuanya sehingga halus.

IKLAN

Barli + Carrot + Kurma

Bahan-bahan:
Barli setengah pot nasi
Sebatang carrot
7 biji kurma

Cara memasak:
1. Masukkan air 7 pot nasi ke dalam periuk.
2. Masukkan barli dan masak sehingga kembang dan lembut.
3. Selepas tu masukkan carrot dan kurma.
4. Agak-agak nampak dah sebati, padamkan api.
5. Masukkan semuanya. Kisar semuanya sehingga halus.

Sumber: Nowra Alias

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI